Skip to content

Luar negara orang mengharamkan vape. Di Malaysia, artis jadi duta vape

Terdapat trend peningkatan masalah paru-paru disebabkan vape diluar negara. Bahkan terdapat sebanyak 8 kematian yang disahkan disebabkan vape.

Kematian ini bukanlah sesuatu yang biasa kerana punca, penyebab dan rawatannya masih belum dijumpai.

Rawatan kepada masalah paru-paru ini lebih kepada tunggu, lihat dan berharap agar keadaan paru-paru pesakit tersebut semakin pulih. Memanglah doktor akan membantu daripada sudut memberi oksigen kepada pesakit, memasukkan tiub ke dalam paru-paru pesakit, tetapi belum ada rawatan yang spesifik untuk betul-betul menyembuhkan penyakit tersebut.



Ramai daripada negara luar telah cuba untuk mengharamkan penggunaan vape di negara mereka.

Sementara itu di Malaysia terdapat artis-artis yang mempromosikan vape ini malah tidak bertanggungjawab jika anda, anak-anak anda mati disebabkan vape ini.

Salah seorang artis yang menjadi duta kepada penjualan flavour vape ini adalah Shuib Sepahtu.

“Kalau kita nak bercerita tentang penggunaan rokok elektronik ni, sebenarnya tiada beza dengan situasi tabiat merokok oleh individu bawah umur sejak sekian lama, mereka tetap akan meneruskan tabiat tersebut jika tiada pemantauan daripada ibu bapa.” Kata shuib.

Perlu kita faham bahawa industi ketagihan seperti industri rokok, vape dan porno merupakan industri multibillionaire. Mereka mempunyai duit yang sangat banyak untuk menaja artis-artis ini menjadi duta mereka.

Bezanya rokok dan vape, rokok telah diadakan peraturan dan sebarang iklan untuk rokok telah diharamkan di negara kita. Manakala vape pula belum ada lagi undang-undang yang mencegah dan menghalang perkara tersebut.



Jadi di kesempatan inilah mereka cuba untuk mempromosikan vape-vape mereka dengan menggunakan artis-artis tempatan.

Sumber:

  1. mStar online
  2. Gambar: Tehpanas.com
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eight + eleven =