28/09/2020

The Diagnosa

Dapatkan Tips kesihatan dan penjelasan kepada penyakit anda disini

masalah pekak

Pekak: Punca, Simptom dan Rawatan

Apa itu masalah pekak dan puncanya? Artikel ini akan menerangkan berkenaan masalah pekak ini, punca-puncanya dan juga rawatan yang boleh dilakukan.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Jenis Kecacatan Pendengaran
  3. Punca Masalah Pekak
  4. Simptom Pekak
  5. Komplikasi
  6. Ujian Pengesahan
  7. Rawatan Masalah Pekak
  8. Pencegahan

Tepat pukul 8 malam, kebanyakan warga Malaysia sudah tentu akan menukar siaran televisyen kepada siaran utama yang memaparkan berita terkini. Dan pada setiap siaran, wajah kecil yang menunjukkan gerak badan dan tanda isyarat mesti terpapar di bucu kanan kaca televisyen.

96426204_1625594544275011_6876221492477034496_n

Bagi yang tidak memahami gerakan tersebut, pasti kadang-kadang terasa lucu, namun ia amat berguna kepada golongan kurang upaya terutamanya golongan pekak. Ya, merekalah yang dipanggil sebagai jurubahasa isyarat yang membantu golongan pekak untuk memahami pengisian berita sama seperti orang lain. Artikel kali ini akan membawa anda mendalami tajuk tentang pekak dengan lebih teliti.

Pengenalan


Satu daripada lima deria penting kepada manusia ialah deria pendengaran. Kadar pendengaran normal yang dapat di kesan oleh telinga ialah sehingga 20 dB. Bagi golongan pekak, kadar ini akan jatuh melebihi 40 dB. Mengikut fakta dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), lebih daripada 5% populasi dunia atau 466 juta orang mengalami gangguan pendengaran (432 juta orang dewasa dan 34 juta kanak-kanak), dan dianggarkan bahawa pada tahun 2050 lebih dari 900 juta orang – atau satu dari setiap sepuluh orang akan mengalami kehilangan pendengaran.

Di Malaysia pula, 50% daripada anggaran 2.5 juta populasi penduduk mengalami kecacatan pendengaran yang boleh dicegah terutamanya pada kanak-kanak. Apabila deria ini menjadi tidak normal atau hilang, ia boleh menyebabkan seseorang merasa asing dari dunia sekelilingnya kerana apa yang dikatakan tidak difahami atau di salah tafsir.

Jenis Kecacatan Pendengaran


Terdapat 3 jenis utama:

1. ‘Conductive’ (Gangguan aliran bunyi)

Disebabkan masalah pada bahagian tengah dan luar telinga atau terdapat halangan di dalam telinga, seperti tahi telinga yang menghalang bunyi untuk sampai ke gegendang telinga. Ia boleh menjadi kekal, namun ia lebih kerap bersifat sementara dan boleh dirawat melalui perubatan klinikal.

2. ‘Sensorineural’ (saraf deria)

Kecacatan pendengaran sensorineural adalah yang paling biasa berlaku. Ia bersifat kekal dan disebabkan oleh masalah pada bahagian dalam telinga atau saraf ‘auditory’. Individu yang mengalami kehilangan pendengaran sensorineural kebiasaannya mengalami kesukaran memahami suara atau ucapan walaupun ia cukup kuat untuk didengari. Bunyi yang diterima juga menjadi berubah kerana gelombang menjadi tidak sama rata walaupun dengan penggunaan alat bantuan pendengaran.

3. Mixed’ (gabungan)

Adalah kombinasi daripada jenis ‘conductive’ dan ‘sensorineural’

Kehilangan pendengaran pula mempunyai 4 tahap iaitu kurang, sederhana, teruk dan sangat teruk. Pendengaran sangat teruk juga dikenali sebagai pekak atau tuli.

Punca Masalah Pekak


Antara punca-punca yang menyebabkan kecacatan pendengaran atau pekak ialah:

Simpom Pekak


Tanda dan gejala kecacatan pendengaran atau pekak adalah sedikit berbeza bagi kanak-kanak dan orang dewasa, iaitu:

Kanak-kanak

  • Pesakit tidak mempunyai sebarang tindak balas dengan bunyi walaupun bunyi tersebut kuat
  • Kanak-kanak akan lambat untuk mula bercakap atau tidak boleh bertutur langsung

