Skip to content

Darah Cair: Punca, Simptom dan Rawatan

Darah cair bermaksud kebolehan pembekuan darah seseorang itu terganggu dan ia boleh menyebabkan pendarahan yang teruk dan tidak terhenti.

Ia boleh disebabkan bilangan platlet berkurangan ataupun faktor pembeku darah berkurangan.

Platlet seperti mana yang kita tahu ia berfungsi sebagai salah satu faktor untuk membekukan darah.

Punca darah cair



Seperti yang dikatakan di atas, darah cair ini adalah disebabkan 2 perkara iaitu sama ada

  • Jumlah platlet semakin berkurangan
  • Faktor pembeku darah(clotting factor) semakin berkurangan

Beberapa punca yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah:

1. Jangkitan virus

Jangkitan virus seperti HIV, Hepatitis, Beguk, demam denggi dan banyak lagi boleh menyebabkan bilangan platlet semakin berkurangan.

Jika ia terlalu rendah, ia boleh menyebabkan pendarahan sama seperti yang selalu berlaku pada pesakit denggi berdarah.



2. Kanser

Kanser yang mengganggu fungsi sumsum tulang seperti leukemia boleh menyebabkan bilangan platlet berkurangan. Ini kerana sumsum tulang merupakan tempat penghasilan platlet

3. Kegagalan hati akut

Salah satu fungsi hati adalah untuk menghasilkan faktor pembeku darah. Faktor pembeku darah sebenarnya berbentuk protein dan ia membantu dalam pembekuan darah.

Jika terdapat masalah pada hati, ia akan mengganggu penghasilan faktor ini. Ini akan menyebabkan darah susah untuk membeku

Beberapa punca kegagalan hati akut adalah:

  • Overdos paracetamol
  • Herba
  • Hepatitis
  • Toksin seperti racun daripada cendawan Amanita phalloides
  • Kanser hati

4. Ubat-ubatan

Terdapat golongan yang mengambil ubat cair darah untuk mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan juga angin ahmar.



5. Penyakit autoimun

Terdapat kekeliruan dalam sistem imun pesakit autoimun. Sistem imun pesakit ini akan menyerang platlet dan menyebabkan bilangannya dalam saluran darah berkurangan.

Ini menyebabkan darah pesakit cair dan sukar untuk membeku.

Simptom dan tanda darah cair

Pesakit yang mengalami masalah darah cair selalunya tidak menunjukkan sebarang simptom sehinggalah pesakit luka dan pendarahan pesakit susah untuk diberhentikan.

Terdapat beberapa simptom yang mungkin merujuk kepada masalah ini. Ia adalah:

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Ujian pengesahan

Terdapat 2 jenis ujian yang boleh digunakan untuk mengesan punca kepada masalah ini iaitu:

1. Ujian jumlah bilangan darah

Ujian ini juga dikenali sebagai Full Blood Count dimana ia boleh digunakan untuk mengira jumlah platlet dalam darah seseorang itu.



2. PT-INR

Prothrombin Time(PT) atau International Normalization ratio(INR) adalah salah satu cari untuk mengesan sama ada pesakit mempunyai masalah pada faktor pembeku darah ataupun tidak.

Rawatan

Rawatan kepada masalah cair darah ini adalah bergantung kepada punca masalah tersebut. Jika pesakit mengalami pendarahan yang teruk, pesakit mungkin akan diberi produk darah(blood produk) untuk mengelakkan pendarahan daripada berterusan.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Anticoagulant medicines. (2015, June 16). NHS
  2. Aspirin. (2016, May 6) – NHS
  3. Assinger, A. (2014, December 18). Platelets and infection – an emerging role of platelets in viral infection. Frontiers in Immunology, 5, 649.
  4. Shameer, K., Denny, J. C., Ding, K., Jouni, H., Crosslin, D. R., de Andrade, M., … Kullo, I. J. (2014, January). A genome- and phenome-wide association study to identify genetic variants influencing platelet count and volume and their pleiotropic effects. Human Genetics, 133(1), 1–24.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ten − 3 =