Skip to content

Ubat Promethazine: Kegunaan, Dos & Kesan Sampingan

Apakah kegunaan ubat promethazine? Artikel ini akan membincangkan kegunaan ubat promethazine, dos dan kesan sampingan ubat ini.

Kegunaan

Ubat Promethazine digunakan untuk melegakan simptom:

  • Selsema dan alergi, seperti hidung berair, gatal, mata berair dan bersin.
  • Alergi kulit seperti gatal-gatal dan ruam gatal.
  • Merawat dan mencegah mual dan muntah yang berkaitan dengan mabuk perjalanan, atau setelah menjalani pembedahan.
  • insomnia; sukar untuk tidur, dan juga melegakan ketakutan dan kegelisahan sebelum atau sesudah pembedahan.

Nama Brand:

  • Pharmaniaga Promethazine,
  • CM Promethazine
  • Votazine, Xepagan, Axcel Promethazine
  • Promene
  • Promezine

Cara Penggunaan



Ubat promethazine ini ada dalam bentuk cecair mahupun suppositori (ubat yang dimasukkan melalui rektum. Pengunaan dos nya berbeza mengikut jenis simptom yang dialami. Ambil dos secara tepat atas nasihat doktor mahupun ahli farmasi anda.

Untuk ubat suppositori, jangan sesekali makan, mengunyah atau menelan ubat tersebut. Suppositori mesti berada di rektum supaya ubat dapat diserap. Untuk ubat tablet dan cecair telan keseluruhan dos dengan air minuman.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Cara Ubat Berfungsi

Penjelasan mengenai cara ubat ini berfungsi ialah ia dapat menghalang histamina. Hasilnya, tindakan terhalang itu menyebabkan simptom-simptom alahan, masalah loya dan muntah dapat dikurangkan dan cepat memberi kelegaan kepada pesakit. Oleh itu, di dalam dunia perubatan dan ubat-ubatan, promethazine ini tergolong dalam kumpulan antihistamina.

Kesan Sampingan

Biasanya ubat ini akan menyebabkan mengantuk, pening dan penglihatan yang kabur. Jika berlaku kondisi seperti yang dinyatakan, jangan memandu mahupun mengendalikan mesin. Jangan membuat aktiviti yang memerlukan fokus atau memerlukan kecekapan mata untuk melihat dengan tepat seperti aktiviti memanah, berbasikal, dan lain-lain lagi.

Kesan sampingan yang biasa seperti pening kepala, hidung tersumbat, mulut kering, sembelit, kurang selera makan dan juga keletihan adalah kesan sampingan yang biasa. Namun, kesan terhadap setiap individu tidak  sama.



Menurut risalah online MIMS ubat-ubatan, ia menyatakan bahawa, promethazine membuatkan kulit anda sensitif terhadap cahaya matahari. Elakkan berjemur lama di bawah sinaran cahaya matahari.

Peringatan

Kepada individu yang sedang mengalami masalah depresi sistem saraf pusat yang agak serius atau dalam keadaan koma mahupun sedang atau pernah mengambil ubat yang tergolong dalam MAOI yang digunakan untuk merawat kemurungan dalam masa dua minggu kebelakangan, tidak boleh makan ubat promethazine ini.

Menurut Risalah uBat-ubatan Promethazine Pharmaniaga, ubat cecair Promethazine ini tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak di bawah 2 tahun. Kesan-kesam sampingannya berpotensi membawa maut kerana kanak-kanak itu akan menghadapi kesukaran untuk bernafas dan mengantuk yang boleh membawa kepada koma. Ambillah ubat ini dengan berhati-hati dan mengikut arahan dan nasihat doktor dan ahli farmasi anda untuk kanak-kanak brumur 2 sehingga 6 tahun.

Ambil juga ubat ini dengan berhati-hati sekiranya anda:

  • Merancang untuk hamil atau sedang hamil atau sedang menyusukan bayi. Bincangkan tahap potensi risiko ini dengan doktor dan ahli farmasi berdekatan.
  • sedang mengambil ubat-ubatan lain, produk herbal mahupun makanan kesihatan lain sebelum mengambil ubat promethazine ini.
  • sekiranya anda mengalami alahan atau kesesakan nafas atau lain-lain perubahan selepas mengambil ubat ini. Segera berjumpa doktor yang berdekatan sekiranya hal seperti ini berlaku.
  • mempunyai sejarah masalah jantung, galaukoma (tekanan tinggi di dlam bebola mata), masalah hati, kelenjar prostat yang membengkak, asma, sawan, dan masalah buah pinggang.
  • Jika anda kerpa mengambil minuman beralkohol.

Interaksi dengan Ubat

Beritahu doktor dan ahli farmasi anda sebelum makan ubat ini sekiranya anda mengambil ubat-ubatan seperti senarai di bawah. Sesetengan ubat berpotensi untu menghasilkan tindak balas buruk dengan Promethazine.

  • Agen perencat sistem saraf pusat seperti barbiturat, narkotik, analgesik, sedatif, penenang
  • Perencat monoamine oxidase (MAOI)
  • Ubat daripada kumpulan antikolinergik (ubat untuk kekejangan perut atau abdomen)
  • Ubat yang mempunyai kesan kepada pendengaran dan aspirin.
  • Agen anti- cirit-birit
  • Levadopa (ubat jantung)

Kami hendak mengingatkan bahawa interaksi antara ubat  yang tersenarai di sini tidak lengkap. Hendaklah anda sentiasa bertanya kepada doktor sebelum memulakan pengambilan dos ubat ini.

Cara Penyimpanan

Untuk ubat suppositori, simpan di dalam peti sejuk pada suhu 2-8 darjah selsius. Untuk ubat makan, simpan di tempat yang dingindan kering. Untuk ubat cecair, sila tutup semula tudung botol dengan rapat. Seperti ubat-ubatan yang lain, simpan ubat ini pada suhu yang lebih daripada suhu bilik.  Semestinya jauhkan strip atau kotak ubat-ubatan daripada kanak-kanak. Jangan makan selepas tarikh tamat tempoh yang tertera pada strip atau kotak ubat.

Sebagai contoh “EXP: NOV 2022”, tarikh tamat tempoh ini merujuk kepada hari terakhir pada bulan yang dinyatakan itu. Tetapi kebanyakan kilang ubat kini telah menulis tarikh luputnya dengan lengkap seperti “30112022” di tepi atau belakang strip ubat.



Selain itu, anda juga dinasihatkan agar tidak memakan mana-mana ubat-ubatan setelah anda dapati perubahan pada rupa tablet ini. Pelupusan, jangan buang ubat bersama-sama air sisa atau sampah dari rumah. Beranyalah ahli farmasi tentang cara membuang ubat yang tidak diperlukan lagi.

Rujukan:

  1. MIMS Malaysia
  2. Risalah Ubat Promethazine Pharmaniaga.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

thirteen + twenty =