Skip to content

Gigi Berlubang: Punca, Simptom dan Rawatan

Gigi berlubang selalunya bermula daripada lubang yang kecil dan tidak dirawat. Pada mulanya lubang ini tidak menyebabkan apa-apa masalah atau sakit sehinggalah saiznya besar.

Dengan hanya pemeriksaan doktor gigi secara berkala sahaja boleh mengesan lubang kecil pada bahagian gigi ini.

Punca Gigi berlubang


Lubang pada gigi adalah disebabkan pembentukan plak pada gigi. Plak pula merupakan gabungan

  • Bakteria
  • Air liur
  • Asid
  • Serpihan makan.


Semua orang mempunyai bakteria secara semulajadi di dalam mulutnya. Selepas makan atau minum air yang bergula, bakteria akan menukarkan gula kepada bahan yang berasid.

Ini menyebabkan plak tersebut terbentuk sebaik sahaja seseorang itu habis makan. Sebab itulah perlunya seseorang itu kerap menggosok gigi.

Plak ini melekat pada gigi dan sedikit demi sedikit asid yang terhasil akan menghakis lapisan enamel gigi.

Faktor risiko


Semua orang mempunyai risiko untuk menghadapi masalah ini. Tetapi terdapat beberapa orang yang mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding orang lain.

Faktor risiko tersebut adalah:

  • Selalu ambil air atau makanan manis
  • selalu ambil makanan berasid atau masam
  • Kebersihan gigi yang kurang. Kurang gosok gigi
  • Tidak mendapat florida yang mencukupi
  • Mulut kering
  • Asid refluks(GERD). Asid daripada perut juga boleh merosakkan gigi
  • Penyakit psikiatri seperti Bulimia


Penyakit Bulimia adalah penyakit psikiatri dimana pesakit selalunya akan merasa serba salah apabila telah makan dan akan memuntahkan makanannya keluar berulang-ulang kali. Asid dalam muntah tersebut akan merosakkan gigi dan menyebabkan gigi pesakit berlubang.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Simptom gigi berlubang


Simptom penyakit ini bergantung kepada saiz dan keadaan lubang pada gigi tersebut. Beberapa simptom tersebut adalah

  • Gigi sensitif
  • Sakit gigi
  • Lubang pada gigi
  • Warna kuning pada gigi

Periksa Simptom anda Di Sini

Rawatan


Doktor gigi selalunya akan menentukan sama ada terdapat gigi berlubang atua tidak melalui pemeriksaan gigi. Akan tetapi terdapat kawasan gigi yang tidak dapat dilihat dengan pemeriksaan mulut.

Oleh itu, sesetengah pesakit perlu melakukan x-ray untuk melihat kawasan gigi yang bermasalah.

Jenis rawatan adalah bergantung kepada keadaan gigi pesakit. Terdapat beberapa cara untuk merawat pesakit. Ia adalah:

Rawatan Awal

Gigi yang berlubang boleh menyebabkan rasa sakit dan sensitif kepada gigi. Ia juga boleh menyebabkan gusi bengkak. Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan simptom tersebut



  • Kekalkan kebersihan gigi. Sentiasa menggosok gigi pada waktu pagi dan petang supaya gigi sentiasa bersih
  • Ubat tahan sakit. Boleh pergi ke farmasi untuk mendapatkan ubat tahan sakit sebelum sampai ke klinik
  • Kawal jenis makanan. Elakkan makanan yang terlalu panas atau sejuk kerana ia boleh menyebabkan sakit tersebut semakin bertambah

Tampal gigi

Doktor akan menggunakan satu alat untuk membuang bahagian gigi yang sudah reput di lubang tersebut. Kemudian, satu bahan akan diletakkan di dalam lubang tersebut dan dibiarkan mengeras.

Crown gigi

Crown gigi adalah satu prosedur dimana satu bahan yang berbentuk gigi diletakkan pada bahagian atas gigi yang sudah teruk atau reput.

Disebut sebagai crown(Mahkota) kerana bentuk gigi seperti gigi geraham adalah seperti mahkota. Prosedur ini menggantikan bahagian atas gigi yang sudah rosak

Root canal

Rawatan ini diperlukan apabila lubang itu telah sampai kepada bahagian saraf gigi. Dalam prosedur ini, doktor akan membuang tisu saraf dan saluran darah di kawasan gigi yang reput itu.

Kemudian, lubang tersebut akan dimasukkan dengan bahan yang akan mengeras. Crown juga akan dibuat bagi merawat gigi tersebut



Komplikasi


Terdapat beberapa komplikasi jika keadaan ini dibiarkan tanpa rawatan. Perkara tersebut adalah:

  • Sakit gigi yang berpanjangan
  • Nanah pada bahagian gigi. Ia boleh mengancam nyawa
  • Gigi boleh patah
  • Susah untuk mengunyah makanan disebabkan sakit gigi

Cara untuk mengelakkan gigi berlubang


Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan risiko kepada masalah ini. Ia adalah:

  • Gosok gigi sebanyak dua kali sehari dan gunakan ubat gigi yang mempunyai flourida
  • Kurangkan makanan manis atau berasid
  • Kurangkan pengambilan snek
  • Sentiasa memeriksa gigi lebih kurang setahun sekali

Jenis-jenis makanan ini boleh mengelakkan gigi berlubang. Ia adalah:

  • Makanan yang mempunyai fiber yang banyak
  • Makanan yang mempunyai jumlah kalsium yang tinggi
  • Teh hijau yang tiada gula
  • Air yang mempunyai flourida

Masalah Gigi dan Gusi yang lain:

Gigi BerlubangGigi Ngilu
Gigi KuningGigi Goyang
Gigi TercabutGigi Rapuh
Sakit GigiGigi Rongak
Karies GigiGigi Hitam
Plak GigiGigi Jarang
Gusi HitamGusi Bernanah
Gusi BengkakGusi Berdarah
Gigi BongsuGigi Berlapis
Gigi Jongang

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Decay. (n.d.). mouthhealthy.org
  2. Mayo Clinic Staff. (2017). Cavities/tooth decay: Diagnosis.
  3. Mayo Clinic Staff. (2017). Cavities/tooth decay: Overview.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × 1 =