Skip to content

Mengejek kanak-kanak yang gemuk akan menyebabkan beratnya bertambah lagi

Selalunya kalau kita lihat kanak-kanak yang berlebihan berat badan, ada diantara kita yang suka mengusik mereka. Malah ada juga yang suka komplen tentang kegemukan yang kanak-kanak itu sedang alami.

Perkara ini adalah sesuatu yang tidak bagus, malah ia memberi kesan yang buruk kepada kanak-kanak tersebut.Terdapat kajian terbaru yang menunjukkan mengusik kanak-kanak yang berlebihan berat badan ini bukan sahaja akan merendahkan keyakinan diri mereka, malah ia juga boleh menyebabkan berat badan mereka bertambah dengan lebih banyak.

Kajian tersebut menunjukkan terdapat peningkatan sebanyak 33% daripada Body Mass Indeks(BMI) kanak-kanak yang diusik berkenaan dengan berat badan mereka berbanding kanak-kanak yang tidak diusik.Kanak-kanak yang selalu diejek ini juga mempunyai 91% lebih tinggi kandungan lemak dalam badannya berbanding dengan kanak-kanak yang tidak diejek.



“Kanak-kanak yang selalu diusik dan diejek akan mempunyai penambahan berat badan yang lebih cepat berbanding kanak-kanak biasa,” Kata Natasha Schvey yang merupakan salah seorang pengkaji tersebut. Dia merupakan salah saeorang Assitant Professor di bahagian Perubatan dan Psikologi Klinikal di Uniformed Services University di US.

Bagaimana kajian ini dilakukan?

Kajian ini melibatkan 110 kanak-kanak yang mempunyai risiko berlebihan berat badan kerana kedua-dua ibubapanya juga mempunyai berat badan yang berlebihan.

Ketika kanak-kanak tersebut masuk dalam kajian ini, mereka akan menjawab borang soal jawab untuk mengetahui sama ada mereka ada diusik atau diejek disebabkan berat badan mereka ataupun tidak.

Kemudian, setelah 15 tahun, pengkaji akan berjumpa semula dengan mereka untuk mengetahui berat badan mereka menaik ataupun tidak.

Walaubagaimanapun, sebenarnya terdapat beberapa faktor lain yang juga memainkan peranan penting hingga menyebabkan berat badan mereka bertambah.

Mengejek boleh merendahkan moral bukan memberi motivasi



Mengejek berat badan boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak itu menghadapi keadaan tekanan yang teruk. Ini boleh menyebabkan hormon stress dirembeskan di dalam badan hingga menyebabkan mereka sentiasa lapar dan mengambil makanan yang tidak sihat.

Secara kesimpulannya, mengusik atau mengejek berat badan seseorang adalah bukan salah satu cara untuk memotivasikan mereka untuk mengurangkan berat badan.

Bahkan ada ibubapa ataupun masyarakat yang berpendapat mengusik ataupun memalukan seseorang yang berlebihan berat badan boleh memotivasikan mereka untuk mengurangkan berat badan mereka.

Perbuatan ini bukan sahaja tidak memberi motivasi untuk mereka melakukan perkara yang sihat, malah ia juga meningkatkan lagi risiko individu tersebut untuk melakukan perkara yang tidak sihat pula.

Beberapa cara untuk mengurangkan berat badan bagi kanak-kanak adalah:

  1. Sentiasa memotivasikan bahawa mereka boleh kurangkan berat badan sama seperti orang lain.
  2. Bersenam bersama mereka
  3. Memilih makanan yang sihat di dalam rumah
  4. Mengelakkan diri untuk membawa mereka ke tempat makanan yang tidak sihat.
  5. Berjumpa dengan pakar pemakanan untuk mendapatkan nasihat pemakanan yang betul

Rujukan:

  1. Schvey, NA. Weight-based teasing is associated with gain in BMI and fat mass among children and adolescents at risk for obesity: a longitudinal study. Pediatric Obesity. 2019.

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × four =