Skip to content

Patah Tangan: Punca, Simptom dan Rawatan

Apakah simptom jika seseorang itu mengalami patah tangan? Artikel ini akan menerangkan berkenaan masalah tersebut berserta rawatannya.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Punca Tangan Patah
  3. Simptom Tangan Patah
  4. Risiko jangkitan
  5. Mengenal pasti masalah ini
  6. Rawatan
  7. Tempoh penyembuhan
  8. Komplikasi

Pengenalan


Tulang yang patah, atau retak boleh terjadi kepada mana mana tulang di bahagian tangan anda:

  • Humerus iaitu tulang bahagian yang menyambungkan bahu ke siku
  • Ulna iaitu tulang di bahagian lengan yang menyambungkan bahagian siku ke jari paling kecil melalui pergelangan tangan, ia seiring dengan satu lagi tulang yang lebih panjang di bahagian lengan iaitu radius
  • Radius iaitu tulang lengan yang menyambungkan siku ke bahagian ibu jari melalui pergelangan tangan, ia seiring dengan tulang ulna

Jika anda mungkin mempunyai tulang lengan yang patah, dapatkan perhatian doktor dengan segera. Rawatan awal dapat menghalang komplikasi dan meningkatkan kualiti penyembuhan.

Punca tangan patah




Kebanyakan tangan patah berpunca daripada trauma fizikal seperti:

  • Jatuh. Antara punca yang paling kerap terjadi yang menyebabkan tangan patah ialah jatuh pada siku atau tangan yang menapak
  • Kecederaan sukan. Patah pada setiap tulang tangan boleh terjadi daripada impak kuat ketika aktiviti sukan
  • Trauma. Tulang juga boleh patah dari hasil trauma seperti dilanggar basikal, motosikal atau kemalangan kereta.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Simptom tangan patah


Indikasi terawal menandakan tangan anda patah adalah kemungkinan terdengarnya bunyi tulang patah seperti ranting kayu patah. Antara simptom lain termasuk:

  • Perubahan struktur atau bentuk, tangan mungkin nampak bengkok
  • Kesakitan melampau
  • Kesakitan apabila cuba menggerakkan tangan
  • Kesukaran menggerakkan tangan terutamanya memusingkan arah telapak tangan
  • Bengkak di kawasan patah
  • Lebam di kawasan patah
  • Rasa kebas atau berdenyut pada tangan dan ibujari

Periksa Simptom anda Di Sini

Risiko jangkitan


Jika terdapat kesan luka yang dalam pada kulit yang terjadi sebahagian kecederaan, seperti kesan tulang patah yang menembusi kulit, risiko terjadinya jangkitan tinggi. Luka tersebut perlu dicuci dengan segera menggunakan cecair antiseptik dan dirawat oleh paramedik bagi menghalang jangkitan kuman seperti bakteria.

Mengenal pasti tangan patah


Doktor akan memeriksa kawasan tangan bagi melihat:

  • Perubahan struktur
  • Kesakitan
  • Bengkak atau benjolan
  • Kecederaan pada saluran darah
  • Kecederaan pada saraf utama di bahagian tangan seperti saraf median, saraf ulnar dan saraf radius


Selepas itu, anda perlu mendapatkan ujian X ray bahagian tangan dari bahu hingga ke jari bagi melihat lokasi dan kesan patah pada tulang, dan struktur yang lain seperti sendi berdekatan. Jika terdapat banyak serpihan tulang ataupun kecederaan yang melibatkan sendi ataupun doktor mengesyaki kecederaan pada saluran darah atau saraf, anda mungkin memerlukan ujian MRI atau CT scan.

Rawatan tangan patah


Terdapat 3 prinsip dalam merawat tulang yang patah:

  • Reduction iaitu proses membetulkan posisi tulang dalam keadaan asal kerana tulang yang telah patah atau serpihan tulang mudah teralih dari posisi asal dan perlu diletakkan kembali. Ini juga berfungsi untuk menggalakkan proses penyembuhan dan penyambungan tulang.
  • Immobilization iaitu proses mengekalkan tulang yang telah patah tadi di satu tempat dan mengehadkan pergerakan. Bergantung kepada jenis kecederaan, anda mungkin memerlukan splint, brace ataupun simen. Ini adalah penting kerana jika tulang teralih, proses penyambungan boleh terganggu dan anda boleh mendapat kecacatan kekal.
  • Rehabilitasi iaitu proses fisioterapi dan aktiviti fizikal bagi menggalakkan penyembuhan dan membina semula kekuatan tulang yang tercedera. Ini penting bagi mendapatkan komposisi tulang dengan kekuatan yang sama sebelum kecederaan. Jika berlaku kecederaan pada saraf, rehabilitasi diperlukan bagi membantu anda menjalankan fungsi tangan.

