Skip to content

Sakit Telinga: Punca dan Cara Rawatan

Keadaan sakit telinga selalunya berlaku pada kanak-kanak. Tetapi orang dewasa pun boleh menghadapi masalah ini juga. Perkara ini sangat mengganggu pesakit sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak berterusan menangis disebabkan masalah tersebut

Ia tidak semestinya disebabkan jangkitan kuman pada telinga untuk mendapat masalah ini. Ia juga boleh disebabkan masalah-masalah lain.

Punca dan Rawatan sakit telinga

Beberapa punca sakit telinga adalah:

1. Tahi telinga keras



Selalunya tahi telinga boleh dikeluarkan dengan sendirinya daripada telinga. Ibubapa hanya perlu mengelap tahi yang berada pada luar lubang telinga. Akan tetapi, jika proses tersebut terganggu ataupun telinga tersebut selalu dikorek, ia akan menyebabkan proses tersebut tidak dapat berjalan dengan sempurna dan tahi telinga akan terkumpul di dalam lubang.

Tahi telinga yang keras ini kadang-kadang menyebabkan rasa sakit dan tidak selesa. Ia juga boleh menyebabkan telinga rasa tersumbat dan deria pendengaran telinga akan berkurangan.

Cubaan untuk mengeluarkan tahi telinga keras ini menggunakan putik kapas hanya akan menolak tahi telinga tersebut lebih ke dalam. Ia mungkin akan menyebabkan luka di bahagian telinga, rasa gatal dan jangkitan kuman dikawasan tersebut.

Anda boleh merawatnya dengan menggunakan beberapa titik ‘baby oil‘ yang berfungsi untuk melembutkan tahi telinga tersebut dan telinga itu sendiri akan mengeluarkannya secara automatik dengan menggunakan pergerakan ‘cilia‘(rambut halus) pada dinding lubang telinga.

Jika masih tidak boleh, berjumpa dengan doktor supaya mereka boleh mengeluarkannya secara manual. Selalunya di klinik kesihatan ataupun klinik swasta, mereka akan menggunakan picagari untuk menyembur dalam lubang telinga dengan harapan ia boleh tertolak keluar. Jika masih gagal, pesakit akan rujuk ke doktor pakar supaya tahi telinga tersebut boleh disedut menggunakan alat khas.

2. Tekanan Udara



Tekanan udara perlu disamakan dikedua-dua telinga agar ia dapat berfungsi dengan baik. Salur yang terlibat adalah tiub eustachian yang mengawal keluar masuk udara. Jika ia tersumbat, ia akan mengganggu dan tekanan udara tidak dapat disamakan diantara kedua-dua telinga.

Perubahan ketinggian dengan cepat seperti naik lif, naik kapal terbang, naik bukit menggunakan kereta akan menyebabkan tekanan dalam telinga berubah dengan cepat. Perkara ini akan menyebabkan kesakitan di bahagian telinga.

Oleh itu, untuk mengelakkan perkara ini, beberapa tips boleh digunakan iaitu:

  • kunyah gula getah, hisap gula, menguap ataupun menelan air liur ketika penerbangan dan pendaratan. Anda juga boleh melakukan perkara ini ketika mana rasa tekanan ditelinga anda sudah menjadi tidak seimbang
  • Tidak tidur ketika pendaratan berlaku
  • Ambil nafas, picit hidung untuk menutup kedua-dua lubang hidung dan juga hembus secara perlahan menggunakan hidung
  • Elakkan penerbangan ketika mana anda mengalami selesema, jangkitan sinus ataupun ketika diserang resdung

Ketika anda mengalami selesema, kemungkinan tiub eustachian mungkin tidak akan berfungsi dengan baik ataupun tersumbat menyebabkan apabila tekanan berubah, anda mungkin tidak mampu membetulkan tekanan udara dalam telinga.

3. Jangkitan Kuman

Ketika mana seseorang itu selesema, mengalami resdung ataupun jangkitan sinus, ia akan menyebabkan tiub eustachian tersumbat. Bukan sahaja itu, ia akan menyebabkan terkumpulnya cecair di dalam bahagian tengah telinga dan menyebabkan jangkitan kuman di bahagian tersebut juga.

Istilah perubatan bagi perkara ini adalah Otitis media. Ia merupakan salah satu penyebab utama kepada masalah sakit telinga.

Jika doktor mengesan masalah ini, pesakit selalunya akan diberikan antibiotik untuk membunuh kuman tersebut. Jika pesakit mengalami masalah selesema atau resdung, ubat untuk masalah tersebut juga akan diberikan sekali.

Jika masalah sakit telinga ini berlarutan lepas 3 hari pengambilan antibiotik ataupun menjadi lebih teruk, pesakit perlu berjumpa dengan doktor semula bagi mendapatkan rawatan susulan.



4. Penyakit lain yang boleh menyebabkan sakit telinga

Kadang kala terdapat sakit lain yang menyebabkan telinga juga berasa sakit seperti sakit gigi. Ini disebabkan saraf yang bersambung di bahagian muka dan leher adalah sangat berdekatan antara satu sama lain.

Ini akan menyebabkan kesakitan dibahagian lain muka akan menyebabkan bahagian lain juga sakit. Sebagai contoh sakit gigi, tetapi telinga juga merasa sakit sedangkan pada ketika itu telinga tidak mempunyai apa-apa masalah.

Perkara ini boleh disebabkan

  1. Sakit tekak: Sakit tekak yang melampau disebabkan tonsilitis ataupun pharyngitis boleh menyebabkan sakit telinga
  2. Jangkitan kuman dibahagian gigi yang menyebabkan gigi sakit
  3. Keradangan sendi Temporomandibular. Sendi temporomandibular adalah sendi rahang yang berfungsi untuk membenarkan pergerakan mulut. Kesakitan bahagian telinga boleh disebabkan

Punca Sakit telinga secara ringkas adalah:

Tahi Telinga KerasJangkitan pada Telinga
Sakit TekakKeradangan Sinus
SelesemaResdung
Sakit Gigi

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Harrison E, Cronin M. Otalgia. Aust Fam Physician. 2016 Jul. 45 (7):493-7.
  2. Mejersjo C, Naslund I. Aural symptoms in patients referred for temporomandibular pain/dysfunction. Swed Dent J. 2016. 40 (1):13-20.
  3. Subramaniam S, Majid MD. Eagle’s syndrome. Med J Malaysia. 2003 Mar. 58(1):139-41.
  4. Sumber featured images: thefitglobal.com
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × 1 =