Skip to content

Penggunaan Telefon pintar menyebabkan tempurung kepala anda tumbuh tulang tidak normal.

Cuba rasa dibahagian belakang kepala anda iaitu beberapa centimeter sebelum leher anda. Jika anda merasakan sedikit benjolan keras pada kawasan tersebut, ia mungkin menunjukkan anda telah menghadapi kesan sampingan disebabkan asyik melihat telefon.

Kajian yang diterbitkan di Jurnal berprestij iaitu di Scientific Reports pada 2018 telah menunjukkan penggunaan telefon pintar akan meningkatkan kes penumbuhan tulang yang tidak normal dibahagian tempurung kepala anda. Tulang tersebut tumbuh dibahagian belakang tempurung kepala iaitu beberapa centimeter daripada tulang belakang.

Saintis daripada Sunshine Coast University di Australia ini telah mendapati bahawa terdapat peningkatan penumbuhan tulang tempurung yang tidak normal pada golongan muda. Panjang tulang itu adalah 2.6cm dan ia boleh mencapai 3.1cm.



Di dalam istilah perubatan, tulang ini dikenali sebagai enthesophytes. Tulang ini terbentuk pada bahagian tempurung yang mempunyai sambungan dengan ligament iaitu dibahagian belakang kepala. Selalunya ia didapati pada mereka yang sudah berumur kerana stress yang lama pada bahagian tersebut.

Tetapi kajian ini menunjukkan perkara sebaliknya. Kajian ini dibuat pada 1200 individu yang berumur diantara 18-86 tahun dan kajian tersebut telah mendapati tulang ini telah tumbuh 33% daripada jumlah kesemua peserta. Yang menariknya, kebanyakan yang mempunyai tulang tidak normal tersebut adalah daripada mereka yang berumur 18 hingga 30 tahun.

Ini adalah x-ray salah seorang peserta yang berumur 28 tahun. X-ray ini menunjukkan terdapat tulang yang tumbuh dibahagian belakang tempurung kepala.

Kajian sebelum ini menunjukkan bahawa perkara ini tidak pernah terjadi sebelum ini terutamanya pada golongan muda tahun 1990an.

Kajian ini sebenarnya belum lagi menentukan punca kepada kejadian tulang yang tidak normal tersebut. Tetapi disebabkan ianya berlaku pada golongan muda, pengkaji membuat hypotesis bahawa perkara ini berlaku disebabkan orang muda zaman sekarang banyak menggunakan Telefon pintar dan selalunya ia digunakan pada posisi yang salah.

Posisi mereka adalah dengan cara menunduk kebawah dengan lama tidak kiralah sama ada untuk membaca whatsapp, melihat facebook, bermain game dan pelbagai perkara lagi. Ini akan memberi tekanan pada ligament yang melekat pada bahagian kepala tersebut.



Tekanan pada bahagian tersebut pula akan menyebabkan badan memberi respon iaitu dengan cara menumbuhkan tulang pada bahagian tersebut.

Jikalau dilihat penumbuhan tulang ini ia adalah sama seperti yang berlaku pada bahagian badan lain yang mengalami stress atau tekanan yang lama seperti bahagian tumit.

Jika dilihat pada bahagian tumit tersebut telah tumbuh tulang sama seperti tulang dibahagian kepala sebelum ini. Tulang ini disebut sebagai heel spur dan ia boleh menyebabkan sakit tumit.

Penumbuhan tulang seperti ini menunjukkan bahawa penggunaan telefon pintar bagi kesemua lapisan masyarakat akan menyebabkan postur badan yang tidak betul. Oleh disebabkan itu, kita diminta untuk mengurangkan atau membetulkan postur badan kita ketika melihat telefon pada satu jangka masa yang lama.

Rujukan:

  1. David Shahar & Mark G. L. Sayers. Prominent exostosis projecting from the occipital squama more substantial and prevalent in young adult than older age groups. Scientific Reports 8, Article number: 3354 (2018).
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

9 − two =