Skip to content

Jerawat Badan: Punca, Simptom dan Rawatan

Jerawat badan adalah sesuatu perkara yang selalu berlaku ketika kita sudah dewasa. Ia selalunya berlaku dibahagian belakang badan. Ada juga yang berlaku dibahagian hadapan dada tetapi tidak terlalu ketara jika nak dibandingkan dengan bahagian belakang. Tetapi berbanding jerawat muka, jerawat badan tidak selalunya merisaukan seseorang.

Apakah Punca kepada jerawat badan?

Perlu diketahui terdapat pelabgai punca kepada masalah jerawat badan ini dan perlu kita ketahui puncanya agar rawatan yang tepat boleh diberikan kepada pesakit. Sebelum itu, kami ceritakan sedikit sebanyak bagaimana jerawat ini terbentuk.

Jika kita perasan, kulit kita selalunya mesti lembab. Perkara ini disebabkan rembesan peluh dan juga sebum pada kulit yang membantu mengekalkan kelembapan kulit. Sebum ini dihasilkan daripada satu kalenjar yang dinamakan sebagai kalenjar sebum dan ia bersambung dengan folikel rambut.



Jerawat ini berlaku apabila liang roma ini tersumbat disebabkan sel kulit mati yang banyak. Perkara ini menyebabkan penghasilan sebum tersekat dan membentuk jerawat. Jika luang roma ini tertutup, ia dipanggil sebagai whitehead kerana apabila ditekan kepala jerawat tersebut akan berwarna putih. Manakala, jika liang roma terbuka, ia dipanggil sebagai blackhead dimana apabila ia ditekan akan mengeluarkan jerawat yang kepalanya berwarna hitam.

Terdapat beberapa punca kepada masalah jerawat ini. Ia adalah:

1. Genetik

Masalah jerawat badan ini sangat terkait dengan genetik atau keturunan. Jika seseorang itu mempunyai adik beradik atau ibubapa yang mempunyai banyak jerawat badan, maka dia pun mempunyai kebarangkalian yang besar menghadapi perkara yang sama.

Ini kerana terdapat keturunan yang liang romanya sangat sensitif dengan perubahan hormon ataupun ketika seseorang itu capai akil baligh menyebabkan jerawatnya bertambah ketika waktu remaja.



2. Ubat

Terdapat beberapa jenis ubat yang menyebabkan seseorang mengalami masalah jerawat badan. Ia menyebabkan penghasilan sebum yang banyak hingga menyebabkan lebih banyak jerawat berlaku. Masalah ini selalunya berlaku pada ubat hormon dan juga ubat anti depressi.

3. Perubahan Hormon

Mereka yang masuk ke dalam usia remaja akan selalu menghadapi masalah ini kerana terdapat perubahan hormon yang ketara untuk membina organ reproduktif mereka. Perkara ini juga akan mengaruh penghasilan sebum yang lebih menyebabkan mereka berisiko untuk mengalami masalah ini.

Bagi wanita dewasa, jerawat selalunya berlaku ketika mereka datang haid ataupun sedang hamil.

4. Berpeluh

Mereka yang berpeluh akan merangsangkan penghasilan sebum yang lebih. Bahkan mereka yang selalu berjemur ataupun berlari dibawah sinaran matahari juga akan menyebabkan lebih banyak kulit yang mati. Perkara ini boleh menyebabkan liang roma tersumbat dan jerawat boleh berlaku.

5. Stress



Ketika seseorang itu dalam keadaan stress, ia akan menghasilkan hormon stress yang akan mengganggu hormon yang lain. Ini akan menyebabkan kalenjar sebum menghasilkan lebih banyak sebum.

Apakah rawatan kepada masalah jerawat badan?

Untuk kebanyakan kes, anda boleh merawat masalah jerawat badan ini dengan hanya merubah gaya hidup anda. Jadi terdapat beberapa cara yang anda boleh buat:

1. Mandi selepas bersenam

Tidak mandi lepas bersenam boleh menyebabkan liang roma anda tersumbat dan menyumbang kepada masalah jerawat badan. Anda boleh tunggu 30 minit hingga 1 jam untuk membenarkan semua peluh keluar terlebih dahulu. Kemudian mandi untuk membasuk semua lebihan peluh pada badan.

2. Pengelupas

Gunakan scrub penggelupas sepeti asid salisilik untuk membuang lebihan kekotoran pada kulit, minyak dan juga kulit yang mati. Ini boleh mengelakkan liang roma anda daripada tersumbat.

3. Gunakan pakaian yang longgar.

Gunakan pakaian yang tidak terlalu ketat ketika melakukan senaman. Pakaian yang longgar akan memberi ruang kepada kalenjar sebum merembeskan sebumnya dengan lebih mudah. Ini dapat mengelakkan ia terkumpul di dalam ruang kalenjar tersebut dan menyebabkan jerawat badan berlaku.



4. Elakkan Rambut anda daripada mengenai bahagian belakang badan anda

Rambut yang panjang sehingga mana ia menutupi bahagian belakang anda akan menyebabkan lebih banyak kekotoran yang akan menyumbati liang roma di belakang badan anda. Oleh itu, sentiasa ikat rambut anda ketika mana anda bersenam supaya ia tidak kena pada bahagian belakang anda.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Rawatan Krim

Terdapat 2 jenis krim yang boleh digunakan

1. Krim Retinoid(Vitamin A)

Krim ini boleh digunakan untuk menyeimbangkan penghasilan keratin dibahagian kulit. Oleh itu, keratin tidak dihasilkan secara berlebihan dan menyebabkan liang roma tidak tersumbat.

Bahkan Krim retinoid juga bagus untuk membantu dalam menyembuhkan bahagian kulit yang mengalami keradangan dan tercedera.

2. Krim Antibiotik

Jerawat yang kelihatan merah dan sakit selalunya sudah mengalami jangkitan bakteria pada kawasan tersebut. Krim antibiotik boleh digunakan untuk membunuh bakteria tersebut. Namun jika ia melibatkan kawasan yang banyak sehingga menghasilkan nanah, maka penggunaan antibiotik secara oral(dimakan), mungkin diperlukan untuk membunuh bakteria di kawasan tersebut.



Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. American Academy of Dermatology. (2013). Growing evidence suggests possible link between diet and acne [Press release].
  2. Canavan TN, et al. (2016). Optimizing non-antibiotic treatments for patients with acne: A review. DOI:
    doi.org/10.1007/s13555-016-0138-1
  3. Mayo Clinic Staff. (2017). Acne.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four − one =