Skip to content

Straw besi tercucuk mata seorang wanita dan menyebabkan kematian

“Straw besi perlu digunakan dengan berhati-hati”, Kata seorang polis yang merupakan serorang pegawai penyiasat di daerah Dorset di England. Perkara ini berlaku apabila seorang wanita telah meninggal dunia apabila matanya tercucuk dengan straw besi hingga menyebabkan pesakit mengalami kecederaan bahagian otak dan meninggal pada keesokan harinya.

Pada ketika itu, Elena Struthers-Gardner, seorang yang berumur 60 tahun sedang membawa gelas kecil berserta straw besi di dalamnya. Pada ketika itu, Elena telah terjatuh dan menyebabkan straw besi yang panjangnya 10 inci menusuk masuk ke dalam bahagian mata kirinya.

Straw tersebut telah mencucuk mata kiri Puan Sruthers menembusi bahagian ‘brain stem’ pesakit sehinggalah kepada bahagian belakang tengkorak. ‘Brain stem’ merupakan bahagian bawah otak dan ia berfungsi untuk mengawal pernafasan seseorang. Tanpa fungsi yang normal pada bahagian tersebut, anda tidak akan mampu mengawal pernafasan anda.



Pesakit telah disahkan meninggal dunia pada keesokannya harinya.

Dr David Praham, Doktor forensik disitu telah membuat Post mortem dan mengesahkan kematian pesakit adalah berpunca dari kecederaan otak disebabkan tusukan straw besi kepada mata kirinya.

Pihak berkuasa disitu juga mengingatkan orang ramai untuk tidak menggunakan gelas minuman yang mempunyai straw besi berserta penutup minuman dan menekankan untuk lebih berhati-hati bila menggunakan straw besi.

Elakkan penggunaan straw besi berserta bekas minuman yang mempunyai penutup di atasnya.

Kesimpulan

Seperti mana yang kita tahu, penggunaan straw besi telah menjadi trending sekarang apabila kebanyakan daripada masyarakat mula meninggal straw plastik kerana ia mencemarkan alam. Tetapi kejadian sebegini boleh dielakkan.

Oleh itu, jika anda ingin menggunakan straw yang mesra alam, cuba elakkan beli straw besi. Terdapat straw yang dibuat daripada kertas dan tidak mencemarkan. Jika anda menggunakannya juga, elakkan daripada menggunakan pada bekas yang mempunyai penutup seperti dalam gambar diatas kerana ia memudahkan lagi untuk berlaku tusukan jika anda terjatuh padanya.



Sumber:

https://www.telegraph.co.uk/news/2019/07/08/reusable-straws-safety-warning-issued-coroner-woman-dies-metal/

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four + thirteen =