Skip to content

Sangobion: Fungsi, Dos dan Kesan Sampingan

Sangobion merupakan sejenis multivitamin atau suplemen yang merupakan kombinasi pelbagai jenis vitamin yang kebiasaannya ditemui dalam makanan dan sumber semulajadi yang lain. Ia selalunya diberikan kepada pesakit yang mengalami kekurangan sel darah merah

Iron atau zat besi biasanya ditemui dalam makanan seperti daging merah. Dalam badan kita, zat besi bergabung dengan hemoglobin dan myoglobin. Hemoglobin membawa oksigen dalam darah manakala myoglobin pula menyimpan oksigen di dalam otot.

Multivitamin secara amnya digunakan untuk memberikan sumber vitamin dan zat besi yang tidak mencukupi dari diet sahaja. Ia juga digunakan untuk merawat masalah kekurangan zat besi atau kekurangan vitamin lain yang mungkin disebabkan oleh penyakit, kehamilan, nutrisi rendah , masalah pencernaan dan banyak lagi. Suplemen ini merupakan salah satu jenis ubat tambah darah.

Penyakit yang memerlukan Suplemen ini



Terdapat beberapa jenis penyakit yang sesuai diberikan suplemen ini. Ia adalah:

  • Aplastic anemia yang berpunca dari kegagalan sum sum tulang
  • Megaloblastic anemia yang berpunca daripada kekurangan asid folik
  • Pernicious anemia iaitu sejenis penyakit autoimmune yang memusnahkan sel di saluran pencernaan
  • Hemolytic anemia di mana sel darah merah musnah
  • Thalassemia
  • Anemia atau kekurangan darah dalam kalangan kanak kanak dan ibu mengandung
  • Anemia dalam kes kehilangan darah
  • Anemi dalam kes kekurangan zat seperti B12 dan asid folik

Kesan sampingan Sangobion

Segera berjumpa doktor sekiranya anda mengalami reaksi alergik seperti:

  • Kesukaran bernafas
  • Naik ruam kemerahan
  • Bengkak pada kawasan muka lidah dan mata

Kesan sampingan adalah jarang berlaku namun berikut merupakan tanda tandanya:

  • Cirit birit. Jika ini berlaku, pastikan anda minum air yang secukupnya.
  • Sembelit
  • Loya. Jika ini berlaku, ambil Sangobion dengan beralaskan perut terlebih dahulu samada semasa atau selepas makan
  • Muntah muntah.  Jika ini berlaku, pastikan anda minum air yang secukupnya.
  • Rasa pedih ulu hati
  • Sakit perut
  • Najis yang berwarna hitam ataupun gelap. Perkara ini terjadi kerana zat besi memberi warna seakan hitam.
  • Air kencing yang berwarna gelap.  Perkara ini terjadi kerana zat besi memberi warna seakan hitam.
  • Kesan kotor pada gigi
  • Sakit kepala
  • Rasa asing dalam mulut seperti rasa besi

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Interaksi dengan makanan dan ubatan lain

Elakkan mengambil Sangobion dalam tempoh 2 jam sebelum atau selepas pengambilan antibiotik terutamanya antibiotik ciprofloxacin, levofloxacin, doxycycline, dan tetracycline.

Sesetengah makanan juga boleh menyukarkan proses penyerapan zat besi. Elakkan mengambil Sangobion dengan ikan, daging, hati ataupun bijirin penuh.



Elakkan pengambilan Sangobion dengan susu atau makan tenusu yang lain, calcium ataupun ubat gastrik yang mengandungi kalsium. Ini kerana kalsium berpotensi menyukarkan proses penyerapan zat besi dari usus.

Dos Sangobion

Bagi dewasa, Sangobion datang dalam bentuk kapsul. Jika kapsul, dos yang disarankan ialah 1-2 kapsul setiap hari semasa atau selepas makan.

Bagi kanak kanak pula, Sangobion boleh didapati dalam bentuk bancuhan sirap. Kanak kanak diberi 1 sudu sehari bagi mencegah kekurangan zat besi dan B complex yang terkandung dalam Sangobion.

Dos harian bergantung kepada kadar kekurangan zat besi dalam darah dan umur kanak kanak. Rawatan perlu diberikan sehingga kadar bacaan sel darah merah kembali normal ataupun kandungan zat besi dalam darah sudah pada tahap normal.

Cara pengambilan Sangobion

Ambil Sangobion mengikut arahan tertera pada kotak ubat. Gunakan dos yang betul dan elakkan mengambil dos berlebihan atau berkurangan. Pastikan juga anda mematuhi tempoh pengambilan Sangobion yang disyorkan doktor.

Elakkan pengambilan Sangobion dalam waktu 2 jam sebelum atau selepas anda mengambil multivitami yang lain. Ini kerana kandungan multivitamin mungkin sama dan boleh menyebabkan pengambilan berlebihan.

Anda boleh mengambil suplemen ini setelah mengalaskan perut bagi mengelakkan rasa tidak selesa. Jika arahan doktor adalah untuk mengunyah tablet ini, pastikan anda mengunyahnya terlebih dahulu sebelum menelannya. Jika suplemen ini dalam bentuk cecair, guna alat penyukat yang disertakan di dalam kotak.

Penting untuk anda mengambil Sangobion secara konsisten bagi mendapatkan khasiatnya. Simpan ubatan dalam suhu bilik, jauh dari haba dan kesejukan.



Pengambilan berlebihan Sangobion

Anda mungkin mengalami perkara berikut sekiranya mengambil Sangobion secara berlebihan:

  • Sakit perut melampau
  • Muntah
  • Batuk berdarah
  • Najis berdarah
  • Kencing berdarah
  • Najis berwarna hitam
  • Rambut gugur
  • Gangguan kitaran haid
  • Sawan

Segera dapatkan rawatan kecemasan sekiranya anda mengalami tanda diatas.

Rujukan:

  1. Sangobion – Webmd
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fourteen + 14 =