Skip to content

Patah Rusuk: Punca, Simptom dan Rawatan

Apakah punca dan simptom patah tulang rusuk? Artikel ini akan membincangkan berkenaan rawatan, punca dan simptom untuk masalah patah rusuk.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Punca Tulang Rusuk Patah
  3. Simptom Patah Tulang Rusuk
  4. Mengenal pasti masalah ini
  5. Rawatan Patah Tulang Rusuk
  6. Proses penyembuhan
  7. Komplikasi

Pengenalan

Tulang rusuk mempunyai 12 pasang dan membentuk ribcage iaitu satu struktur seperti sangkar yang melindungi jantung dan paru paru. Selain melindungi 2 organ tersebut, tulang rusuk turut menjadi sokongan kepada pelbagai jenis otot terutamanya di bahagian atas badan. Oleh sebab itu, masalah ini boleh menyebabkan terganggunya aktiviti seharian.

Memandangkan lokasi tulang rusuk agak rumit dan berdekatan dengan organ penting, kepatahan ini kebiasaannya akan dibiarkan untuk sembuh dengan sendiri.

Punca tulang rusuk patah




Memandangkan rusukmempunyai fungsi penting untuk melindungi jantung dan paru paru, tulang rusuk mempunyai ketahanan yang kuat. Namun, impak kuat dan mengejut pada dada dan belakang boleh membuatkan tulang ini patah dan retak.

Ia boleh terhasil daripada:

  • Sukan yang melibatkan sentuhan seperti ragbi dan bola sepak
  • Kemalangan kereta
  • Jatuh dari kereta
  • Penderaan domestik

Trauma yang berulang sepeti dalam sukan tinju juga boleh membuatkan kepatahan tulang ini berlaku dan juga mencederakan otot  di sekitar dada.

Golongan yang paling terdedah kepada risiko tulang rusuk patah ialah:

  • Ahli sukan yang bermain sukan bersentuhan seperti ragbi dan tinju
  • Mereka yang mempunyai osteoporosis iaitu sejenis keadaan di mana kemampatan tulang berkurang menyebabkan tulang rusuk terdedah kepada kecederaan

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Simptom tulang rusuk patah


Salah satu simptom yang berpanjangan dan kerap dialami ialah sakit dada ketika menarik nafas. Menarik nafas secara dalam mengeruhkan kesakitan itu. Ketawa, batuk dan bersin juga mencetuskan rasa sakit yang menikam dan ngilu di kawasan tersebut.



Bergantung kepada lokasi tulang patah, membongkokkan badan atau memusingkan badan boleh menyebabkan sakit secara tiba tiba. Menekan pada kawasan yang patah juga menyebabkan kesakitan yang akan dirasai selama berminggu minggu.

Anda juga mungkin mendapati bengkak dan kesan kemerahan pada sekitar tempat patah. Dalam sesetengah kes, terdapat juga lebam pada kulit di kawasan yang patah.

Periksa Simptom anda Di Sini

Mengenal pasti tulang rusuk patah

Tulang rusuk patah tidak sama dengan tangan atau jari yang patah. Ia sukar dilihat dengan mata kasar. Oleh itu, sekiranya anda mungkin mempunyai tulang rusuk yang patah, sila segera berjumpa doktor bagi pemeriksaan lanjut.

Ujian yang mungkin doktor lakukan ialah:

  • X ray di bahagian dada bagi melihat kesan patah atau retak pada tulang terutamanya kesan yang besar
  • CT scan di bahagian dada sekiranya doktor tidak menemui kesan patah melalui X ray kerana kesan kecil
  • Scan tulang (Bone Scan) iaitu satu proses menyuntik pewarna ke dalam salur darah. Pewarna tersebut akan dikesan menggunakan peralatan pengesan dan ia akan berkumpul di kawasan di mana terdapat proses penyembuhan pada tulang seperti di kawasan tulang patah. Oleh itu, doktor dapat mengesan kesan patah terutamanya dalam kes trauma yang berulang.

Bergantung kepada keadaan anda, and mungkin memerlukan ujian MRI di dada bagi memeriksa sekiranya terdapat kecederaan pada tisu dan otot di sekitar tulang rusuk.

Rawatan tulang rusuk patah


Cara merawat tulang rusuk yang patah telah melalui pelbagai perubahan seiring dengan kemajuan teknologi. Rawatan di masa lalu memerluka doktor membalut bahagian dada dengan ketat bagi mengelakkan tulang yang patah dari bergerak dan mengganggu proses penyembuhan. Namun kaedah ini boleh menyukarkan pernafasan dan menyebabkan risiko jangkitan kuman pada paru paru seperti pneumonia.

Pada masa sekarang, tulang rusuk yang patah akan dibiarkan untuk sembuh dengan sendirinya tanpa alatan atau balutan.



Bergantung kepada tahap kesakitan anda, doktor akan memberikan ubat tahan sakit. Di waktu awal setelah kepatahan tulang ini berlaku, anda mungkin memerlukan suntikan ubat tahan sakit ke dalam saluran darah bagi melegakan kesakitan di sekitar kawasan rusuk terlibat. 

Anda juga boleh meletakkan pek ais ataupun menuam kawasan yang terlibat bagi mengurangkan kadar kesakitan dan meredakan bengkak.

Dalam kes yang lebih serius seperti apabila ia mengganggu pernafasan, anda mungkin memerlukan pembedahan melibatkan skru dan plate bagi menstabilkan tulang rusuk yang patah sementara mereka melalui proses penyembuhan.

Proses penyembuhan


Ia akan mengambil masa sebanyak lebih kurang 6 minggu bagi kepatahan sembuh dengan sendiri. Di waktu ini, anda harus mengurangkan aktiviti yang boleh mencederakan tulang rusuk seperti bermain sukan dan mengangkat barangan berat.

Penting juga untuk anda ingat untuk terus menggerakkan tangan dan bahu secara berkala bagi mengelakkan berlaku kekejangan. Anda juga diingatkan untuk bernafas seperti biasa dan batuk beberapa kali bagi mengelakkan pengumpulan cecair dan mukus dalam paru paru.

Komplikasi


Bergantung kepada lokasi tulang rusuk yang patah, paru paru dan jantung boleh terkesan.

Kecederaan pada tulang rusuk teratas boleh mencederakan aorta iaitu saluran darah utama dari jantung ke seluruh badan. Saluran darah lain yang berdekatan juga berisiko tercedera.

Komplikasi lain yang boleh terjadi disebabkan masalah ini ialah paru paru bocor. Ini terjadi apabila serpihan tulang yang patah mencucuk pada paru paru dan boleh menyebabkan paru paru tercedera.



Jika tulang rusuk yang patah berada di bahagian bawah, hati dan limpa boleh tercedera sekiranya trauma kuat. Komplikasi ini kerap dilihat dalam kes tulang rusuk yang patah lebih dari satu. Ujian pengimejan seperti MRI diperlukan bagi melihat sekiranya terdapat kecederaan pada organ dalaman ataupun saluran darah.

Bagi memastikan komplikasi dikesan dengan lebih awal, pastikan anda memberitahu doktor tentang kesemua simptom yang anda alami.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan

  1. Broken ribs – Healthline
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 − four =