Skip to content

Jantung Berlubang: Punca, Simptom dan Rawatan

Apakah simptom kepada masalah jantung berlubang? Artikel ini akan menerangkan dengan lengkap berkenaan masalah jantung berlubang, punca, simptom dan rawatan.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Simptom Jantung Berlubang
  3. Punca Jantung Berlubang
  4. Komplikasi
  5. Adakah penyakit ini boleh dicegah?
  6. Ujian pengesahan
  7. Rawatan Jantung Berlubang
  8. Nasihat

Pengenalan


Jantung ialah satu organ yang mempunyai peranan penting bagi manusia. Organ ini bertanggungjawab untuk mengepam darah ke seluruh anggota badan kita untuk menghantar bekalan oksigen kepada sel-sel badan supaya semua sistem badan kita dapat berfungsi dengan baik.

Jantung manusia mempunyai 4 bahagian atau ruang:

  1. Atrium kanan (Atas kanan).
  2. Atrium kiri (Atas kiri).
  3. Ventrikel kanan (Bawah kanan).
  4. Ventrikel kiri (Bawah kiri).


Dan semua bahagian tersebut diasingkan dengan sebuah struktur yang dinamakan sebagai septum.

Penyakit jantung berlubang ialah penyakit kongenital yang berlaku semasa dalam proses pembentukan jantung. Dan lubang tersebut terbentuk pada septum yang membahagikan ruang-ruang jantung manusia.

Penyakit ini mempunyai 2 jenis, iaitu:

  1. Atrial Septal Defect (ASD), iaitu lubang pada septum interatrium(di antara atrium).
  2. Ventrikel Septal Defect (VSD), iaitu lubang pada septum interventrikel(di antara ventrikel).

Masalah ini boleh menyebabkan jantung manusia tidak dapat berfungsi dengan baik, seterusnya akan memberi kesan kepada badan kita.

Simptom Penyakit Jantung berlubang


Jantung berlubang selalunya dikenalpasti pada peringkat bayi dilahirkan. Setelah bayi dilahirkan, dia akan diperiksa oleh doktor untuk mengesan sebarang masalah pada jantungnya atau pada bahagian badan yang lain.



Selalunya doktor akan memberikan masa kepada bayi untuk membesar bagi melihat sama ada lubang tersebut boleh tertutup dengan sendirinya ataupun tidak. Tetapi jika lubang itu terlalu besar, maka pembedahan mungkin akan dijadualkan bagi pesakit jenis ini.

Disamping itu, pesakit akan mengalami simptom-simptom ini ketika mana mereka belum lagi menerima pembedahan jantung tersebut. Antara simptom tersebut adalah:

  • Pemakanan yang kurang baik (Poor eating).
  • Lambat untuk menghabiskan susu
  • Dengan menyusu sahaja telah menyebabkan pesakit berpeluh
  • Bernafas dengan cepat atau termengah-mengah.
  • Mudah penat semasa bermain.
  • Jantung berdegup dengan kencang atau tidak sekata.
  • Mempunyai deruan jantung (dikesan dengan menggunakan stetoskop).

Antara tanda-tanda penyakit yang kita dapat jika pesakit sudah mencapai umur lebih dari 2 tahun adalah:

Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Punca Jantung berlubang


Doktor belum dapat mengesanpasti punca jantung berlubang ini. Namun. faktor genetik dan gaya hidup ibu semasa mengandung mampu menyumbang untuk berlakunya penyakit ini:

  • Penyakit genetik atau penyakit keluarga. Ini boleh dikesan jika wujud juga penyakit genetik lain dalam keluarga pesakit, contohnya ialah Down Sindrom.
  • Ibu mengandung dijangkiti virus Rubella.
  • Gaya hidup ibu mengandung yang tidak sihat, seperti merokok, minum alkohol, dan salah guna dadah.
  • Menghidapi diabetes atau lupus.

