Skip to content

Ubat darah tinggi boleh merosakkan dan juga melindungi buah pinggang anda

Terdapat pelbagai jenis ubat darah tinggi seperti calcium channel blocker, beta blocker, alpha blocker dan banyak lagi.

Kebanyakkan ubat darah tinggi tidak akan memberi kesan kepada buah pinggang kecuali ubat darah tinggi jenis angiotensin converting enzyme inhibitors (ACEI).




Bagaimana masalah ini terjadi?

Perlu diketahui dalam badan kita terdapat beberapa hormon yang mengawal diameter saluran darah. Semakin kecil diameter saluran darah, semakin tinggi tekanan dalam saluran darah.



Salah satu hormon yang menyebabkan pengecutan saluran darah adalah hormon angiotensin. Ia sebenarnya dihasilkan daripada hati terlebih dahulu dan membentuk satu protein yang dinamakan sebagai angiotensinogen.

Kemudian protein ini akan dibawa ke paru-paru dan ditukarkan kepada angiotensin dengan menggunakan angiotensin converting enzyme.

Angiotensin ini pula akan menyebabkan saluran darah mengecut dan tekanan darah pun bertambah.

Oleh itu, salah satu cara untuk mengelakkan tekanan darah ini menjadi tinggi adalah dengan menghalang protein angiotiensinogen bertukar menjadi angiotensin. Caranya adalah dengan merencat fungsi angiotensin converting enzyme. Disinilah ubat angiotensin converting enzyme inhibitor memainkan peranan

Kenapa ia boleh merosakkan buah pinggang juga?

Ada sesetengah pesakit sangat sensitif dengan ubat ACEI ini dimana saluran darah di bahagian buah pinggang mengembang dengan besarnya menyebabkan aliran darah ke buahg pinggang bekurangan dan penapis buah pinggang tidak berfungsi dengan sepenuhnya.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Bagaimana ubat ini boleh melindungi buah pinggang?



Ubat ACEI ini dikatakan dapat mengurangkan tekanan darah pada bahagian penapis buah pinggang menyebabkan beban pada buah pinggang semakin berkurangan dan melindungi buah pinggang daripada terus dirosakkan oleh tekanan darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.

Siapa yang akan mengambil ubat ini?

Terdapat beberapa jenis pesakit yang akan diberikan ubat ini. Ia adalah:

  • Pesakit darah tinggi berserta protein di dalam air kencing
  • Pesakit kencing manis yang mempunyai protein dalam air kencing
  • Pesakit buah pinggang yang mempunyai protein dalam air kencing

Kajian telah dilakukan dan mendapati pesakit-pesakit jenis ini mendapat manfaat perlindungan buah pinggang yang lebih ketika mana mengambil ubat ini.

Jadi apa yang perlu dibuat untuk pesakit yang mengambil ubat ini?

Apabila ubat jenis ACEI ini dimulakan kepada pesakit, pesakit perlu memeriksa semula fungsi buah pinggangnya selepas 2-3 minggu pengambilan ubat ini.

Ia bertujuan untuk melihat sama ada ubat itu memberi kesan sampingan kepada buah pinggang ataupun tidak. Jika bacaan fungsi buah pinggang adalah normal maka pesakit boleh mengambil ubat itu tanpa risau malah ia boleh melindungi buah pinggang daripada terus dirosakkan oleh penyakit darah tinggi atau kencing manis.

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 × 1 =