Selain itu, ubatan yang biasa diberikan kepada pesakit patah tangan adalah ubat tahan sakit seperti Ibuprofen bagi meredakan kesakitan dan kadangkala, sesetengah kecederaan memerlukan proses reduction dilakukan secara manual. Jika kecederaan telah menyebabkan luka pada kulit seperti serpihan tulanh menembusi kulit, luka perlu dibersihkan dan kulit mati mesti dibuang. Anda akan diberikan antibiotik bagi mencegah risiko jangkitan bakteria dan suntikan anti tetanus bagi mengelakkan kancing gigi.

Dalam kes kecederaan yang lebih serius seperti serpihan tulang hancur, anda mungkin memerlukan pembedahan bagi memasukkan skru dan pin bagi menstabilkan kedudukan tulang. Ini juga bagi memastikan tulang kekal dalam keadaan lurus dan tidak bengkok bagi menggalakkan penyambungan.

Tempoh penyembuhan


Walaupun terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi proses penyembuhan seperti jenis dan lokasi kecederaan, usia dan keadaan kesihatan pesakit, dalam kebanyakan kes, anda mungkin memerlukan alat sokongan seperti cast atau brace selama 4 hingga 6 minggu. Setelah itu, untuk beberapa bulan seterusnya akan mengalami had dalam beraktiviti.

Komplikasi tangan patah


Terdapat beberapa komplikasi yang boleh berlaku jika seseorang itu mengalami kepatahan tulang. Ia adalah:

  • Risiko jangkitan. Jika serpihan tulang menembusi kulit, ia telah terdedah kepada risiko jangkitan. Anda perlu mendapatkan rawatan segera bagi mengelakkan jangkitan masuk ke dalam darah ataupun merebak ke bahagian otot dan tulang.
  • Kekejangan. Ini kerana proses immobilization adalah penting dalam aspek penyembuhan tulang, tulang yang boleh mengalami kesukaran untuk bergerak setelah lama tidak digunakan
  • Pertumbuhan tulang tidak sekata. Terutamanya dalam kanak kanak, memandangkan tulang masih tumbuh di hujungnya, kecederaan yang melibatkan kawasan penting menyebabkan pertumbuhannya terbantut dan tidak sekata
  • Arthritis iaitu keradangan pada sendi terutamanya dalam kecederaan yang melibatkan sendi menyebabkan bertambahnya risiko untuk mendapat osteoarthritis
  • Kecederaan pada saraf dan saluran darah yang boleh menyebabkan kegagalan menyalurkan darah dan rasa kebas atau lemah dan hilang fungsi tangan.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:



  1. Broken Arms – Healthline
Advertisements

4 thoughts on “Patah Tangan: Punca, Simptom dan Rawatan”

  1. Nak tanye dokter pasal anak saya patah tangan dan telah di simen masalahnye tangan anak saya membengkak dan terjadi pembesaran di kawasan tangannya yang telah terhimpit oleh simen itu ,dan anak saya berasa sakit di bahagian luar tangannya perlukah saya pergi berjumpa dokter semula??

    1. Saya nasihatkan untuk dapatkan pemeriksaan semula. Terkadang bengkak itu terlalu ketat hingga menyebabkan kurangnya pengaliran darah di kawasan tersebut. Oleh itu, perlu dapatkan pemeriksaan semula

  2. Siti nor akma binti zuki

    Kenapa saya merasa ngilu dan kebas dibahagian yang saya pernah patah akibat kemalangan jalan raya?adakah prlu ke klinik?

    1. Betul. Perlu pergi ke klinik untuk pemeriksaan bagi memastikan bahawa patah itu mengganggu saraf ataupun tidak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

17 − 14 =