Skip to content

Chicken Pox(Cacar air): Punca dan Cara rawatan

Chicken pox adalah penyakit yang dikenali sebagai cacar air dalam bahasa melayu dan ia selalu dihadapi oleh kanak-kanak. Perlu diketahui bahawa ia berpunca daripada jangkitan virus dan sangat mudah merebak kepada orang lain.

Perkara ini sudah pasti akan menyebabkan ibubapa tidak dapat bekerja kerana terpaksa menjaga anak mereka yang tidak sihat ini di rumah.

Pengenalan

Penyakit Chicken Pox ini berlaku apabila terdapat jangkitan virus yang dikenali sebagai Varicella. Ia akan menyebabkan seseorang itu mengalami demam ataupun rasa dedar terlebih dahulu sebelum menghasilkan ruam yang mempunyai gelembung air.



Air daripada ruam tersebut mempunyai virus dan boleh menjangkiti orang lain. Walaupun demikian, kebanyakan pesakit yang terkena jangkitan ini adalah melalui titisan air yang dikeluarkan daripada mulut pesakit ketika mana pesakit batuk ataupun bersin.

Bagi pesakit kanak-kanak, selalunya simptom penyakit tersebut adalah tidak terlalu teruk berbanding orang dewasa.

Punca Chicken Pox (Cacar Air)

Penyakit ini berpunca daripada jangkitan virus Varicella-Zoster. Virus ini pada mupakanya akan masuk dan membiak di dalam saluran pernafasan terelbih dahulu. Kawasan yang selalu mereka membiak adalah pada hidung dan tekak pesakit.

Daripada situ, mereka akan merebak ke organ yang lain seperti hati dan limpa. Kemudian, barulah mereka akan merebak ke bahagian kulit yang menyebabkan terhasilnya ruam cacar air yang mengandungi air.

Pada pesakit yang mempunyai masalah pada sistem imun seperti penyakit yang mempunyai penyakit HIV, virus tersebut boleh merebak hingga ke bahagian otak. Perkara ini akan menyebabkan keradangan otak(encephalitis).



Masa Inkubasi: Pesakit akan mula mengalami simptom setelah lebih kurang 10-21 hari selepas terdedah dengan virus varicella-zoster.

Pesakit sangat mudah menyebabkan penyakit ini merebak kepada orang lain walaupun pada ketika itu, pesakit masih lagi tidak mempunyai ruam cacar air. Ketika cacar air telah kering, ia bermaksud pesakit telah sembuh dan tidak menyebabkan jangkitan kepada orang lain.

Virus varicella ini akan memberikan kekebalan kepada penyakit tersebut seumur hidup kecuali jika pesakit menghadapi masalah pada sistem imun.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Cara Jangkitan

Virus tersebar selalunya daripada titisan air yang dihasilkan oleh pesakit yang sedang dijangkiti penyakit tersebut. Jika dia batuk ataupun bersin, ia akan menghasilkan titisan air yang mengandungi virus tersebut yang mudah masuk ke dalam saluran pernafasan orang lain

Bahkan ianya sangat mudah dijangkiti walaupun seseorang itu masih lagi tidak mempunyai ruam cacar air.

Faktor risiko untuk menghidapi chicken pox yang teruk adalah seperti berikut:

  • Pesakit yang sedang menggunakan steroid
  • Pesakit kanser
  • AIDS
  • Sedang mengandung

Kesudahan Pesakit

Pesakit kanak-kanak yang dijangkiti penyakit ini selalunya mempunyai prognosis(kesudahan) yang bagus. Tetapi pesakit kanak-kanak yang mempunyai masalah sistem imun akan mempunyai kadar kematian yang tinggi seperti kanak-kanak yang mempunyai penyakit leukemia

Mereka yang sudah dewasa juga mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat komplikasi jika mendapat jangkitan kuman tersebut.



Simptom atau Tanda Chicken pox

Simptom yang selalu dihadapi oleh pesakit chicken pox(Cacar air) adalah:

Periksa Simptom anda Di Sini

Komplikasi

Terdapat beberapa komplikasi yang mungkin akan dihadapi oleh mereka yang mengalami cacar air. Ianyaa adalah

1. Jangkitan kuman paru paru (penumonia)

Jangkitan kuman pada paru-paru adalah komplikasi yang serius bagi jangkitan virus Varicella. Selalunya ia timbul 3 – 4 hari selepas ruam cacar air keluar. Jangkitan kuman pada paru-paru mungkin tidak akan sembuh dengan penggunaan anti-viral dan boleh membawa kepada kematian.

