Skip to content

Adakah nasi yang dipanaskan mempunyai kandungan kolestrol dan kalori yang tinggi?

Tular satu post yang mengatakan bahawa nasi yang dipanaskan semula mempunyai kandungan kolesterol dan kalori yang semakin tinggi.

Adakah ia benar?

Post yang sedang tular dimedia sosial berkenaan dengan nasi yang dipanaskan semula

Tetapi sebelum itu, kami ingin menceritakan bagaimana nasi terhasil daripada beras yang dimasak.



Perlu diketahui bahawa di dalam sebutir beras terdapat banyak granule yang melekat diantara satu sama lain. Di dalam granule tersebut pula terdapat kanji(starch) yang terdiri daripada amylose(rantaian gula yang berpilin) dan juga amylopectin.

Ketika dimasak, air akan memasuki granul ini dan menyebabkan granul membesar. Semakin lama dan semakin tinggi suhu, air akan lebih mudah masuk ke dalam granul di dalam beras yang keras. Ini menyebabkan beras mengembang bertukar menjadi nasi yang lembut.

Setelah air masuk dengan banyak ke dalam granul, ia boleh menyebabkan granule itu pecah dan mengeluarkan kanji ke ke dalam air. Kanji inilah menyebabkan nasi anda melekat antara satu sama lain.

Hasilnya jadilah nasi yang anda makan setiap hari

Adakah kolesterol bertambah di dalam nasi yang dipanaskan?

Perlu diketahui bahawa di dalam nasi tiada kolesterol. Pemanasan nasi pula tidak boleh mengubah bahan dalam nasi kepada kolesterol.

Adakah benar memanaskan semula menyebabkan kandungan kalori dan kolesterol dalam nasi bertambah?



Perlu diketahui bahawa kalori di dalam nasi majoritnya berasal daripada kanji. Selain daripada itu, terdapat juga protein dan lemak yang menyumbang kalori tetapi jumlahnya amatlah sedikit berbanding kanji.

Kalau ingin meningkatkan kalori di dalam nasi, maka, komponen-komponen seperti kanji, protein dan lemak di dalam nasi perlu ditambah. Masalahnya, pemanasan nasi tidak akan menambahkan komponen-komponen tersebut.

Hanya jika anda mengambil nasi tersebut pada kuantiti yang banyak sahaja, barulah kalori tersebut bertambah.

Kesimpulan

Memanaskan nasi tidak meningkatkan kandungan kalori ataupun kolesterol di dalam nasi tersebut.

Oleh itu, para pembaca diminta untuk tidak mempercayai kepada perkara yang tengah viral tersebut.

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

16 + ten =