Skip to content

10 Khasiat Buah Rambutan untuk Kesihatan

Apakah khasiat buah rambutan? Artikel ini akan membincangkan kandungan nutrisi, komponen berkhasiat dan khasiat buah rambutan ini

Pengenalan

Buah rambutan (Nephelium lappaceum) merupakan buah asli Asia Tenggara. Tumbuhan ini boleh mencapai ketinggian sehingga 80 kaki dan tumbuh subur di kawasan beriklim tropika seperti di Malaysia dan Indonesia.

Rambutan mendapat namanya daripada perkataan Melayu untuk rambut kerana buah sebesar bola golf, mempunyai kulit berwarna merah dan hijau berbulu. 



Rambutan sangat berkhasiat dan menawarkan manfaat kesihatan daripada penurunan berat badan dan penghadaman yang lebih baik kepada peningkatan daya tahan terhadap jangkitan.

Kandungan Berkhasiat Dalam Buah Rambutan

Buah rambutan kaya dengan pelbagai vitamin, mineral dan sebatian tumbuhan yang bermanfaat. Kulit dan biji rambutan dianggap sebagai sumber yang kaya dengan nutrien, antioksidan dan sebatian bermanfaat lain. Isi dagingnya pula menyediakan kira-kira 1.3–2 gram jumlah serat setiap 100 gram buah rambutan. Jumlah ini menyamai kandungan serat yang boleh kita dapati dalam kuantiti epal, oren atau pear yang sama [1].

Tambahan pula, ia juga kaya dengan vitamin C, nutrien yang membantu badan menyerap zat besi dengan lebih baik. Vitamin ini juga bertindak sebagai antioksidan, melindungi sel-sel badan anda daripada kerosakan. Rambutan juga mengandungi jumlah tembaga yang baik, yang memainkan peranan dalam pertumbuhan dan bantu membaiki pelbagai sel, termasuk tulang, otak dan jantung.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Kandungan Nutrisi

Berikut merupakan kandungan nutrisi yang terdapat di dalam 100 g buah rambutan.

KomponenKandungan
Tenaga, kcal59 kcal
Karbohidrat, g13.9 g
Protein, g0.7 g
Lemak, g0.1 g

10 Khasiat Buah Rambutan pada Kesihatan

1. Mencegah Kanser



Kanser adalah berkaitan dengan radikal bebas dalam badan kita. Radikal bebas memudaratkan badan kita dengan mengundang penyebaran sel kanser. 

Kita boleh melindungi diri dengan cara mengawal jenis makanan yang diambil seharian. Sakah satu khasiat yang mungkin kita dapat daripada buah rambutan ini adalah ia mungkin boleh mencegah kanser. Hal ini kerana, rambutan mengandungi beberapa antioksidan, termasuk anthocyanins, sebatian phenolic, dan sebatian methanolic. 

Walaupun tiada kajian jangka panjang terhadap manusia yang telah mengesahkan kesan anti-kanser rambutan, namun antioksidan dalam buah dan sayuran telah lama dikaji dan dikaitkan dengan keupayaan untuk mencegah kanser.

Beberapa kajian sel dan haiwan mendapati bahawa sebatian dalam rambutan boleh membantu mencegah pertumbuhan dan penyebaran sel kanser [2].    

2. Menggalakkan Pencernaan yang Baik

Buah rambutan menyumbang kepada pencernaan yang sihat kerana kandungan seratnya terutamanya serat tidak larut. Serat jenis ini menambah pukal pada najis dan membantu melancarkan usus, malah mengurangkan gejala sembelit. 

Sebahagian lagi serat larut, menyediakan makanan untuk bakteria usus. Bakteria ini pula menghasilkan asid lemak rantai pendek, seperti acetate, propionate dan butyrate, yang diperlukan oleh sel-sel usus.

Asid lemak rantaian pendek ini juga boleh mengurangkan keradangan dan memperbaiki gejala gangguan usus, termasuk sindrom usus besar (IBS), penyakit Crohn dan kolitis ulseratif [3,4].



3. Mengurangkan Risiko Jangkitan

Buah rambutan boleh menyumbang kepada sistem imun yang lebih kebal melalui pelbagai mekanisma. Seperti yang dikatakan, ia kaya dengan vitamin C, nutrien yang menggalakkan pengeluaran sel darah putih yang diperlukan oleh tubuh untuk melawan jangkitan [5].

Lebih-lebih lagi, kulit rambutan telah digunakan sejak dahulu untuk melawan jangkitan. Kajian tabung uji menunjukkan bahawa ia mengandungi sebatian yang boleh melindungi badan daripada virus dan jangkitan bakteria [6,7].

Namun, kebiasaanya orang tidak memakan kulit buah rambutan. Walaupun sebahagian orang memang memakannya. 

4. Menyihatkan Jantung

Manfaat seterusnya adalah dapat menjaga kesihatan jantung. Kandungan serat yang tinggi dalam rambutan berpotensi mengurangkan risiko penyakit jantung. Kerana membantu mengurangkan gejala hipertensi dan mungkin menurunkan kadar kolesterol. Kedua- dua ciri ini boleh meningkatkan risiko sakit jantung. Jadi diet dengan serat yang tinggi seperti memakan buah rambutan boleh menyumbang kepada jantung yang sihat.

5. Menurunkan Risiko Diabetes

Kajian dari China pada tahun 2017, mengaitkan tentang bagaimana kulit rambutan mempunyai sifat anti-diabetes. Tikus yang mempunyai gejala kencing manis, dicucuk dengan ekstrak fenolik kulit rambutan, lalu menunjukkan pengurangan tahap glukosa darah puasa [8].