Oleh sebab itu, jika anak anda mempunyai masalah pernafasan ketika menghidapi cacar air, cepat-cepat bawa pergi je hospital

2. Jangkitan bakteria skunder

Jangkitan Varicella akan mendedahkan pesakit kepada jangkitan bakteria terutamanya pada bahagian ruam cacar air. Ini kerana pesakit selalunya akan menggaru kawasan tersebut dan menyebabkan bakteria memasuk kawasan kulit yang terdedah.



Kawasan yang dijangkiti kuman itu selalunya berada dalam keadaan merah, sakit dan bengkak. Pemberian antibiotik krim dapat menyelesaikan masalah tersebut.

3. Jangkitan kuman bahagian otak (Encephalitis)

Pesakit selalunya akan mempunyai simptom lemah badan, pening dan konfius. Pesakit juga akan mengalami sawan dan berubah kepada keadaan koma.

Bagi pesakit ini, terapi anti-viral diperlukan untuk membunuh bakteria tersebut

4. Kayap

Setelah jangkitan chicken pox sembuh, virus tersebut selalunya akan menjadi tidak aktif dan tidak boleh dikesan oleh sel imun badan.

Sehinggalah satu ketika sistem imun badan menjadi lemah, virus tersebut akan mula membiak semula pada kawasan saraf kulit dan menyebabkan penyakit kayap

Penyakit lain yang Berkaitan

Terdapat beberapa penyakit lain yang boleh menunjukkan simptom dan tanda-tanda yang sama. Ia adalah:



Ujian Pemeriksaan

Selalunya, penyakit chicken pox tidak memerlukan pengambilan sampel darah atau cecair daripada cacar kerana diagnosanya boleh didapati secara klinikal. Bermaksud dengan pengambilan sejarah pesakit dan memeriksa jenis ruam kita dah boleh buat kesimpulan bahawa seseorang itu mempunyai chicken pox ataupun tidak

Tetapi jika seseorang itu mengalami komplikasi, pengambilan sampel perlu dilakukan untuk menentukan tahap komplikasi yang dihadapi.

Sebagai contoh:

  • Pengambilan sampel air tulang belakang boleh menentukan seseorang itu mempunyai jangkitan selaput otak ataupun tidak
  • X-ray pula boleh melihat sama ada virus varicella itu telah menjangkiti paru-paru ataupun tidak

Rawatan

Rawatan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu rawatan sokongan, terapi anti-viral dan rawatan jangkitan bakteria sekunder.

Setiap rawatan ini bergantung kepada keadaan pesakit kerana tidak semestinya semua rawatan ini akan diberikan.

1. Rawatan sokongan

Rawatan sokongan adalah dalam erti kata kita merawat pesakit supaya dia merasa selesa sehinggalah penyakit itu baik dengan sendirinya. Terutamanya masalah gatal yang akan dihadapi oleh pesakit.

Jika tiada rawatan dilakukan, pesakit akan sentiasa menggaru kawasan cacar air tersebut dan boleh menyebabkan jangkitan bakteria di tempat itu



Beberapa cara dan rawatan yang boleh dilakukan adalah:

  1. Selalu mandi supaya kegatalan dapat dikurangkan.
  2. Penggunaan losyen calamine.
  3. Pengambilan ubat anti histamine seperti diphendyramine, cetrizine dan loratidine

Kadang-kadang chicken pox juga boleh menyebabkan kehadiran ulcer di dalam mulut menyebabkan kanak-kanak kurang minum air. Ini menyebabkan keadaan dihidrasi kepada pesakit

Beberapa cara yang kita boleh buat  untuk mengatasi masalah ini adalah:

  1. Pemberian aiskrim. Aiskrim diberi untuk menyejukkan kawasan ulcer supaya kesakitan dapat dikurangkan. Apabila kanak-kanak itu merasa kurang sakit, barulah dia akan mula makan dan minum.
  2. Penggunaan ubat titis yang boleh mengurangkan rasa sakit. Anda boleh dapatkan ubat titis bagi ulcer di farmasi mahupun di klinik yang berdekatan.

2. Terapi Anti-viral

Pengunaan antiviral hanya perlu jika:

  1. Pesakit yang berumur 12 tahun ke atas
  2. Mempunyai masalah kulit dan paru-paru. Pesakit yang mempunyai masalah tersebut selalunya akan mempunyai komplikasi jika diserang chicken pox. Pemberian ubat anti-viral dapat mengelakkan daripada perkara tersebut berlaku
  3. Pesakit yang sedang di dalam terapi steroid

Ubat anti-viral yang selalu diberikan adalah acyclovir. Ia bertindak untuk membunuh virus tersebut sama seperti antibiotik. Cumanya dalam kes ini, ia digunakan untuk membunuh virus.

