Skip to content

Mesin pertama didunia untuk mengurangkan sakit kepala migrain

Menghadapi migrain adalah sesuatu perkara yang sangat menyusahkan. Pesakit perlu mengambil ubat tahan sakit dan memerlukan beberapa minit untuk sakit tersebut benar-benar hilang.

Sebelum ini, masih tiada lagi alat ataupun mesin yang boleh digunakan untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu, kebanyakan pesakit hanya bergantung kepada ubat semata-mata untuk mengelakkan serangan migrain dan juga mengurangkan rasa sakit kepala.

Tetapi pada tahun ini, FDA telah membenarkan penggunaan satu alat yang berfungsi untuk merawat penyakit migrain dan ia telah terbukti berkesan secara klinikal.



Nerivio Migra‘ merupakan produk pertama didunia yang terbukti boleh mengurangkan rasa sakit kepala disebabkan migrain dengan cara menggunakan arus elektrik. Rawatan ini sangat sesuai bagi mereka yang sedang mengalami serangan migrain.

Alat Nerivio Migra

FDA bersetuju dengan penggunaan alat ini kerana terdapat kajian yang menunjukkan keberkesanannya. Ia bersandarkan satu kajian Randomized, double blind, placebo controlled trial yang melibatkan sejumlah 252 pesakit yang mengalami migrain sebanyak 2 hingga 8 kali dalam sebulan.

Alat ini dikatakan boleh menghilangkan simptom migrain yang teruk ketika 2 jam rawatan tersebut. Pesakit akan bebas daripada simptom migrain lebih kurang 48 jam. Kesan sampingan kepada alat ini juga adalah tidak teruk.

Kesan sampingan yang selalu berlaku adalah tangan kebas yang berlaku sekejap, rasa gatal, rasa semut-semut, kesakitan dikawasan bahu, tangan dan leher. Kesemua kesan sampingan ini sangat ringan dan akan hilang dalam waktu 24 jam. Sudah tentu alat ini dapat mengurangkan kesakitan tanpa mengalami kesan sampingan yang boleh berlaku disebabkan penggunaan ubat.

Alat ini digunakan dengan cara melekatkan ia pada bahagian tangan pesakit. Kemudian, suisnya akan dikawal daripada penggunaan aplikasi dalam telefon. Kekuatan dan juga tempoh untuk rawatan alat ini boleh ditentukan pada telefon tersebut.



Penggunaan arus elektrik dibahagian tangan ini dikatakan dapat memberikan signal kepada otak untuk merencat rasa sakit dibahagian pusat otak. Oleh itu, sakit kepala disebabkan migrain tersebut akan berkurangan dengan sendirinya setelah beberapa minit menggunakan alat ini.

Produk ini akan dipasarkan di US pada tahun ini oleh syarikat Theranica. Tak pasti lagi bila ia akan dipasarkan di negara kita. Tetapi ia mungkin akan membantu pesakit migraine yang kerap mengalami masalah ini.

Rujukan:

  1. Remote Electrical Neuromodulation (REN) Relieves Acute Migraine: A Randomized, Double‐Blind, Placebo‐Controlled, Multicenter Trial. David Yarnitsky MD, David W. Dodick MD, Brian M. Grosberg MD, Rami Burstein PhD, Alon Ironi MSEE, Dagan Harris PhD, Tamar Lin PhD, Stephen D. Silberstein MD. First published: 09 May 2019. https://doi.org/10.1111/head.13551
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ten + 8 =