Skip to content

Ubat Cefuroxime: Kegunaan, Dos & Kesan Sampingan

Apakah kegunaan ubat cefuroxime dan kesan sampingannya? Artikel ini akan membincangkan kegunaan ubat cefuroxime, dos, cara guna dan juga kesan sampingan yang mungkin boleh berlaku jika mengambil ubat ini.

Pengenalan

Kegunaan: Cefuroxime ialah antibiotik yang digunakan untuk merawat pelbagai jenis jangkitan bakteria.

Ia tidak akan berfungsi untuk merawat jangkitan virus seperti selsema. Anda tidak boleh sewenang-wenangnya untuk mengambil antibiotik ini tanpa arahan doktor. Menggunakan antibiotik apabila tidak diperlukan boleh menyebabkan ia tidak berfungsi untuk jangkitan masa hadapan. Doktor akan tentukan dos yang tepat mengikut keperluan pesakit dan keparahan jangkitan.



Jangan khuatir untuk kanak-kanak yang susah untuk menelan ubat biji atau bayi yang masih tidak boleh makan makanan yang keras, kerana, dos ubat antibiotik cefuroxime ini juga terdapat dalam bentuk cecair. Produk perubatan cefuroxime terdapat dalam pelbagai jenis dos pengambilan antaranya, ubat antibiotik cefuroxime cecair, tablet dan juga suntikan di klinik-klinik mahupun hospital-hospital di seluruh Malaysia.

Penggunaan

Jika mengambil melalui mulut, dos ubat ini diambil mengikut jenis penyakit. Disebabkan ubat antibiotik tidak boleh dibeli dan diambil tanpa preskripsi doktor, maka makan ubat ini seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Digalakkan ambil cefuroxime dengan makanan untuk meningkatkan penyerapan dan mengurangkan kesan sakit perut.

Tablet yang diambil haruslah ditelan keseluruhan. Elakkan daripada menghancurkan atau mengunyah kerana tablet mempunyai rasa pahit yang kuat.

Untuk kesan terbaik, ambil antibiotik ini pada jarak yang sama. Ia akan membantu anda mengingati untuk mengambil ubat ini pada masa yang sama setiap hari.

Teruskan makan ubat ini sehingga jumlah yang ditetapkan selesai walaupun ada ketikanya, gejala sakit hilang setelah beberapa hari. Menghentikan ubat ini terlalu awal boleh menyebabkan bakteria terus membiak, dan seterusnya berpotensi mengakibatkan pesakit mengalami jangkitan kuman yang lebih teruk daripada dahulu.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Nama Jenama



Terdapat pelbagai nama-nama Brand antibiotik Cefuroxime di dalam pasaran. Ia adalah:

  • Axcel
  • Ceflour
  • Efurox
  • Efurox Injection
  • Furoxime
  • Zinacef
  • Zinnat dan lain-lain produk cefuroxime yang tidak disenaraikan dengan lebih lanjut di sini.

Penyimpanan

Untuk ubat tablet, simpan di tempat yang kering dan suhu bilik. Lain pula cara penyimpanan ubat cecair antibiotik cefuroxime. Untuk makluman anda, kebiasaannya ubat cecair antibiotik cefuroxime ini berada dalam keadaan serbuk di dalam botol sebelum dibancuh. Ubat akan dibancuh untuk mengaktifkan bahan aktif utama ubat itu.

Akhirnya ubat yang telah siap dibancuh perlu disimpan di dalam peti sejuk selepas dalam masa 10 hari sahaja. Selepas daripada 10 hari, sekiranya masih berbaki lagi walaupun telah habis kitaran rawatan daripada arahan doktor, sila buang ubat itu.

Cara Ubat Berfungsi

Di dalam dunia perubatan, Cefuroxime dikategorikan di bawah kumpulan antibiotik Chephalosporins generasi kedua. Aktiviti tindakan Chepalosporins terhadap sel bakteria ialah menggunakan kelebihan komponen antibiotik tersebut untuk melekat pada protein lekatan penicillin (Penicillin-binding protein; PBP) pada bakteria.

Secara ringkasnya, apabila proses tersebut berlaku, komponen utama pembuatan dinding sel bakteria yang dikenali sebagai peptidoglikan akan terhalang. Sel bakteria itu itu akan bocor dan kerana ketiadaan bentuk yang utuh untuk terus hidup lama-kelamaan  ia akan mati.

Indikasi

Antibiotik ini lazimnya digunakan untuk merawat jangkitan ringan hingga sederhana seperti tonsilitis, sinusitis akut, jangkitan sistem pernafasan, jangkitan telinga, jangkitan di saluran kencing, gonorea dan juga penyakit Lyme pada peringkat awal.

Kesan Sampingan

Mual, muntah, cirit birit atau sakit perut mungkin berlaku. Pening dan mengantuk mungkin lebih jarang berlaku. Beritahu doktor anda segera jika anda mengalami cirit-birit dan jangan gunakan produk anti cirit-birit atau opiod kerana ianya boleh menyebabkan gejala lebih teruk.

Peringatan

Tidak boleh diberikan kepada mereka yang telah sah mengalami hipersensitiviti terhadap produk antibioltik penicillin, mereka yang mengalami kegagalan buah pinggang dan kepada ibu yang mengandung dan menyusukan anak.



Interaksi antara Ubat

Jangan makan ubat sakit perut yang khusus untuk mengurangkan asid gastrik bersama ubat antibiotik ini. Selain itu, perhatian juga perlu diberikan jika individu tersebut turut mengambil ubat-ubatan anti hipertensi yang bersifat diuretik seperti ubat spironolactone, indapamide, amiloride, hydrochlorothiazide danjuga furosemide.

Kesan terlebih dos

Terdapat beberapa kesan sampingan jika anda mengambil ubat ini secara berlebihan. Ia adalah:

  • Gangguan di saluran pemakanan / pencernaan (gastrointestinal disturbance)
  • Sakit kepala
  • Peningkatan enzim hepatik
  • Sindrom Steven Johnson (simptom penyakit kulit dan membran mukus)
  • Nekrolisis epidermal toksik (sejenis kondisi yang serius dan jarang berlaku di mana kulit akan mengelupas dan melepuh teruk. Tindak balas buruk ini disebabkan oleh antikonvulsan dan antibiotik)

Sila berjumpa doktor jika anda telah mengambil ubat ini berlebihan dos.

Sumber: MIMS Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 × 1 =