Mata Merah: Punca, Tanda dan Rawatan

Published by Dr Latif Saad on

Conjunctivitis adalah salah satu masalah yang menyebabkan simptom mata merah. Ia disebabkan keradangan pada selaput mata yang menyelaputi bahagian putih mata dan juga bahagian dalam kening. Selaput tersebut dikenali sebagai Conjunctiva.

Keadaan conjunctivitis selalunya disebabkan jangkitan kuman sama ada virus mahupun bakteria. Penyakit ini sangat senang merebak dan pesakit selalunya dinasihati untuk mengelakkan daripada bersentuhan dengan orang lain

Tanda dan simptom

Jumpa doktor anda jika anda mempunyai simptom-simptom tersebut.

Tanda dan simptom conjunctivitis adalah:

  • Kegatalan di bahagian mata
  • Keluar air mata  yang banyak
  • Kemerahan pada mata
  • Banyak tahi mata
  • Penghasilan cecair yang kekuningan daripada mata(selalunya disebabkan jangkitan bakteria)
  • Mata yang melekat selepas waktu tidur(Sticky eye)
  • Sensitif kepada cahaya

Jika keadaan serius, ia boleh menyebabkan pandangan mata menjadi kabur. Ia disebabkan pembentukan parut dibahagian kornea mata.

Prognosis

Majoriti masalah conjunctivitis adalah disebabkan jangkitan virus dan selalunya ia melibatkan virus bernama adenovirus. Simptom lain yang tipikal disebabkan jangkitan adenovirus adalah selesema dan demam yang tidak terlampau tinggi. Jika conjunctivitis disebabkan virus adeno, tiada ubat diperlukan kerana penyakit itu akan baik dengan sendirinya

Tetapi jika jangkitan bakteria disyaki, ubat titis antibiotik perlu diberikan untuk mengelakkan sebarang komplikasi

Punca mata kemerah-merahan

Beberapa punca yang menyebabkan mata kemerah-merahan(conjunctivitis)

  • Jangkitan virus
  • Jangkitan bakteria
  • Bahan yang menyebabkan iritasi seperti shampoo, habuk, asap, air yang kotor
  • Alahan

Bagaimana masalah mata merah di rawat?

Rawatan conjunctivitis bergantung kepada punca yang menyebabkan masalah tersebut

1) Virus

  • Virus yang selalu menyebabkan mata kemerah-merahan adalah adenovirus. Ia merupakan virus yang menyebabkan selesema. Conjuntivits yang disebabkan virus sangat mudah menjangkiti orang lain. Oleh disebabkan perkara itu, elakkan bersentuhan dengan orang lain dan selalu membasuh tangan.
  • Selalunya jangkita virus jenis ini akan baik dengan sendirinya kerana badan yang akan melawan jangkitan virus tersebut
  • Jika pesakit mengalami kekaburan mata, dinasihatkan untuk terus berjumpa dengan doktor. Ini kerana sesetengah virus boleh menyebabkan pembentukan parut pada bahagian kornea.


2) Bakteria

  • Jika anda mengalami kemerahan mata tanpa simptom selesema, anda berkemungkinan menghadapi jangkitan bakteria pada bahagian konjunktiva.
    Penggunaan ubat titis yang mempunyai antibiotik mampu membunuh bakteria.

3) Bahan yang menyebabkan iritasi

  • Untuk kemerahan mata disebabkan habuk, air sabun, asap dan sebagainya, pesakit dinasihatkan membasuh mata dengan air yang banyak untuk membuang kotoran tersebut.

4) Alahan

  • Selalunya alahan akan menyebabkan kedua-dua mata kemerahan dan gatal. Malah jika teruk, ia boleh menyebabkan kedua-dua mata sembab
  • Penggunaan ubat anti-histamine seperti piriton, cetrizine, loratadine dan beberapa jenis lagi ubat boleh mengurangkan simptom tersebut.
  • Pesakit juga dinasihati untuk mengelakkan makanan ataupun bahah yang menyebabkan alahan.

Apa yang saya boleh buat untuk kurangkan simptom mata merah?

  • Elakkan mata daripada terkena habuk
  • Elakkan daripada penggunaan mekap
  • Keluarkan kanta lekap
  • Penggunaan air mata tiruan dapat mengurangkan kerengsaan mata terutamanya mata yang dimasukki habuk
  • Pengambilan ubat anti histamine seperti piriton dan juga cetrizine dapat mengurangkan keradangan dibahagian mata

Bagaimana untuk mengelakkan jangkitan conjunctivitis?

Apakah langkah yang anda perlu buat untuk mengelakkan anda dijangkiti masalah conjunctivitis daripada ahli keluarga yang lain?

  • Jangan sentuh ataupun garu mata yang mempunyai masalah tersebut
  • Selalu basuh tangan
  • Mencuci mata yang dijangkiti menggunakan kapas ataupun tisu dalam beberapa kali sehari.
  • Kapas dan tisu tersebut perlulah dibuang dan tangan perlulah dibasuh selepas itu
  • Elakkan penggunaan mekap. Kerana ia kuman tersebut boleh melekat pada mekap yang digunakan
  • Jangan berkongsi mekap
  • Jangan menggunakan kanta lekap
  • Jika anak anda mempunyai simptom tersebut, anak anda perlulah dijaga di rumah sehinggalah simptom conjunctivitis itu hilang


Categories: Mata

Dr Latif Saad

Seorang pegawai perubatan dan masih berkhidmat di klinik kesihatan. Pengasas kepada page The Diagnosa dan Root of Science. Follow facebook saya di Latif Saad

1 Comment

Demam Campak (Measles): Punca, Simptom dan Rawatan - TheDiagnosa · August 18, 2019 at 8:30 am

[…] Mata merah […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *