Skip to content

Sakit Perut: Punca, Simptom dan Rawatan

Apakah punca kepada gejala sakit perut? Artikel ini akan menerangkan secara lengkap berkenaan masalah ini dan punca-puncanya.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Punca Sakit Perut
  3. Jenis Sakit Perut
  4. Lokasi
  5. Berjumpa Doktor
  6. Mengenal pasti punca
  7. Pencegahan sakit perut

Pengenalan


Sakit perut secara umumnya diertikan sebagai sakit yang berlaku dari kawasan dada sehingga ke pinggil. Jenis sakit ini boleh menjadi jenis sakit yang berdenyut, menyucuk, dan memulas.

Inflamasi atau keadaan yang memberi kesan kepada organ dalam abdomen boleh menyebabkan sakit ini berlaku. Antara organ besar yang ada di bahagian abdomen ialah:

  • Saluran usus besar dan kecil
  • Buah pinggang
  • Apendiks
  • Limpa
  • Perut
  • Pundi hempedu
  • Hati
  • Pankreas


Jangkitan virus, bakteria atau parasit yang melibatkan perut dan saluran usus juga boleh menyebabkan simptom ini.

Punca sakit perut


Sakit perut boleh disebabkan pelbagai perkara. Namun beberapa sebab utamanya ialah jangkitan kuman, ketumbuhan, keradangan, sumbatan dan masalah usus.

Jangkitan di tekak, saluran usus dan darah boleh menyebabkan bakteria masuk ke dalam usus dan menyebabkan sakit ini berlaku. Jangkitan ini juga boleh mengubah proses penghadaman menyebabkan cirit birit dan sembelit.

Sakit perut ketika datang haid juga merupakan antara punca kerap dalam kalangan wanita namun sakitnya lebih tertumpu di bahagian ari-ari.

1. Saluran Pencernaan



Penyakit yang melibatkan saluran pencernaan boleh menyebabkan sakit perut yang kronik. Antaranya:

Gastroesophageal reflux disease ataupun asid refluks

Dalam masalah GERD, terdapat asid di dalam perut yang refluks dan naik balik semua ke esofagus. Ini akan menyebabkan bahagian esofagus mengalami kecederaan dan pesakit akan mengalami pedih di bahagian ulu hati.

Keradangan Usus

Keradangan usus seringkali menyebabkan proses pergerakan makanan terganggu. Perkara ini akan menyebabkan bahagian perut terasa penuh dah sakit. Dua punca kepada penyakit ini adalah Crohn’s disease dan irritable bowel syndrome

Lactose intolerance iaitu ketidakbolehan mencerna laktosa yang terkandung dalam susu

Ada sesetangah orang tidak boleh mencernakan gula dalam bentuk laktosa. Ini menyebabkan air lebih banyak terkumpul di dalam usus dan pesakit akan mengalami cirit birit

2. Sakit perut yang serius



Terdapat beberapa jenis penyakit perut yang menyebabkan sakit yang teruk. Ia adalah:

Kandungan organ pecah

Ketika mana organ pecah di dalam perut, ia akan menyebabkan satu keadaan yang dinamakan sebagai peritonitis dimana selaput dalam abdomen akan mengalami keradangan. Pembedahan untuk menutup punca pendarahan akan dibuat dan bahagian dalam abdomen akan dicuci.

Batu hempedu

Batu hempedu boleh tersekat di saluran hempedu dan menyebabkan sakit abdomen yang teruk.

Batu karang

Begitu juga batu karang, ia juga boleh tersekat di saluran air kencing dan menyebabkan sakit yang teruk. Bahkan batu karang ini juga boleh menjadi habitat kuman yang boleh menyebabkan jangkitan pada saluran air kencing.

Jangkitan buah pinggang



Jangkitan kuman pada saluran air kencing atau kencing kotor yang tidak dirawat boleh menyebabkan bakteria ini naik sehingga ke buah pinggang. Ini boleh menyebabkan jangkitan buah pinggang dan nyawa pesakit boleh terancaman disebabkan perkara ini.

3 sebab-sebab lain sakit perut ialah:

  • Sembelit
  • Cirit birit
  • Jangkitan gastroenteritis
  • Masalah asid refluks yang menyebabkan kandungan perut mengalir kedalam esofagus menyebabkan pedih ulu hati
  • Muntah
  • Stress

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Jenis sakit perut


Sakit perut boleh dikelaskan sebagai setempat, memulas ataupun colicky. Sakit abdomen yang setempat hanya terhad di suatu kawasan sahaja. Ia biasanya disebabkan oleh masalah di kawasan tersebut. Antara punca sakit setempat ialah ulser pada perut iaitu luka pada lapisan dalam permukaan perut.

Sakit yang mengeras atau cramp sering dikaitkan dengan cirit birit, sembelit, perut kembung dan masuk angin. Dalam kalangan wanita, ia berkaitan dengan kitaran haid, keguguran ataupun komplikasi organ reproduktif. Sakit jenis ini datang dan pergi dan boleh hilang tanpa rawatan.

Sakit jenis colicky pula adalah sakit yang disebabkan oleh punca yang lebih serius seperti batu hempedu dan batu karang.

Periksa Simptom anda Di Sini

Lokasi Sakit Perut


Punca kepada masalah yang melibatkan kesakitan ini boleh diketahui dengan memeriksa kawasan abdomen yang sedang mengalami kesakitan yang teruk.

1. Sakit yang merebak dan terasa di seluruh bahagian abdomen boleh disebabkan oleh:



2. Sakit yang terhad di kawasan bawah abdomen berpunca dari:

3. Dalam kalangan wanita, sakit di bahagian bawah abdomen juga boleh berpunca dari organ reproduktif:

  • Sakit ketika kitaran haid
  • Ovarian cysts
  • Keguguran
  • Fibroid
  • Endometriosis
  • Pelvic inflammatory disease
  • Kehamilan luar rahim

4. Sakit di bahagian abdomen atas disebabkan oleh:

  • Batu hempedu
  • Serangan jantung
  • Hepatitis iaitu radangan hati
  • Jangkitan paru paru

5. Sakit di tengah abdomen berpunca dari:

  • Appendicitis
  • Gastroenteritis
  • Kecederaan
  • Uremia iaitu pengumpulan sisa toksik dalam badan

Berjumpa doktor


Sakit abdomen yang sederhana akan hilang sendiri tanpa rawatan. Namun dalam sesetengah kes, mereka yang mengalami masalah ini perlu berjumpa dengan doktor.

Pergi ke jabatan kecemasan sekiranya sakit perut anda serius dan berkaitan dengan trauma dari kemalangan. Anda juga mesti berjumpa doktor sekiranya mempunyai tanda berikut:

  • Najis berdarah
  • Demam bersuhu tinggi
  • Muntah berdarah
  • Muntah berterusan
  • Kekuningan pada mata dan kulit
  • Perut kembung
  • Kesukaran bernafas
  • Sakit yang berlaku melebihi 24 jam
  • Sembelit berpanjangan
  • Sakit ketika kencing
  • Hilang selera makan
  • Hilang berat badan

Mengenal pasti punca


Punca sakit perut boleh dikenal pasti melalui beberapa ujian. Doktor akan memeriksa abdomen anda bagi melihat sekiranya terdapat ketumbuhan atau bengkak.

Ujian seperti MRI, ultrasound dan Xray diperlukan bagi melihat organ, tisu dan struktur lain dalam abdomen secara lebih terperinci. Ujian ini boleh mengenal pasti ketumbuhan, organ pecah dan inflamasi.



Ujian lain termasuk:

  • Colonoscopy iaitu memasukkan kamera melalui skop bagi melihat saluran usus besar dan kecil
  • Endoscopy iaitu memasukkan kamera bagi melihat keradangan pada esofagus dan perut
  • Upper GI iaitu menggunakan Xray bagi mengesan pewarna yang diminum bagi mengesan ketumbuhan, ulser, inflamasi, bahagian tersumbat dalam perut

Sampel darah, najis dan air kencing juga mungkin diambil sekiranya doktor mengesyaki jangkitan bakteria, virusa atau parasit.

Pencegahan sakit perut


Tidak semua sakit abdomen ini boleh dielakkan. Namun anda boleh mengurangkan risiko mendapat simptom ini dengan mengamalkan perkara berikut:

  • Makan diet yang sihat
  • Banyakkan pengambilan air
  • Bersenam dengan kerap
  • Makan berskala kecil

Jika anda mempunyai masalah saluran usus seperi Crohn’s diseae, ikut arahan diet doktor bagi mengurangkan rasa tidak selesa. Jika anda mempunyai asid refluks, elakkan makan 2 jam sebelum tidur.

Pembacaan bagi masalah yang lain

Sakit PerutHidung Berbau Busuk
Puting SakitPayudara Bengkak
Puting TenggelamTidur Berdengkur
Rasa LoyaBengkak Lutut
Susah Buang Air KencingDemam Berpanjangan
Bengkak AirPerut Kembung
Tangan MenggeletarSakit Pergelangan Tangan
SelesemaBayi Selesema
Hidung TersumbatMuka Pucat
Bibir BengkakCirit-Birit Berpanjangan

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan

  1. Abdominal pain -Healthline
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nineteen + twenty =