Komplikasi


Lubang yang kecil selalunya tidak memberi kesan kepada pesakit. Normalnya, lubang tersebut akan pulih seiring dengan pembesaran kanak-kanak.

Namun, jika lubang tersebut besar, terdapat beberapa komplikasi yang akan berlaku, iaitu:

Adakah penyakit jantung boleh dielakkan?


Hakikatnya agak sukar untuk kita menghalang penyakit ini. Justeru, pasangan suami isteri perlu sama-sama memainkan peranan penting dan melakukan beberapa langkah untuk mencegah serta mengurangkan risiko anak-anak mereka daripada dijangkiti penyakit ini.



Antara persediaan yang perlu dibuat ialah:

  • Mengesan penyakit genetik yang mungkin kita dijangkiti.
  • Melakukan pemeriksaan untuk immuniti kepada virus Rubella. Jika anda tidak immun kepada virus tersebut, lakukan antivaksin.
  • Mendapatkan pemeriksaan berkala sebelum dan semasa mengandung.
  • Amalkan pemakanan dan diet yang sihat.
  • Lakukan senaman yang sesuai. Langkah ini perlu dilakukan dengan nasihat daripada doktor.
  • Elakkan terdedah kepada risiko berlakunya penyakit jantung berlubang seperti merokok, minum alkohol, dan salah guna dadah.

Ujian pengesahan


Berikut ialah ujian yang dilakukan oleh doktor untuk memeriksa pesakit jantung berlubang:

  • Echocardiogram
  • Imbasan x-ray pada dada.
  • Elektrokardiogram (ECG).
  • MRI.
  • CT scan.
  • Cardiac catherization. Langkah ini diambil untuk memeriksa kondisi jantung pesakit.
  • Nadi oksimeter (Pulse oximetry). Ini ialah ujian untuk mengukur level oksigen dalam darah. Ujian ini mudah dan tidak menyakitkan bagi pesakit.

Rawatan Jantung berlubang


Banyak penyakit jantung berlubang yang akan pulih dengan sendirinya sepanjang pesakit berada di zaman kanak-kanak. Namun, jika lubang tersebut tidak pulih, antara langkah rawatan yang akan diambil ialah:

1. Melakukan pemantauan

Pemantauan akan dibuat untuk doktor menentukan bilakah waktu yang sesuai untuk lakukan rawatan, bergantung kepada keadaan pesakit. Doktor juga dapat gunakan tempoh pemantauan ini untuk kesan sama ada pesakit mempunyai penyakit kongenital jantung yang lain.

2. Penggunaan ubat

Ubat tidak dapat membaiki lubang tersebut. Namun langkah ini dapat merawat komplikasi penyakit jantung berlubang. Selain itu, langkah ini juga dapat mengelakkan pesakit daripada dijangkiti penyakit enkarditis berjangkit.

3. Pembedahan



Pembedahan akan dilakukan oleh doktor untuk menutup lubang pada jantung pesakit.

Nasihat bagi pesakit Jantung Berlumbang


Walaupun kita mungkin dijangkiti penyakit ini, ia tidak menghalang anda daripada meneruskan hidupan harian kita. Justeru, berikut ialah perkara yang digalakkan untuk kita amal:

  • Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.
  • Melakukan senaman yang sesuai melalui pantauan doktor.
  • Elakkan diri daripada dijangkiti penyakit lain.
  • Sentiasa peka tentang simptom penyakit ini pada anak-anak kita.
  • Mengambil ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor untuk rawat penyakit jantung berlubang.

Periksa Simptom anda Di Sini

Penyakit Lain yang Berkaitan Jantung

Jantung BengkakSakit Jantung
Jantung BerdebarLemah Jantung
Jantung Berlubang

Rujukan:

  1. Prof. Dr. Magdy Ishak Atallah MD (2012). Concise Textbook of Internal Medicine.
  2. The Heart: All you need to know – Medicalnewstoday
  3. Atrial Septal Defect – Mayoclinic
  4. Ventricular Septal Defect – Mayoclinic
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ten + nine =