Skip to content

Kandungan Luar Rahim: Punca, Tanda dan Rawatan

Kandungan luar rahim merupakan salah satu keadaan yang berbahaya bagi seseorang ibu. Ianya boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat diperingkat
awal.

Dalam masalah ini, telur yang telah disenyawakan melekat pada bahagian selain daripada rahim seperti bahagian Tiub Fallopio, pangkal rahim dan beberapa tempat lain. Perlu diketahui bahawa bayi tidak boleh membesar pada bahagian selain daripada dalam rahim.

Rawatan kecemasan perlu dilakukan untuk mengelakkan komplikasi dan juga untuk menyelamatkan nyawa ibu tersebut

Punca Kandungan Luar Rahim



Punca kepada masalah ini masih tidak jelas. Tetapi terdapat beberapa faktor yang meningkatkan risiko untuk seseorang mengalami masalah ini. Ia adalah:

  • Sejarah mengandung luar rahim sebelum ini
  • Jangkitan kuman di kawasan reproduktif
  • Rawatan kesuburan: Terdapat kajian menunjukkan
    mereka yang membuat rawatan kesuburan lebih berisiko
    untuk mendapat kandungan luar rahim
  • Merokok
  • Sejarah pembedahan bahagian perut
  • Masalah endometriosis
  • Masalah fibroid

Periksa Simptom anda Di Sini

Tanda- Tanda Kandungan luar rahim

Terdapat beberapa tanda kandungan jenis ini iaitu:

  • Sakit yang teruk dibahagian abdomen, bahu dan leher
  • Mempunyai pendarahan daripada vagina
  • Rasa pening kepala ataupun pengsan
  • Dada berdebar-debar

Pesakit perlu terus pergi ke hospital jika pada ketika itu pesakit sedang hamil

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Penyiasatan

Terdapat beberapa penyiasatan yang perlu dibuat untuk mengesahkan seseorang itu mempunyai kandungan di luar rahim ataupun tidak.



Ultrasound

Ujian ultrasound diperlukan untuk melihat kedudukan kandungan tersebut sama ada di dalam rahim ataupun diluar. Ultrasound di atas abdomen tidaklah tepat berbanding ultrasound yang dibuat terus ke dalam vagina pesakit (Transvaginal ultrasound).

Hormon Chorionic Gonadotropin (HCG)

Ketika mana kandungan tidak dapat dilihat daripada ultrasound, sampel darah pesakit akan diambil untuk melihat bacaan HCG. Bacaan HCG yang meningkat dengan ketara menunjukkan pesakit sedang mengandung dan kandungan diluar rahim adalah perkara yang perlu disyaki pada pesakit tersebut.

Jika pesakit mempunyai simptom yang serius seperti sakit perut yang teruk ataupun pendarahan, mungkin kandungan luar rahim tersebut sudah pecah dan semua prosedur diatas tidak perlu dibuat. Tetapi pesakit akan terus menjalani pembadahan untuk merawat dan menstabilkan ibu yang sedang mengalami pendarahan daripada dalam perut tersebut.

Rawatan kandungan di luar rahim

Masalah ini akan membahayakan nyawa ibu. Bayi yang terhasil pula tidak akan boleh membesar. Dalam masalah ini, perlu untuk membuang embryo yang terhasil untuk mengelakkan kehilangan nyawa ibu.

Ubat-ubatan

Bagi pesakit yang dirasakan belum lagi menghadapi komplikasi. pesakit mungkin akan diberikan ubat-ubat untuk mengelakkan kandungan diluar rahim tersebut pecah. Ubat yang selalu digunakan adalah ubat Methotrexate.



Ia berfungsi untuk memberhentikan sel badan yang cepat membahagi seperti dalam sel bayi yang sedang membesar. Ubat ini akan menyebabkan simptom seperti keguguran

Pembedahan

Jika keadaan pesakit berbahaya, pembedahan perlu dilakuan untuk mengeluarkan embrio dan membetulkan struktur reproduktif yang telah tergganggu.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Ectopic pregnancy. (2017). acog.org/Patients/FAQs/Ectopic-Pregnancy
  2. Mayo Clinic Staff. (2015). Ectopic pregnancy.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 + four =