Skip to content

Demam dan Cirit-birit lepas mandi di kolam renang

Pada waktu hujung minggu sudah tentu ramai daripada ibubapa yang membawa anak-anak mereka ke kolam renang untuk beriadah.

Selepas balik daripada kolam renang tersebut,kebanyakan anak-anak ini mesti menghadapi simptom seperti muntah, cirit birit, demam dan beberapa simptom lain.

Masalah ini dikenali sebagai ‘Recreational water Illnesses(RWIs) dimana ia berlaku setelah seseorang itu berenang di dalam kolam ataupun taman rekreasi yang melibatkan air.



Ia berpunca daripada kuman yang terdapat di dalam air tersebut dan boleh menjangkiti manusia melalui beberapa cara iaitu:

  • Air yang ditelan: Kuman di dalam air tersebut boleh menyebabkan pesakit mengalami simptom muntah dan cirit birit
  • Masuk ke mata: Kuman di dalam air boleh menjangkiti bahagian mata menyebabkan pesakit mengalami mata merah atau konjunktivitis
  • Masuk ke dalam saluran pernafasan: Ketika bermain air, air tersebut boleh menjadi titisan kecil yang boleh disedut ke dalam saluran pernafasan. Ini boleh menyebabkan seorang itu mengalami sakit tekak malah boleh juga menyebabkan jangkitan paru-paru

Bukan ke sepatutnya dalam air kolam tiada lagi kuman sebab dah letak klorin?

Betul. Klorin adalah salah satu bahan yang berkesan untuk membunuh organisma di dalam air terutamanya dalam kolam renang. Tetapi jika kolam tersebut telah dipenuhi dengan air kencing dan bahan buangan manusia, maka segala kuman akan berada di dalam air tersebut walaupun ia mengandungi klorin.

Bahkan, ada kajian yang menyatakan terdapat pelbagai kuman di dalam air kolam renang yang boleh menyebabkan simptom muntah dan cirit birit seperti Cyptosporidium, pseudomonas yang boleh menyebabkan jangkitan pada telinga beberapa jenis virus yang boleh menyebabkan demam selesema.

Apakah yang perlu anda buat untuk mengelakkan masalah ini?

Untuk mengelakkan masalah ini daripada berlaku kepada anda ataupun orang lain, anda perlu buat beberapa perkara:

  • Jangan minum air kolam renang. Jika termasuk ke dalam mulut anda, keluarkannya.
  • Jangan mandi jika anak anda mengalami cirit birit
  • Jangan berak ataupun kencing di dalam kolam renang
  • Mandi terlebih dahulu sebelum masuk kolam renang
  • Setiap jam, kanak-kanak perlu dibawa ke tandas untuk membuang air

Rujukan:

  1. Recreational Water Illnesses – CDC
  2. Cryptosporidium Factsheet – CDC
  3. Mona Insulander, Marianne Lebbad, Thor Axel Stenström & Bo Svenungsson. An outbreak of cryptosporidiosis associated with exposure to swimming pool water. Published online: 08 Jul 2009.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × 1 =