6. Menyihatkan Kulit

Biji buah rambutan diketahui dapat meningkatkan kesihatan dan penampilan kulit. Rambutan juga melembapkan kulit. Mangan dalam buah rambutan, bersama-sama dengan vitamin C, membantu penghasilan kolagen dan juga bertindak sebagai antioksidan yang menangkal serangan radikal bebas. Semua ini memastikan kulit lebih  sihat dan muda.    

7. Baik untuk Kesihatan Kulit Kepala dan Rambut

Sifat antibakteria rambutan dapat merawat kelemumur dan masalah kulit kepala yang lain seperti gatal-gatal. Vitamin C pula boleh menyuburkan rambut dan kulit kepala. Di samping itu, tembaga dalam rambutan juga merawat keguguran rambut. Ia juga mempergiatkan warna rambut dan menghalang uban pramatang.

Rambutan juga mengandungi protein, yang boleh menguatkan akar rambut. Memandangkan terdapat sedikit kajian dalam aspek ini, adalah lebih baik untuk mendapatkan pendapat doctor untuk  menggunakan rambutan untuk kesihatan kulit kepala/rambut anda.

8. Sebagai Sumber Tenaga

Buah rambutan mengandungi kedua-dua karbohidrat dan protein, kedua-duanya boleh menawarkan rangsangan tenaga apabila diperlukan. Gula semulajadi dalam buah juga membantu dalam aspek ini malah lebih sihat berbanding gula biasa. 

9. Menyihatkan Kesihatan Tulang



Seiring dengan usia, ketumpatan tulang boleh menurun. Walau bagaimanapun, amalan pemakanan yang sihat dan aktiviti fizikal mungkin boleh membantu untuk mengurangkan kadar penyakit tulang seperti osteoporosis. Pengambilan lebih banyak buah-buahan seperti rambutan, dikaitkan dengan ketumpatan mineral tulang yang lebih besar, terutamanya disebabkan oleh kesan potasium dalam buah rambutan.

10. Membantu Penurunan Berat Badan

Sama seperti kebanyakan buah-buahan, rambutan boleh menghalang penambahan berat badan dan menggalakkan penurunan berat badan dari masa ke masa. 

Dengan anggaran 75 kalori dan 1.3–2 gram serat setiap 100g, ia agak rendah kalori untuk jumlah serat yang disediakannya [9]. 

Serat juga membantu kenyang lebih lama, yang mungkin mengurangkan kemungkinan makan berlebihan dan menggalakkan penurunan berat badan.

Diharapkan artikel Khasiat buah rambutan ini dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat kepada para pembaca.

RUJUKAN

  1. Gorinstein, S., Zemser, M., Haruenkit, R., Chuthakorn, R., Grauer, F., Martin-Belloso, O., & Trakhtenberg, S. (1999). Comparative content of total polyphenols and dietary fiber in tropical fruits and persimmon. The Journal of nutritional biochemistry, 10(6), 367–371.
  2. Fang, E. F., & Ng, T. B. (2015). A trypsin inhibitor from rambutan seeds with antitumor, anti-HIV-1 reverse transcriptase, and nitric oxide-inducing properties. Applied biochemistry and biotechnology, 175(8), 3828–3839.
  3. Macfarlane, S., Macfarlane, G. T., & Cummings, J. H. (2006). Review article: prebiotics in the gastrointestinal tract. Alimentary pharmacology & therapeutics, 24(5), 701–714.
  4. Di Sabatino, A., Morera, R., Ciccocioppo, R., Cazzola, P., Gotti, S., Tinozzi, F. P., Tinozzi, S., & Corazza, G. R. (2005). Oral butyrate for mildly to moderately active Crohn’s disease. Alimentary pharmacology & therapeutics, 22(9), 789–794.
  5. Huijskens, M. J., Walczak, M., Koller, N., Briedé, J. J., Senden-Gijsbers, B. L., Schnijderberg, M. C., Bos, G. M., & Germeraad, W. T. (2014). Technical advance: ascorbic acid induces development of double-positive T cells from human hematopoietic stem cells in the absence of stromal cells. Journal of leukocyte biology, 96(6), 1165–1175.
  6. Abdul Ahmad SA, Palanisamy UD, Tejo BA, Chew MF, Tham HW, Syed Hassan S. Geraniin extracted from the rind of Nephelium lappaceum binds to dengue virus type-2 envelope protein and inhibits early stage of virus replication. Virol J. 2017 Nov 21;14(1):229. PMID: 29162124; PMCID: PMC5698958.
  7. Ramesa Shafi Bhat, Sooad Al-daihan. (2014). Antimicrobial activity of Litchi chinensis and Nephelium lappaceum aqueous seed extracts against some pathogenic bacterial strains. Journal of King Saud University – Science, 26 (1), 79-82 ISSN 1018-3647,
  8. Ma, Q., Guo, Y., Sun, L., & Zhuang, Y. (2017). Anti-Diabetic Effects of Phenolic Extract from Rambutan Peels (Nephelium lappaceum) in High-Fat Diet and Streptozotocin-Induced Diabetic Mice. Nutrients, 9(8), 801.
  9. Gorinstein, S., Zemser, M., Haruenkit, R., Chuthakorn, R., Grauer, F., Martin-Belloso, O., & Trakhtenberg, S. (1999). Comparative content of total polyphenols and dietary fiber in tropical fruits and persimmon. The Journal of nutritional biochemistry, 10(6), 367–371.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × 2 =