Pesakit yang sedang menggunakan steroid kerana penyakit lain akan mudah menghadapi komplikasi jika diserang chicken pox. Ini kerana sistem imun mereka akan menjadi lebih ketika pengambilan steroid. Disebabkan itu, pesakit seperti ini diwajibkan untuk mengambil anti-viral jika mendapat chicken pox

3. Rawatan Jangkitan bakteria sekunder



Jika kawasan cacar air menjadi lebih merah, bengkak dan sakit, jangkitan bakteria pada tempat tersebut mungkin sedang berlaku. Ini selalunya disebabkan kawasan cacar air tersebut digaru hingga menyebabkan bakteria luar memasuki kawasan tersebut dan menyebabkan jangkitan bakteria sekunder

Rawatan yang selalu diberikan  untuk masalah ini adalah pemberian krim antibiotik. Krim antibiotik perlulah disapu ditempat yang disyaki dijangkit bakteria tersebut. Jika pesakit mengalami demam, pemberian antibiotik secara oral akan diberikan kepada pesakit.

Tips Ketika Anak Mengalami Chicken Pox

Beberapa perkara yang ahli keluarga perlu tahu ketika mana merawat pesakit yang mengalami masalah chicken pox. Ianya adalah:

  • Keluarga yang mempunyai kanak-kanak yang dijangkiti chicken pox perlulah selalu memandikan mereka untuk mengurangkan rasa gatal dan mengelakkan jangkitan bakteria sekunder pada ruam yang digaru.
  • Untuk mengelakkan ruam itu luka ketika digaru, kuku perlulah dipotong supaya pendek. Pemakaian sarung tangan juga membantu
  • Penggunaan ubat untuk mengurangkan rasa gatal pada kulit diperbolehkan
  • Mereka yang mempunyai chicken pox perlulah menghindari daripada wanita yang sedang mengandung dan mereka yang mempunyai masalah sistem imun.
  • Tidak boleh hantar ke tadika. Ini kerana ia boleh menyebabkan kanak-kanak lain mendapat jangkitan kuman yang sama

Ibubapa yang mempunyai anak chicken pox perlu membawa mereka ke hospital jika

  • Kemerahan, bengkak dan sakit pada ruam
  • Kurang minum air
  • Kurang buang air kecil
  • Konfius, berterusan menangis
  • Tidak boleh berjalan seperti biasa
  • Sakit kepala yang teruk, leher yang keras
  • Muntah yang berterusan
  • Demam yang berterusan lebih daripada 3 hari
  • Keadaan pesakit yang bertambah teruk

Periksa Simptom anda Di Sini

Demam Lain yang boleh Menyebabkan Ruam

1.Demam Chicken Pox
2.Demam Penyakit HFMD
3.Demam Penyakit Kawasaki
4.Demam Campak

Rujukan

  1. Rockley PF, Tyring SK. Pathophysiology and clinical manifestations of varicella zoster virus infections. Int J Dermatol. 1994 Apr. 33(4):227-32.
  2. Davis MM, Patel MS, Gebremariam A. Decline in varicella-related hospitalizations and expenditures for children and adults after introduction of varicella vaccine in the United States. Pediatrics. 2004 Sep. 114(3):786-92
  3. Dowell SF, Bresee JS. Severe varicella associated with steroid use. Pediatrics. 1993 Aug. 92(2):223-8.
  4. Tappeiner C, Aebi C, Garweg JG. Retinitis and optic neuritis in a child with chickenpox: case report and review of literature. Pediatr Infect Dis J. 2010 Dec. 29(12):1150-2.
Advertisements

4 thoughts on “Chicken Pox(Cacar air): Punca dan Cara rawatan”

  1. Noradlina Mawaddah

    Berapa Lamakah penyakit chickenpox ini akan hilang ? Dan apakah rawatan yang saya boleh ambil untuk menyembuhkan saya dari chickenpox dewasa ye

    1. Selalunya dalam 2 minggu. Jika baru sahaja kena dalam 1-2 hari, boleh ambil ubat acyclovir untuk membantu dalam memendekkan dan mengurangkan simptom chicken pox tersebut. Tapi perlukan prescription daripada doktor untuk mendapatkan ubat tersebut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × one =