Membelai kucing dapat mengurangkan stress anda sebelum peperiksaan

Adakah anda tertekan sekarang dan perlukan sesuatu untuk mengurangkan stress tersebut?

Anda tidak perlukan urutan yang menenangkan ataupun percutian yang menggunakan duit anda untuk menghilangkan tekanan anda. Apa yang anda perlukan adalah KUCING.

Dengan hanya membelai kucing and selama 10 minit akan menyebabkan penurunan yang dramatik terhadap hormon stress(cortisol) dalam badan anda. Kajian ini telah diterbitkan di Jurnal AERA open.



Kajian ini telah dibuat pada mereka yang sedang terdedah dengan stress iaitu pelajar kolej yang akan menduduki peperiksaan pada minggu hadapannya.

Seminggu sebelum peperiksaan akhir di Washington State University(WSU), 249 pelajar telah dikumpulkan sebagai peserta dalam kajian ini. Mereka telah dibahagikan kepada 4 kumpulan bagi melihat tahap hormon stress mereka.

4 kumpulan ini adalah:

  1. Kumpulan pertama: Disuruh bermain bersama-sama kucing dan membelai mereka selama 10 minit
  2. Kumpulan kedua: Disuruh untuk melihat kumpulan pertama yang sedang membelai kucing
  3. Kumpulan ketiga: Melihat tayangan slide yang mempunyai gambar haiwan selama 10 minit
  4. Kumpulan keempat: Tidak akan berbuat apa-apa. Cumanya sebelum kajian ini dilakukan, mereka diberitahu akan diberikan masa 10 minit untuk membelai kucing.

Keputusannya menunjukkan mereka yang diberikan masa 10 minit untuk membelai kucing mempunyai penurunan hormon stress yang lebih banyak berbanding kumpulan yang lain. Kumpulan lain juga mengalami penurunan hormon kortisol juga, tetapi tidak sebanyak kumpulan pertama. Tahap hormon kortisol itu diketahui dengan mengambil air liur peserta dan diuji di dalam makmal.

Pengkaji yang terlibat di dalam kajian ini mengatakan, mereka ingin melihat sama ada kajian ini dapat menunjukkan pelajar dapat mengurangkan stress mereka dengan cara yang lebih mudah atau tidak. Dan ianya telah berjaya.



Kajian ini tidak secara spesifiknya mengkaji kenapa stress hormon tersebut dapat berkurangan dengan cepat dengan hanya membelai haiwan peliharaan. Walaubagaimanapun, kajian sebelum ini telah menunjukkan bagaimana haiwan peliharaan dapat membantu dalam memberikan sokongan emosi kepada ramai orang.

Apakah keterkaitan hubungan manusia dengan haiwan peliharan ini adalah bukan sesuatu yang baru. Salah satu penemuan arkeologi yang berusia 14,200 tahun telah menunjukkan haiwan perliharaan sangat dekat dengan manusia apabila mereka menemukan seekor anjing yang ditanam bersebelahan dengan 2 rangka manusia.

Mungkin daripada dulu haiwan peliharaan ini digunakan untuk membantu manusia daripada sokongan emosi itu sendiri.

Bagi mereka yang sedang stress untuk menghadapi peperiksaan, mungkin anda boleh cuba membelai kucing dan memberi makan mereka supaya tekanan dalam diri anda dapat dikurang sebelum menghadapi peperiksaan.

Rujukan:

  1. Pendry, P., & Vandagriff, J. L. (2019). Animal Visitation Program (AVP) Reduces Cortisol Levels of University Students: A Randomized Controlled Trial. AERA Open. https://doi.org/10.1177/2332858419852592
Advertisements

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

14 − 3 =

Scroll to Top