Satu kajian terbaru telah dibuat untuk melihat kesan media sosial kepada remaja. Kajian ini telah diterbitkan pada jurnal berprestij JAMA Pediatrics.
Dalam kajian ini, sebanyak 3,826 remaja telah menjadi perserta dan mereka dipantau selama 4 tahun bagi melihat kesan sampingan penggunaan sosial media terutamanya kemurungan(depression).
Sangat mengejutkan. Kajian itu membuktikan bahawa remaja yang semakin kerap menggunakan media sosial, akan lebih tinggi risiko untuk mengalami kemurungan yang teruk.
Amat pelik untuk seseorang remaja itu mengalami kemurungan berbanding orang dewasa. Ini kerana orang yang sudah dewasa mempunyai pelbagai tanggungjawab yang boleh menyebabkan perasaan mereka terganggu.
Kajian ini pula telah membuktikan satu punca baru yang boleh memberi impak negatif kepada perasaan seseorang terutamanya kepada remaja iaitu pendedahan kepada media sosial dengan kekerapan yang tinggi.
Sosial media yang suka menayangkan perkara yang kita suka.
Terdapat penjelasan kepada bagaimana perkara ini berlaku.
Sosial media mempunyai algorithm yang kompleks dan canggih. Ia secara automatiknya menayangkan post-post yang ada kaitan dengan diri kita sendiri.
Jika kita suka melihat baju, maka sosial media tersebut akan menayangkan post-post berkenaan perkara tersebut.
Ini akan membuatkan seseorang remaja itu terdedah kepada imej-imej yang mereka sangat berkehendakan. Jika suka tengok telefon, maka dia akan dihidangkan dengan gambar-gambar telefon tersebut.
Maka remaja ini akan sentiasa melihat imej tersebut dan mempunyai kehendak yang tinggi untuk mendapatkannya. Jika mereka tidak mendapatkan perkara tersebut, maka mereka akan berasa sedih dan keadaan sedih yang lama ini boleh bertukar kepada keadaan murung.
Ia seperti satu kitaran yang berterusan. Dan kitaran tersebut hanya akan berhenti jika sosial media itu dihentikan ataupun dikawal.
Kita sebagai orang yang sudah dewasa ini pun selalunya tertewas dengan sosial media. Inikan pula remaja yang baru kenal dunia.
Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibubapa untuk menasihat dan mengawal anak-anak mereka daripada pendedahan kepada sosial media ini.
Rujukan:
- Boers E, Afzali MH, Newton N, Conrod P. Association of Screen Time and Depression in Adolescence. JAMA Pediatr. Published online July 15, 2019. doi:10.1001/jamapediatrics.2019.1759