Skip to content

Bulemia Nervosa: Punca, Simptom dan Rawatan

Jika anda mempunyai tabiat makan yang berlebihan secara tidak terkawal dan dalam masa yang sama merasa takut berat badan bertambah, anda mungkin mempunyai penyakit Bulemia Nervosa. Artikel ini akan membincangkan secara ringkas mengenai Bulemia Nervosa dan tanda-tandanya.

Apakah itu Bulemia Nervosa?

Bulemia Nervosa adalah satu gangguan pemakanan yang berlaku di mana seseorang itu tidak dapat mengawal kuantiti makanan yang di ambil, dalam erti kata yang lain ia mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak.

Keadaan yang berlaku bagi seseorang yang mengalami Bulemia ini adalah, mereka makan dalam kuantiti yang banyak dan mereka juga ingin menyingkirkan kalori yang diambil secara berlebihan itu dengan melakukan tindakan yang tidak baik seperti muntah secara sengaja.



Disebabkan keadaan ini berlaku, ia sangat membahayakan nyawa dan boleh membahayakan kesihatan seseorang.

Bulimia ini berlaku bukanlah kerana disebabkan oleh faktor makanan itu sendiri, tetapi kerana masalah psikologi dan emosi yang dihadapi oleh seorang pesakit itu. Bulimia Nervosa ini sangat berbeza dengan Anorexia Nervosa.

Bulimia Nervosa: Mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak dan memaksa diri untuk mengeluarkan semula kalori dan makanan yang diambil dengan cara yang tidak sihat.

Anorexia Nervosa: Mengambil makanan dalam kuantiti yang sangat sedikit kerana rasa takut berat badan meningkat, walaupun berat badan sudah berada di bawah paras normal, serta mereka melakukan pelbagai cara untuk kurangkan berat badan, seperti bersenam secara berlebihan.

Punca Bulemia Nervosa

Punca utama kepada masalah Bulemia ini masih tidak dapat dikenal pasti secara tepat, namun terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku dan menyumbang kepada Bulemia ini, seperti masalah genetik, biologi, kesihatan mental dan emosi serta masalah persekitaran.

  • Genetik dan biologi: Jika seseorang itu mempunyai ahli keluarga terdekat yang mengalami Bulemia, ia juga akan meningkatkan risiko kepada seseorang itu untuk menghidapi penyakit Bulemia ini.
  • Psikologi: Masalah psikologi dan emosi seperti depresi, rasa gelisah menjadi faktor penyumbang kepada masalah Bulemia ini. Malah suasana yang mendatangkan trauma dan persekitaran yang tidak baik juga boleh meningkatkan risiko seseorang mengalami Bulemia. Seseorang yang mengalami Bulemia ini akan sentiasa berfikiran negatif tentang diri mereka.
  • Diet yang tidak sihat: Seseorang yang mengamalkan diet yang tidak seimbang mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami Bulemia.


Para pengkaji mempercayai bahawa masalah pemakanan ini bermula apabila seseorang itu berasa tidak puas hati dengan fizikal badan mereka, dan ini menyebabkan mereka akan berasa kurang yakin dengan diri sendiri dan rasa takut jika berat badan mereka bertambah.

Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Simptom

Terdapat beberapa simptom yang menunjukkan seseorang itu mengalami Bulemia Nervosa:

Simptom pada fizikal:

  • Sakit tekak.
  • Pedih ulu hati dan perut kembung.
  • Berasa lemah dan mudah letih.
  • Merasa sejuk setiap masa.
  • Masalah tidur.
  • Kulit kering.

Simptom pada tindakan:

  • Makan secara tidak terkawal.
  • Memaksa diri untuk muntah semula makanan yang dimakan.
  • Tidak boleh mengawal perasaan.
  • Bersenam secara berlebihan.
  • Depresi dan emosi yang tidak stabil.
  • Tidak mengikut jadual makanan yang sepatutnya.
  • Sentiasa merasa takut jika berat badan bertambah.
  • Menggunakan suplemen tambahan untuk menurunkan berat badan.
  • Sentiasa merasa bimbang dengan bentuk badan dan berat badan.

Terlebih penting kepada anda adalah untuk mengenal pasti tanda-tanda yang memerlukan seseorang itu perlu untuk berjumpa dengan doktor:

  • Sentiasa mempunyai rasa takut yang keterlaluan dengan berat badan dan bentuk badan.
  • Mempunyai fikiran yang negatif terhadap badan sendiri dan sentiasa menyalahkan diri sendiri.
  • Sentiasa makan dalam kuantiti yang banyak dengan tidak terkawal.
  • Memaksa diri untuk muntah semula makanan yang dimakan dan melakukan aktiviti bersenam yang berlebihan walaupun berat badan masih berada di tahap yang normal.
  • Tidak mahu makan di depan orang ramai.
  • Sentiasa pergi ke tandas selepas makan.

Jika anda mempunyai tanda-tanda Bulemia, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Jika tidak dirawat dengan baik, penyakit ini boleh memberi kesan kepada kesihatan anda.

Komplikasi

Bulimia ini mempunyai beberapa komplikasi jika tidak dirawat dengan sebaiknya.



  • Pembentukan kaviti pada gigi.
  • Ulser perut.
  • Masalah gigi sensitif pada makanan panas dan sejuk.
  • Dehidrasi.
  • Degupan jantung yang tidak normal.
  • Serangan jantung (jika keadaan makin teruk)
  • Kemurungan
  • Risiko yang tinggi untuk melakukan cubaan membunuh diri.
  • Boleh melakukan perkara untuk mencederakan diri sendiri.

Ujian Pemeriksaan

Jika doktor mengesyaki anda mengalami Bulemia Nervosa ini, doktor akan melakukan beberapa pemeriksaan untuk mengesahkan penyakit yang dihadapi.

  • Mengenal pasti tabiat makan dan cara anda menurukan berat badan.
  • Pemeriksaan fizikal.
  • Ujian darah dan air kencing.
  • Elektrokardiogram.

Kaedah-kaedah ini digunakan untuk mengenal pasti punca yang dihadapi seterusnya menetapkan apakah rawatan yang sesuai untuk diambil.

Rawatan

Terdapat beberapa rawatan yang akan diberikan untuk merawat Bulemia ini, antaranya ialah:

  1. Psikoterapi: Psikoterapi juga dikenali sebagai kaunseling secara psikologi yang bertujuan untuk merawat masalah kesihatan mental yang dihadapi.
  2. Ubat-ubatan: Ubat anti-depresi akan diberikan sebagai langkah untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi.
  3. Penerangan tentang pengambilan nutrien yang baik: Pakar dietetik akan menasihatkan anda untuk merancang pengambilan nutrien yang sihat dan seimbang.
  4. Rawatan hospital: Jika keadaan semakin teruk, anda mungkin perlu untuk dimasukkan ke hospital bagi pantauan selanjutnya.

Jika anda dan orang sekeliling mempunyai simptom-simptom penyakit Bulemia ini, segera mendapatkan rawatan untuk pemeriksaan selanjutnya.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan

  1. Mayo Clinic: Bulemia Nervosa
  2. Web Md: Bulemia Nervosa
  3. Healthline: Bulemia effects on body
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

18 + eighteen =