Skip to content

Kekurangan Vitamin K: Punca, Simptom dan Rawatan

Kekurangan vitamin K jarang terjadi dalam kalangan orang dewasa. Namun, ia sering ditemui dialami oleh bayi. Tanda utama kekurangan vitamin K adalah pendarahan berlebihan yang terjadi disebabkan gangguan dalam proses pembentukan gumpalan darah beku.

Apa itu vitamin K ?

Vitamin K terdapat dalam dua bentuk. Vitamin K yang sering ditemui dalam tumbuh tumbuhan seperti kale dan bayam diberi nama vitamin K-1 atau phylloquinone. Vitamin K-2 atau menaquinone ditemui dalam badan kita dan dihasilkan secara semulajadi dalam saluran usus.

Kedua dua vitamin K-1 dan K-2 menghasilkan protein yang membantu gumpalan darah beku. Penggumpalan darah penting bagi menhghalang pendarahan berlebihan dalaman dan luaran.



Kekurangan vitamin K bermakna badan tidAk dapat menghasilkan protein yang cukup untuk menggumpal darah dengan baik, menyebabkan tingginya risiko pendarahan berlebihan.

Kebanyakan orang dewasa mendapat bekalan vitamin K yang cukup melalui makanan yang diambil dan juga penghasilan semulajadi dalam badan. Sesetengah ubatan dan masalah kesihatan boleh mengurangkan penghasilan vitamin K dan menghalang penyerapan menyebabkan berlakunya kekurangan zat.

Punca dan faktor risiko

Orang dewasa mempunyai risiko lebih tinggi mengalami kekurangan vitamin K sekiranya mereka:

  • Mengambil ubat pencair darah yang menghalang pembentukan gumpalan darah dan aktivasi vitamin K
  • Mengambil antibiotik yang mengganggu penghasilan dan penyerapan  vitamin K
  • Tidak mengambil diet yang kaya dengan sumber vitamin K
  • Mengambil vitamin A atau E secara berlebihan

Mereka yang mengalami kekurangan vitamin K juga mungkin mempunyai keadaan yang menyebabkan badan tidak dapat menyerap lemak dengan baik. Keadaan tersebut merupakan:

  • Penyakit celiac
  • Cystic fibrosis
  • Penyakit Crohn’s

Dalam kalangan bayi pula, berikut merupakan sebab mereka mengalami kekurangan vitamin K:

  • Meminum susu yang tidak mempunyai jumlah vitamin K yang cukup
  • Vitamin K tidak disalurkan oleh uri ibu kepada anaknya
  • Hati bayi yang masih belum matang
  • Usus bayi belum matang dan belum dapat menghasilkan vitamin K


Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Jumlah vitamin K yang diperlukan

Mengikut pakar pemakanan dan pakar nutrisi, mereka menyarankan supaya lelaki dewasa mengambil sekurang kurangnya 120 mcg vitamin K setiap hari dan wanita dewasa pula sebanyak 90 mcg setiap hari.

Sumber makanan yang kaya dengan vitamin K adalah sayuran berdaun hijau, buah prun dan bahan tenusu. Hati haiwan, bunga kubis, brokoli, teh hijau dan kacang soya juga mengandungi jumlah vitamin K yang baik.

Simptom kekurangan vitamin K

Terdapat beberapa tanda yang terjadi disebabkan kekurangan vitamin K namun tanda yang sering terjadi ialah pendarahan berlebihan. Hal ini boleh terjadi apabila seseorang itu luka ataupun tercedera.

Tanda tanda lain ialah:

  • Mudah lebam
  • Titik titik merah di bawah kuku
  • Pendarahan di lapisan mukosa seperti gusi dan hidung
  • Najis yang berwarna kehitaman, ataupun bercampur dengan darah

Dalam bayi, doktor memeriksa kawasan lain seperti:

  • Pendarahan di kawasan tali pusat dipotong
  • Pendarahan bawah kulit, hidung, usus
  • Pendarahan di tempat kemaluan apabila bayi disunatkan
  • Pendarahan dalam otak yang boleh mengancam nyawa dan membawa maut

Ujian Pemeriksaan

Bagi mengenal pasti puncanya, doktor akan menjalankan ujian darah bagi menguji kadar penggumpalan darah. Ujian ini dinamakan ujian prothrombin ataupun PT. setelah darah diambil, sejenis bahan kimia ditambah kedalam darah dan proses penggumpalan darah beku diperhatikan.

Jika darah beku mengambil masa lebih dari 13.5 saat untuk terbentuk, anda mungkin mengalami kekurangan vitamin D.



Rawatan kekurangan vitamin K

Apabila doktor mengesahkan anda mempunyai kekurangan vitamin K, doktor akan memberikan anda suplemen makanan tambahan mengandungi vitamin K dipanggil phytonadione.

Phytonadione diambil secara oral dan juga boleh didapati melalui suntikan sekiranya anda mempunyai masalah gangguan saluran penghadaman yang menjadikan phytonadione secara oral tidak efektif.

Dos yang diberikan bergantung kepada umur dan tahap kesihatan anda. Dos phytonadione yang biasa diberikan ialah sebanyak 1 mcg ke 25 mcg.

Bagi bayi pula, terdapat beberapa keadaan yang memerlukan bayi untuk mengambil suntikan vitamin K seperti:

  • Bayi yang lahir pramatang
  • Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil ubatan yang berinteraksi dengan vitamin K seperti ubat pencair darah
  • Bayi yang mengalami masalah saluran penghadaman yang akan mengganggu penyerapan vitamin K
  • Bayi yang baru lahir. Di Malaysia, kesemua bayi yang baru lahir akan disuntik dengan Vitamin K untuk mengelakkan pendarahan di bahagian otak.

Bayi akan menerima suntikan vitamin K-1 yang mengandungi sebanyak 0.5 mcg ke 1 mcg vitamin K.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan

  1. Facts about vitamin K deficiency bleeding. (2017, December 5) – CDC
  2. Johnson, L. E. (2016, September). Vitamin K – Merck Manuals
  3. Lippi, G., & Franchini, M. (2011, January). Vitamin K in neonates: Facts and myths. Blood Transfusion9(1), 4–9
    Nutrient intakes from food and beverages: Mean amounts consumed per individual, by gender and age, in the United States, 2013–2014. (2016) -USDA
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20 − four =