Adakah anda tidak suka melihat lubang-lubang kecil ini? Jika ya, jangan risau anda tidak keseorangan. Anda cuma mengalami satu masalah yang dikenali sebagai trypophobia.Ia merupakan satu keadaan dimana seseorang itu takut untuk melihat lubang-lubang kecil.
Tetapi kajian terbaru mendapati, perkara ini bukan disebabkan rasa takut kepada lubang tersebut. Tetapi ia disebabkan rasa jijik apabila melihat benda atau gambar tersebut. Perasaan jijik/meluat ini lain daripada perasaan takut.
Kajian ini diterbitkan di Jurnal PeerJ dimana dalam kajian ini mereka menggunakan satu alat yang dinamakan sebagai pupillometry. Alat ini berfungsi untuk mengukur saiz anak mata.
Ketika kajian dilakukan, peserta akan disuruh untuk melihat gambar binatang-binatang yang berbahaya seperti ular, labah-labah dan juga gambar lubang-lubang kecil sambil alat ini mengukur saiz anak mata mereka.
Sepatutnya jika seseorang itu merasa takut, anak matanya akan membesar. Ini disebabkan ia akan mengaktifkan satu sistem saraf di dalam badan kita yang dikenali sebagai sympathetic nerve.
Sympathetic nerve system ini berfungsi untuk menyediakan badan kita untuk berada di dalam keadaan berlawan atau melarikan diri(Fight or flight mode). Jikalau kita perasan, ketika kita berada dalam ketakutan ataupun marah nak bertumbuk, jantung kita akan berdenyut laju. Itu adalah salah satu tanda sympathetic nerve system anda sedang diaktifkan.
Keputusan kajian mendapati apabila peserta ini melihat benda-benda yang menakutkan seperti ular dan labah-labah, saiz anak matanya membesar menunjukkan sistem saraf sympathetic tadi telah di aktifkan.
Jadi apa pula yang berlaku apabila melihat lubang-lubang kecil ini?
Keputusan ujian ini berlainan pula apabila peserta melihat lubang-lubang kecil ini. Didapati anak mata peserta mengecil apabila melihat gambar-gambar tersebut.
Ini menunjukkan apabila seseorang itu melihat gambar berlubang ini, ia tidak mengaktifkan sistem saraf sympathetic yang memberi respon kepada perasaan takut.
Sebaliknya, ia memberi respon kepada sistem saraf parasympathetic yang menunjukkan pesakit merasa jijik/geli/meluat ketika melihat lubang-lubang tersebut berbanding perasaan takut.
Maksudnya, apabila kita melihat gambar berlubang-lubang itu, kita merasa geli, bukan merasa takut sebenarny.
Para peserta yang terlibat juga melaporkan yang mereka tidak mengalami masalah trypophobia. Tetapi pasukan pengkaji menemukan keputusan yang sama kepada setiap peserta. Ini menunjukkan bahawa setiap manusia mempunyai mekanisma yang sama iaitu mereka akan merasa geli apabila melihat gambar-gambar seperti ini.
Sebagai tambahan, trypophobia belum lagi diiktiraf sebagai salah satu penyakit mental oleh badan psikiatri tetapi ia menjadi salah satu istilah yang popular di dalam internet.
Rujukan:
- Ayzenberg V, Hickey MR, Lourenco SF. 2018. Pupillometry reveals the physiological underpinnings of the aversion to holes. PeerJ 6:e4185 https://doi.org/10.7717/peerj.4185