Dewasa

  • Kesukaran untuk mendengar orang lain bercakap dengan jelas
  • Salah faham terhadap pertuturan yang disampaikan, terutama di tempat yang bising
  • Meminta percakapan untuk diulangi
  • Perlu menambah volume televisyen atau radio
  • Kesukaran untuk mendengar di telefon kerana sukar untuk mengikuti perbualan
  • Merasa letih atau tertekan kerana perlu menumpukan perhatian semasa mendengar pertuturan dan bunyi lain 
  • Kesukaran memahami perkataan, terutamanya terhadap bunyi latar belakang atau orang ramai
  • Kerap meminta orang lain untuk bercakap dengan lebih perlahan, jelas dan kuat tetapan

Kesan kecacatan pendengaran atau pekak


Terdapat beberapa kesan kepada masalah pendengaran yang dialami. Kesan-kesan tersebut adalah:

  • Merasa tertekan kerana mengalami kesukaran dalam percakapan
  • Mempunyai masalah dalam pembelajaran atau pendidikan
  • Sukar untuk mengekalkan hubungan sosial dengan orang lain
  • Kurang keyakinan diri
  • Merasa terasing
  • Prestasi harian menjadi merosot

Saringan Awal


Saringan awal boleh dilakukan kepada bayi seawal sebulan selepas dilahirkan. Penilaian pendengaran perlu dibuat jika bayi atau kanak-kanak mengalami gejala-gejala seperti di atas.

Ujian Pengesahan


Beberapa ujian yang akan dilakukan sekiranya anda disyaki mempunyai masalah pendengaran ialah:

1. Ujian fizikal

Doktor akan melihat telinga anda untuk mengetahui penyebab kehilangan pendengaran seperti sakit telinga atau keradangan akibat jangkitan. Doktor juga akan melihat jika anda mempunyai masalah struktur telinga yang lain.

2. Ujian saringan umum

Doktor akan menggunakan ujian bisikan dengan meminta anda menutup satu belah telinga pada satu masa untuk melihat tahap bunyi yang mampu anda dengari.

3. Ujian Garpu Tala (Tuning Fork Test)

Ujian ini membantu doktor untuk membezakan jenis konduktif dan jenis sensorineural serta membantu untuk mengetahui penyakit-penyakit telinga yang lain.

4. Ujian audiometer

Dilakukan oleh pakar audiologi di mana anda perlu memakai fon telinga dan mendengar bunyi dan perkataan yang ditujukan kepada setiap telinga. Setiap nada diulang pada tahap samar untuk mencari suara paling senyap yang dapat anda dengari.

Rawatan Masalah Pekak


1. Membuang tahi telinga

Tahi telinga yang keras dan menebal akan membuatkan telinga menjadi tersumbat. Biasanya doktor akan mengeluarkan tahi telinga dengan menggunakan penyedut.

2. Prosedur pembedahan

Beberapa jenis kehilangan pendengaran dapat diatasi dengan pembedahan, termasuk kelainan struktur yang terdapat pada gendang telinga atau tulang pendengaran (ossikel). Sekiranya anda mengalami jangkitan berulang dengan cecair berterusan, doktor mungkin memasukkan tiub kecil yang membantu cecair tersebut mengalir keluar daripada telinga.

3. Penggunaan alat pendengaran

Sekiranya pendengaran anda disebabkan oleh kerosakan pada telinga di bahagian dalam, alat pendengaran mungkin dapat membantu. Pakar audiologi akan berbincang dengan anda tentang faedah dan kesesuaian pemakaian alat pendengaran terlebih dahulu.

4. Implan koklea

Sekiranya anda mengalami pendengaran yang lebih teruk, maka implan koklea mungkin menjadi pilihan yang terbaik. Implan koklea ini akan memotong bahagian telinga dalam yang rosak atau tidak berfungsi dan secara langsung merangsang saraf pendengaran.

Cara Pencegahan masalah Pekak


Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mencegah perkara ini daripada berlaku:

  • Jauhkan diri daripada pendedahan bunyi yang bising pada kadang yang lama. Jika pekerjaan melibatkan pendedahan bunyi bising, pastikan menggunakan alat pelindung telinga
  • Memeriksa telinga dan pendengaran secara berkala terutamanya mereka yang selalu terdedah dengan bunyi bising
  • Ambil suntikan vaksin untuk mengelakkan jangkitan telinga seperti Vaksin 3 serangkai yang mengandungi perlindungan kepada Rubella dan Haemophilus Influenza B.

Rujukan:

  1. Dottie. (2016, April 04). Kecacatan Pendengaran.
  2. Hassan, S. (2020, July 28). Kehilangan Pendengaran atau pekak (Presbycusis) – Jenis, Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan./
  3. Hearing loss. (2019, May 10). Retrieved August 12, 2020, from