Usus Tersumbat: Punca, Simptom dan Rawatan

usus tersumbat

Apakah punca dan simptom kepada masalah usus tersumbat? Artikel ini akan menerangkan berkenaan masalah ini, punca dan rawatannya.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Simptom Usus Tersumbat
  3. Punca Usus Tersumbat
  4. Usus Tersumbat dalam bayi
  5. Ujian pengesahan
  6. Komplikasi
  7. Rawatan

Pengenalan


Makanan yang ditelan perlu bergerak sejauh 25 kaki atau lebih dalam saluran usus bagi menyempurnakan proses pencernaan. Makanan ini sentiasa bergerak di dalam usus. Namun begitu, sekiranya usus tersumbat, pergerakan makanan tersebut boleh tergganggu. Masalah ini terjadi apabila saluran usus kecil atau besar terhalang secara penuh atau separa dan menghalang pergerakan cecair dan makanan yang dicerna.

Jika usus tersumbat, makanan, cecair, asid perut dan gas akan terkumpul dalam usus. Apabila tekanan semakin tinggi, usus boleh pecah dan melimpahkan kandungan dalam usus dan bakteria ke dalam ruangan abdomen. Perkara ini boleh menyebabkan keradangan dalam bahagian abdomen (peritonitis) dan perkara ini boleh mengancam nyawa.

Terdapat banyak punca kepada masalah ini. Diagnosis dan rawatan awal sangat penting kerana sumbatan yang tidak dirawat boleh menyebabkan kematian.

Simptom usus tersumbat


Terdapat beberapa tanda dan simptom jika anda mengalami masalah usus ini. Ia adalah:

Sesetengah simptom bergantung kepada lokasi sumbatan dan tempoh waktu. Sebagai contohnya, muntah merupakan tanda awal usus kecil tersumbat. Ini juga boleh terjadi sekiranya usus besar tersumbat. Usus separa tersumbat boleh menyebabkan cirit birit namun usus yang tersumbat sepenuhnya boleh menyebabkan anda tidak boleh membuang air besar atau melepaskan kentut.

Usus tersumbat membawa risiko jangkitan dan keradangan serius dalam ruangan abdomen dikenali sebagai peritonitis. Ia terjadi apabila usus pecah dan melimpahkan kandungannya. Keadaan ini menyebabkan demam dan sakit perut.

Punca Usus Tersumbat


Masalah usus tersumbat ini boleh dibahagikan kepada dua jenis untuk mengetahui punca-puncanya. Ia adalah:

1. Mekanikal

Halangan mekanikal bermaksud apabila terdapat perkara fizikal yang menghalang usus.

  • Adhesion iaitu apabila usus melekat sesama sendiri ataupun dengan organ sekitar
  • Volvulus ataupun usus terjerut
  • Intussusception iaitu sebahagian usus termasuk ke dalam bahagian usus yang lain
  • Struktur usus yang tidak normal, kerap terjadi dalam kalangan bayi
  • Ketumbuhan
  • Batu hempedu besar
  • Objek yang ditelan terutamanya kanak kanak
  • Hernia iaitu usus terkeluar dari ruangan abdomen
  • Inflammatory bowel disease
  • Najis termampat
  • Kanser ovari
  • Kanser usus
  • Diverticulitis iaitu poket usus
  • Stricture iaitu usus menjadi sempit

2. Halangan bukan mekanikal

Usus kecil dan besar bekerja dalam satu keadaan yang terkawal. Jika terdapat gangguan dalam pergerakan ini, ia boleh menyebabkan halangan bukan mekanikal. Jika ianya sementara, ia dipanggil ileus. Jika kronik atau tempoh lama, ia dipanggil pseudo-obstruction.

