Skip to content

Wanita hilang ingatan sebab meneran terlalu kuat ketika buang air besar

Seorang wanita telah mengalami apa yang dipanggil sebagai Retrograde amnesia setelah membuang air besar. Kejadian ini berlaku di China. Pada ketika itu dikatakan pesakit mengalami masalah sembelit. Amnesia disini bermaksud hilang ingatan dan retrograde ini bermaksud masa yang lepas. Oleh itu, retrograde amnesia ini bermaksud pesakit mempunyai hilang ingatan pada memori yang lepas.

Bagi pesakit ini, dia telah hilang ingatan selama 10 tahun memorinya yang lepas. Anaknya menyatakan selepas wanita tersebut keluar daripada tandas, dia mengalami masalah memori yang teruk. Pelbagai perkara yang dia lupa. Selama 8 jam dia tidak boleh mengingati apa-apa perkara yang telah berlaku pada 10 tahun yang lepas.

Setelah hampir 8 jam, memori pesakit telah pulih semula dan mengingati apa yang telah berlaku pada 10 tahun yang lepas. Cumanya selepas daripada itu, dia langsung tidak mengingati apa yang berlaku ketika 8 jam dia berada di hospital.

Apakah yang berlaku dan punca kepada masalah ini?



Ketika seseorang itu meneran untuk mengeluarkan tahi, dia akan melakukan suatu teranan yang dinamakan sebagai Vasalva maneuver. Mudah cerita jika anda meneran untuk membuang air besar, maksudnya anda sedang melakukan Vasalva maneuver.

Jika anda melakukan perkara ini dengan terlalu kuat, ia akan menyebabkan tekanan darah dalam badan anda menjadi rendah secara tiba-tiba selepas daripada anda meneran. Ini akan menyebabkan kurangnya darah dipam ke otak dan menyebabkan seseorang itu pengsan.

Perkara ini kerap berlaku bagi mereka yang berumur kerana jantung pada ketika itu tidak sempat menjadikan tekanan darah normal pada waktu yang singkat.

Kurangnya darah yang pergi dibahagian simpanan memori seperti hippocampus akan menyebabkan seseorang itu mengalami hilang ingatan untuk beberapa jam iaitu daripada 1 hingga 8jam.

Pesakit juga selalunya akan lupa apa yang berlaku ketika mana dia sedang mengalami masalah amnesia tersebut. Maksudnya lepas daripada memori pesakit itu pulih semula, mereka akan tidak mengingati apa yang sedang berlaku ketika mana pesakit sedang mengalami masalah itu.

Kesimpulan



Jika anda mengalami masalah sembelit terutamanya mereka yang sudah berumur, sila dapatkan ubat untuk melembutkan najis anda supaya keadaan ini tidak berlaku.

Sumber:

  1. https://www.chinatimes.com/cn/hottopic/20190522002897-260805?chdtv
  2. Owen, D., Paranandi, B., Sivakumar, R., & Seevaratnam, M. (2007). Classical diseases revisited: transient global amnesia. Postgraduate medical journal, 83(978), 236–239. doi:10.1136/pgmj.2006.052472
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

16 + two =