Skip to content

Lactulose(Duphalac): Kegunaan, Dos & Kesan Sampingan

Apakah kegunaan ubat lactulose atau juga dikenali sebagai duphalac ini? Artikel ini akan membincangkan kegunaan, dos berserta kesan sampingan ubat lactulose ini.

Pengenalan

Lactulose adalah ubat yang berkesan untuk sembelit yang boleh digunakan oleh seisi keluarga. Setiap orang pasti pernah mengalami dan merasai kepayahan episod sembelit. Sembelit adalah normal dan ada banyak pilihan rawatan yang tersedia, tetapi berbincanglah dengan doktor anda untuk pemilihan rawatan yang sesuai.

Artikel Berkaitan: Punca Sembelit dan Rawatan

Cara Ubat Berfungsi



Bahan aktif Duphalac adalah laktulosa. Ubat ini dapat meningkatkan kepekatan di dalam usus. Ini menyebabkan air ditarik masuk daripada dalam darah ke dalam usus menyebabkan najis menjadi lembut. Ia dapat membantu meningkatkan kecekapan pergerakan usus setiap hari dan melancarkan proses perkumuhan (buang air besar).

Laktulosa yang merupakan bahan utama dalam ubat ini membantu melembutkan najis. Menurut laman sesawang rasmi ubat ini, ia menyatakan bahawa Duphalac telah dipercayai sejak tahun 1960, dan secara umumnya untuk melegakan sembelit yang berterusan secara lembut dan berkesan. Ia juga mempunyai kesan prebiotik, di mana ia menggalakkan pertumbuhan ‘bakteria baik’ di dalam usus. Maka, hasilnya bakteria baik ini boleh meningkatkan kecekapan kerja usus anda.

Variasi produk Duphalac di pasaran menurut laman sesawang rasminya:

  • Duphalac cecair : sesuai untuk seisi keluarga
  • Duphalac pek stik : Mudah untuk diambil dalam 1 dos segera.
  • Duphalac ibu dan anak : Sesuai untuk ib dan bayi
  • Duphaplus : Memelihara kesihatan uusus dengan adanya serat diet mudah larut bersama laktulosa

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Cara Pengambilan

Lactulose boleh di ambil oleh orang dewasa, orang tua, wanita yang mengandung dan menyusukan anak, bayi, kanak-kanak dan remaja. Kebiasaannya, dos ubat ini bergantung kepada tahap kesihatan anda dan kebolehan badan seseorang individu itu memberi respon terhadap terapi ini. Lazimnya, ubat ini mengambil masa 48 jam untuk berhasil. Beritahu doktor anda sekiranya keadaan anda tidak lega atau lebih teruk.

Jika anda mengambil ubat cecair Duphalac untuk kelegaan sembelit cara pemakanannya adalah seperti senarai di bawah:

  1. Dewasa berumur 15 tahun keatas : 15ml – 45ml sehari
  2. Kanak-kanak dan remaja antara umur 7 – 14tahun : 15 ml dos pertama, dan seterusnya 10 ml sahaja
  3. Kanak-kanak berumur 3-6 tahun : 5 -10ml dos pertama dan dos seterusnya juga sama banyak seperti dos pertama.
  4. Bayi : 5ml untuk dos pertama dan dos seterusnya juga sama banyak seperti dos pertama.

Kesan Sampingan



Kesan sampingan yang biasa dan harus diingatkan bahawa tidak semua individu akan mengalaminya seperti yang anda alami. Ini disebabkan kadar metabolism badan setiap individu yang berlainan. Berikut adalah ringkasan kesan sampingan Lactulose yang telah dinyatakan oleh syarikat farmaseutikal tersebut:

  • Sangat biasa : Cirit birit (1 dalam sepuluh orang)
  • Biasa : Perut berangin, Sakit perut, muntah, pening ( 1 dalam 10 orang)
  • Jarang : Ketidakseimbangan elektrolit disebabkan cirit birit yang kerap ( 1 dalam 100 orang)

Kontraindikasi

Individu seperti dibawah dilarang untuk mengambil ubat ini.

  • Mereka yang tidak dapat mencerna gula laktosa (Lactose Intolerance). Interasi laktosa adalah masalah pencernaan di mana badan tidak dapat mencerna laktosa, iaitu sejenis gula contohnya seperti yang terdapat dalam susu dan produk tenusu.
  • Pesakit diabetes, kerana laktulosa boleh meningkatkan kadar gula dalam darah.
  • Pesakit galatosaemia; iaitu mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang jarang berlaku di mana badan tidak dapat memproses gula yang dikenali sebagai galaktosa.
  • Mereka yang mengalami masalah usus tersumbat

Kesan terlebih dos

Antara kesan sampingan yang biasa ialah; kembung perut dan biasanya ia akan berakhir dalam masa beberapa hari sahaja. Selain itu, jika anda mengalami kehilangan bendalir dalam badan seperti muntah, pening, dan juga cirit birit ia akan mengakibatkan ketidakseimbangan elektrolit. Jika anda merasakan bahawa masalah ini akan berlarutan, segeralah berjumpa doktor.

Jika individu tersebut mengambil dos yang tinggi, dan kerap maka, mereka berkemungkinan akan merasai kesakitan pada bahagian abdomen. Namun diingatkan sekali lagi, bahawa kesan sampingan sebegini jarang-jarang berlaku. Sekiranya, kesan sampingan yang dialami seperti yang disebutkan di atas berlarutan, cuba untuk kurangkan dos terlebih dahulu

Interaksi Antara Ubat

Ubat yang memerlukan nilai pH yang rendah seperti aspirin akan terganggu jika diambil sekali dengan ubat ini. Ia akan menyebabkan keberkesanaan aspirin berkurangan

Cara penyimpanan

Sebelum dibuka, jangka hayat penyimpanan ialah 2 tahun. Simpan di empat yang kering dan di suhu bilik. Simpan di tempat yang tidak mudah diambil oleh kanak-kanak. Jangan makan sekiranya ubat ini telah melepasi tarikh luputnya.

Rujukan:

  1. Duphalac – Duphalac.com
  2. MIMS Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20 − sixteen =