Ia boleh disebabkan oleh:

  • Pembedahan usus atau pelvis
  • Jangkitan seperti gastroenteritis atau appendicitis
  • Ubatan seperti opioid
  • Gangguan elektrolit
  • Penyakit saraf seperti Parkinson, multiple sclerosis
  • Hirchsprung’s disease iaitu terdapat kurang saraf di usus
  • Kencing manis yang menyebabkan kerosakan saraf
  • Fungsi kelenjar thyroid yang kurang aktif

Usus tersumbat dalam bayi


Masalah sumbatan usus yang terjadi dalam bayi kebiasaannya disebabkan oleh jangkitan dan usus terjerut. Ini menyebabkam keradangan pada usus. Intussusception kerap terjadi dalam kanak kanak 2 tahun dan ke bawah. Ia terjadi apabila sebahagian usus termasuk ke dalam bahagian usus yang lain.

Sebarang jenis usus tersumbat dalam bayi sukar dikenal pasti kerana mereka tidak dapat menerangkan simptom mereka. Sebaliknya, ibubapa perlu memantau anak anak sekiranya terdapat perubahan dan simptom yang menandakan terdapat halangan seperti:

  • Perut kembung
  • Demam
  • Najis mengandungi darah
  • Tangisan berpanjangan
  • Muntah dan mengandungi hempedu iaitu cecair hijau
  • Lemah dan lesu

Segera bawa bayi berjumpa doktor sekiranya mempunyai tanda di atas.

Ujian Pengesahan


Doktor akan memeriksa abdomen terlebih dahulu dan mendengar bunyi pergerakan dalam usus. Jika terdapat ketulan atau benjol dan bunyi yang tidak normal terutamanya dalam kanak kanak, doktor akan melakukan ujian lanjut.

  • Ujian darah bagi full blood count, fungsi hati dan buah pinggang, kadar elektrolit
  • X ray abdomen
  • CT scan abdomen

Komplikasi


Terdapat beberapa komplikasi daripada masalah ini. Ia adalah:

  • Dehidrasi
  • Gangguan elektrolit
  • Usus bocor yang menyebabkan jangkitan
  • Kegagalan buah pinggang
  • Jangkitan dalam usus
  • Usus mati
  • Jangkitan kuman dalam darah
  • Kegagalan organ
  • Maut

Rawatan


Rawatan akan bergantung kepada lokasi dan keseriusan sumbatan.

1. Rawatan Sokongan

Bagi usus separa tersumbat ataupun ileus, rawatan diberikan adalah dengan merehatkan usus dan memasukkan IV fluid. Usus yang direhatkan bermaksud anda tidak dibenarkan makan dan hanya diberikan cecair jernih pada tempoh tertentu.

Merawat dehidrasi sangat penting. Doktor mungkin memberi anda cecair secara IV bagi membetukkan gangguan elektrolit. Kateter juga mungkin dimasukkan ke dalam pundi kencing bagi memantau jumlah keluar masuk air dalam badan.

Tiub juga mungkin diperlukan melalui hidung, tekak, perut dan usus bagi melegakan tekanan, bengkak dan muntah. Jika masalah anda berpunca daripada penggunaan opioid, doktor akan memberikan ubat bagi menyahkan kesan ubat tersebut pada usus.

2. Pembedahan

Pembedahan mungkin diperlukan sekiranya cara di atas tidak berhasil. Anda akan diberikan cecair IV bagi untuk menghidrat dan mencegah berlakunya renjatan dalam pembedahan.

Komplikasi paling serius dalam usus tersumbat ialah kerosakan kekal pada usus. Jika ini berlaku, pakar bedah terpaksa membuang sebahagian usus yang telah mati dan menyambungkan bahagian yang masih sihat.

Antara ubatan yang akan diberi ialah:

  • Antibiotik bagi mencegah jangkitan
  • Ubat tahan loya bagi mengawal muntah
  • Ubat tahan sakit

Rujukan:

  1. Intestinal Obstruction – Healthline

Nurul Afza

Nurul Afza Shamsul Kamal merupakan merupakan seorang pelajar perubatan di Universiti Teknologi MARA. Penglibatan beliau dalam The Diagnosa sebagai penulis adalah merupakan satu usaha dalam menyampaikan ilmu bermanfaat kepada masyarakat.

Kumpulan artikel-artikel Nurul Afza di SINI

Kenali Nurul Afza melalui profil beliau di SINI

Artikel berkaitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × five =