Skip to content

Tilam anda menghasilkan gas toksik ketika anda tidur

Kebanyakan daripada kita menganggap bahawa tempat tidur adalah tempat yang paling selamat terutamanya ketika ingin merehatkan diri. Akan tetapi kajian terbaru mendapati suhu badan anda boleh menyebabkan pelepasan bahan kimia yang berbahaya daripada tilam anda.

Perlu diketahui tilam ini akan sentiasa melepaskan satu kumpulan gas yang dikenali sebagai Volatile organic compounds(VOC) ataupun dalam bahasa melayunya kompaun organik yang mudah meruap. Gas VOC ini selalunya terhasil daripada tilam yang diperbuat daripada polyurethane.

Malangnya, suhu badan kita akan menyebabkan bahan VOC ini lebih cepat meruap menjadi gas dan disedut oleh kita. Perkara ini telah dibuktikan oleh satu kajian yang dilakukan kepada 8 jenis tilam yang berlainan.



Tapi jangan buang tilam anda terlebih dahulu. Kompaun yang terhasil ini telah dianggarkan pada tahap rendah dan tidak memberi kesan kepada orang dewasa. Cumanya ia mendatangkan sedikit masalah kepada kanak-kanak, menurut pengkaji.

Mereka mendapati terdapat beberapa jenis kompaun yang termeruap boleh mencapai tahap yang tinggi dan berbahaya untuk bayi dan kanak-kanak.

Kesan kompaun ini adalah seperti kerengsaan kepada mata, hidung dan tekak. Ia juga boleh menyebabkan sakit kepala dan kerosakan organ jika mempunyai kepekatan yang sangat tinggi.

Bahkan, terdapat beberapa kompaun yang boleh meningkatkan risiko kanser kepada manusia seperti kompaun benzene, acetaldehyde dan formaldehyde.

Dalam kajian ini, Dr Dubowski dan beberapa pengkaji yang lain telah menggunakan 8 jenis tilam yang akan disimulasikan ketika seseorang tidur di atasnya.



Tilam tersebut terlebih dahulu telah didedahkan selama 6 bulan untuk mengeluarkan VOC yang ada pada tilam baru tersebut. Kemudian, barulah ia digunakan untuk kajian ini.

Pengkaji menemukan, suhu badan kelihatan meningkatkan pelepasan gas VOC pada tilam tersebut berbanding ketika tilam itu tidak digunakan.

Akan tetapi kesan sampingan daripada pendedahan gas tersebut adalah rendah iaitu pada “No Significant Risk Levels” bermaksud tiada risiko kepada kepada kesihatan.

Cumanya jika pendedahan itu berlaku pada kanak-kanak ia mungkin boleh mendatangkan kesan sampingan kepada mereka. Sebagai contohnya kompaun yang boleh menyebabkan kanser seperti acetaldehyde, formaldehyde dan bezene punya bacaan telah melebihi had umur kanak-kanak, kata pengkaji tersebut.

Walaupun bahan ini tidak mendatangkan kesan sampingan pada waktu tersebut, tetapi pendedahan padanya akan menyebabkan risiko untuk mengalami kanser pada hayatnya semakin meningkat.

Pengguna boleh cuba untuk membeli tilam yang tidak dihasilkan daripada bahan polyurethane. Tilam yang dihasilkan daripada kapas ataupun lateks yang semulajadi mampun menghasilkan jumlah gas VOC yang rendah. Tetapi sangat sukar untuk mengetahui sesuatu tilam tersebut diperbuat daripada apa

Untuk mengurangkan pendedahan kepada bahan ini, ada beberapa cara yang boleh diperbuat oleh anda:

  • Pastikan aliran udara dirumah anda adalah baik
  • Buka kipas untuk mengalirkan gas tersebut ke ruang lain di dalam rumah anda
  • Boleh guna kipas pengudaraan untuk membawa udara daripada dalam rumah keluar

Kajian ini telah diterbitkan pada 10 Julai di dalam Jurnal Environmental Science and Technology.



Rujukan:

  1. Kira Oz, Bareket Merav, Sabach Sara, Dubowski Yael. Volatile Organic Compound Emissions from Polyurethane Mattresses under Variable Environmental Conditions. Published on 2019/07/10. Environmental Science & Technology. https://doi.org/10.1021/acs.est.9b01557
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 + 14 =