Skip to content

Ketiak Berbau: Punca dan Rawatan

Masalah ketiak berbau ialah masalah yang sering berlaku kepada populasi dunia. Ketiak berbau adalah antara punca utama kepada sesetengah individu mengalami masalah badan berbau dan ini membuatkan pesakit dan orang sekeliling akan menjadi kurang selesa dek bau tersebut.

Kita dapat lihat masalah ini sering bermula apabila majoriti berumur 12 tahun bagi lelaki, dan 11 tahun bagi perempuan. Hal ini adalah kerana umur tersebut ialah purata umur bagi lelaki dan perempuan mencapai akil baligh dan hormon badan androgen menjadi lebih aktif.

Apakah Punca Ketiak Berbau?

Berpeluh ialah punca utama berlakunya ketiak berbau. Berpeluh ialah fenomena normal yang dihasilkan oleh badan kita dan amat penting untuk mengawal suhu badan kita agar tidak terlalu panas.



Peluh ini dihasilkan oleh ribuan kalenjar peluh yang wujud dalam rongga bulu-bulu ketiak kita. Kalenjar peluh akan menjadi lebih aktif apabila umur kita mencapai akil baligh. Hal ini berlaku akibat penghasilan hormon androgen individu yang semakin meningkat.

Ini dapat kita lihat apabila ramai remaja yang akil baligh mengalami ketiak berbau yang lebih kerap berbanding sebelum ini.

Di ketiak kita, kita mempunyai 2 jenis kalenjar peluh:

  1. Kalenjar ekkrin – Kalenjar ini mengeluarkan cecair yang tidak berbau, kecuali apabila cecair tersebut telah kering.
  2. Kalenjar apokrin – Kalenjar apokrin akan menghasilkan cecair pekat yang akan berbau jika cecair tersebut bercampur dengan bakteria yang wujud di atas permukaan kulit ketiak kita.

Wujud juga faktor lain yang menjadi punca kepada masalah ketiak berbau. Antaranya ialah:

  1. Bersenam dan melakukan aktiviti lasak.
  2. Cuaca yang panas terik.
  3. Berat badan yang berlebihan dan obesiti.
  4. Stres, merasa cemas dan tertekanan.
  5. Mempunyai penyakit lain seperti diabetes dan masalah ginjal.
  6. Banyak makan makanan yang berlemak, berminyak atau berbau seperti bawang putih, kari, dan bawang merah. Hal ini berlaku kerana bau tersebut dapat menyerap masuk ke dalam rongga ketiak dan menyebabkan bau tersebut.

Komplikasi Ketiak Berbau

Antara kesan-kesan buruk akibat ketiak berbau ialah:

  1. Badan menjadi berbau. Bau badan pesakit boleh menjadi lebih teruk dan kronik. Penyakit ini dinamakan sebagai Bromhidrosis.
  2. Orang sekeliling menjadi tidak selesa.
  3. Badan kita menjadi stres, sekaligus menyebabkan penghasilan peluh meningkat.
  4. Pesakit menjadi kurang yakin kepada diri sendiri.
  5. Baju kita meninggalkan tompok di kawasan ketiak dan berbau busuk.
  6. Hiperhidrosis – Kalenjar peluh pesakit menjadi sangat aktif dan menghasilkan peluh lebih daripada normal walaupun tanpa apa-apa rangsangan seperti cuaca panas, stres dan aktiviti lasak.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Apakah Tindakan yang Perlu Kita Buat?



Terdapat beberapa langkah yang boleh kita ambil untuk mengendalikan kes ini. Masalah ini dapat kita bendung dan rawat melalui; Mengurangkan jumlah bakteria di permukaan kulit dan mengurangkan penghasilan peluh.

1. Mengurangkan bakteria di permukaan kulit:

Cara ini dapat dibuat melalui penjagaan kebersihan badan dan pakaian kita. Antara langkah-langkah penting yang boleh dibuat ialah:

  • Mandi sekurang-kurangnya sekali sehari dan setiap kali selepas bersenam.
  • Mencabut atau mencukur bulu ketiak. Hal ini kerana bulu ketiak akan memanjangkan tempoh penyejatan peluh di ketiak kita, menyebabkan peluh kita akan bercampur dengan bakteria untuk tempoh yang lebih lama lalu menghasilkan bau busuk.
  • Memakai sabun antibakteria terutama di ketiak setiap kali mandi.
  • Sentiasa mencuci pakaian kotor.
  • Memakai pakaian yang bersih setiap hari.
  • Tukar pakaian bersih selepas bersenam.

2. Mengurangkan penghasilan peluh:

Untuk cara ini, wujud pelbagai langkah yang boleh kita buat:

  • Penjagaan pemakanan harian melalui kurang makan makanan yang kuat berbau, berminyak, dan berlemak seperti bawang putih, kari, dan bawang merah.
  • Memakan ubat anti-cholinergik seperti oxybutynin. Ubat tersebut hanya perlu diambil setelah mendapat pemeriksaan dengan doktor.
  • Mengamalkan teknik-teknik untuk kurangkan stres dan tekanan. Contohnya ialah yoga dan teknik pernafasan.
  • Tidak berada bawah cahaya matahari atau persekitaran yang sangat panas.
  • Memakai deodoran yang sesuai.
  • Suntikan Botox.

Pembacaan bagi masalah yang lain

Sakit Pinggang Sebelah KananSakit Perut Berpanjangan
Sakit Kepala BerdenyutBatuk Berpanjangan
Sakit DadaSakit Bahu
Kuat BerpeluhKetiak Berbau
Muntah Hijau dan KuningSakit Kepala Berpanjangan
Selesema BerpanjanganRasa Tercekik
TercekikBernafas Laju
Buku Lali Bengkak

Rujukan

  1. Smelly Armpit – Healthline
  2. Smelly Armpits – Medical News Today
  3. 8 cara mudah menghilangkan bau ketika – Kompas
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 × two =