Apakah kegunaan pil atau ubat buscopan(Hyoscine butylbromide) ini? Artikel ini akan membincangkan kegunaan ubat buscopan ini, dos dan kesan sampingannya
Kegunaan
Buscopan tablet mengandungi bahan aktif ‘Hyoscine butylbromide’ dengan kekuatan dos 10mg per tablet.
Ia digunakan untuk melegakan
- Sakit perut disebabkan cirit-birit atau keracunan makanan
- Sakit belakang yang disebabkan batu karang
Selain itu, hyoscine butylbromide juga boleh digunakan untuk merawat sindrom iritasi usus dengan cara merehatkan sistem pencernaan anda.
Nama Jenama Yang Lain
Dhacopan, Copan, Fucon, Vacopan, Hyomide
Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini
Cara Ubat Berfungsi
Mengurangkan peristalsis otot licin di dalam sistem pencernaan dan melegakan kekejangan otot tersebut. Buscopan melakukan tindakan spasmolitik pada otot licin saluran gastrointestinal, saluran hempedu dan genito-urinari. Hyoscine butylbromide ini tidak memasuki sistem saraf pusat. Oleh itu, kesan sampingan antikolinergik pada sistem saraf tidak berlaku.
Cara Pengambilan
Dewasa dan kanak-kanak yang berumur lebih 6 tahun: Ambil 1 atau 2 biji tablet untuk dimakan 3 kali sehari. Kanak-kanak 6-12 tahun, ambil 1 tablet 3 kali sehari. Tablet ini tidak disyorkan kepada kanak-kanak dibawah umur 6 tahun.
Tablet ini tidak perlu dikunyah walaupun anda akan rasa manis kerana ianya disalutkan dengan gula (sugar coated tablet). Tablet ini perlulah ditelan secara keseluruhan, jangan pecahkan mahupun dikunyah. Untuk peringatan, tablet ini tidak seharusnya diambil untuk tempoh masa yang lama.
Apa yang anda perlu lakukan sekiranya terlupa untuk makan? Hendaklah diingatkan agar jangan sewenang-wenangnya menggandakan dos untuk menggantikan dos yang terlupa. Namun, jika sudah tiba masanya untuk dos seterusnya, abaikan dos terlupa dan segera ambil setelah anda ingat.
Kesan Sampingan Buscopan
Seperti ubat-ubatan yang lain, Tablet Buscopan juga boleh menyebabkan kesan sampingan, walaupun tidak semua orang mendapatkannnya. Antara kesan sampingan Buscopan ialah seperti mulut terasa sedikit kering, reaksi kulit seperti ruam mahupun hipersensitiviti yang lain, berpeluh tidak normal, denyutan nadi yang disedari berlaku dengan sedikit laju daripada biasa. Kesan sampingan antikolinergik Buscopan biasanya ringan dan terhad kepada diri sendiri.
Kontraindikasi
Jangan ambil ubat ini sekiranya anda mengalami ciri-ciri di atas dan berbincanglah dengan doktor anda atau ahli farmasi sebelum mengambil ubat ini. Contohnya seperti individu-individu yang :
- menghidap glaukoma (sejenis penyakit saraf mata iaitu dimana keadaan tinggi dalam mata)
- disyaki atau mengalami usus tersumbat. Keadaan yang disebut sebagai ‘paralytic or obstructive ileus’ dan juga megakolon (kolon membesar).
- Mengalami gejala termasuk sakit perut di bahagian yang teruk dengan kekurangan najis/loya/muntah.
- Sekiranya sedang mengandung, berkemungkinan akan hamil mahupun yang sedang meyusukan anak.
Sekiranya anda mengalami degupan jantung yang cepat yang lebih dikenali sebagai ‘tacchycardia’ dalam terma mediakal atau masalah jantung yang lain, kesukaran membuang air kecil, demam, tekanan darah rendah, darah pada najis, sakit di bahagian abdominal dan mempunyai masalah kelenjar tiroid yang terlalu aktif selepas mengambil ubat ini juga turut dinasihatkan berjumpa doktor dengan segera.
Interaksi Ubat-Ubat
- Beberapa jenis ubat dan Buscopan tablet boleh bertindak balas antara satu sama lain. Ini termasuk:
- Kesan antikolinergik ubat seperti tricyclic antidepresan (ubat yang digunakan untuk merawat beberapa masalah mental)
- antipsikotik, anti-histamin (ubat yang digunakan untuk merawat alahan)
- quinidine (ubat untuk merawat malaria),
- amantadine (ubat yang digunakan untuk merawat simptom-simptom penyakit Parkinson) dan
- rawatan bersama metoclopramide (ubat yang biasa digunakan untuk mengelakan dan merawat loya dan muntah).
Penyimpanan Ubat
Seperti ubat-ubatan yang lain, simpan ubat ini pada suhu yang lebih daripada suhu bilik. Semestinya jauhkan strip atau kotak ubat-ubatan daripada kanak-kanak. Jangan makan selepas tarikh tamat tempoh yang tertera pada strip atau kotak ubat.
Sebagai contoh “EXP: NOV 2022”, tarikh tamat tempoh ini merujuk kepada hari terakhir pada bulan yang dinyatakan itu. Tetapi kebanyakan kilang ubat kini telah menulis tarikh luputnya dengan lengkap seperti “30112022” di tepi atau belakang strip ubat.
Selain itu, anda juga dinasihatkan agar tidak memakan mana-mana ubat-ubatan setelah anda dapati perubahan pada rupa tablet ini. Pelupusan, jangan buang ubat bersama-sama air sisa atau sampah dari rumah. Beranyalah ahli farmasi tentang cara membuang ubat yang tidak diperlukan lagi.