Ponstan adalah nama jenama bagi satu ubat yang dipanggil sebagai mefenamic acid. Terdapat beberapa jenama lain yang juga menjual ubat mefenamic acid yang sama. Ubat ini adalah salah satu dalam kumpulan ubat non-steroidal anti-inflammatory drug(nSAIDS)
Ia digunakan sebagai salah satu ubat tahan sakit dan juga anti-keradangan. Ia sesuai untuk merawat sakit yang disebabkan keradangan seperti gout, luka, keradangan sendi seperti rheumatoid arthritis dan lain-lain lagi
Ia tidak boleh digunakan pada jangka masa yang panjang. Jika perlu menggunakan ubat tahan sakit selalu, pesakit perlulah berjumpa dengan doktor supaya rawatan sakit tersebut dapat dilakukan dengan betul.
DOS: 500mg 3 kali sehari untuk orang dewasa
Cara guna: Ia perlu diambil berserta dengan makanan kerana ia boleh menyebabkan masalah gastrik
Tidak boleh diambil bagi:
- Mereka yang mempunyai alahan pada ubat jenis nSAIDS yang lain
- Pesakit yang mempunyai masalah gastrik
- Masalah buah pinggang
- Ibu mengandung terutamanya pada 3 bulan terakhir
Kesan Sampingan Ponstan (Mefenamic acid)
Ia boleh meningkatkan risiko untuk berlakunya pendarahan dan ulser di dalam perut. Kerana ia boleh meningkatkan penghasilan asid yang dihasilkan dalam perut. Oleh sebab itu, kita akan nasihatkan pesakit untuk makan ubat tersebut bersam dengan makanan lain untuk melapik perut. Supaya ia asid yang terhasil tidak mengikis dinding perut.
Mereka yang berumur lebih mudah untuk mendapat kesan sampingan sebegini.
Kegunaan jangka masa yang panjang boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang. Pesakit yang mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kegagalan buah pinggang disebabkan ubat ini adalah mereka yang sudah berumur, masalah jantung, kegagalan hati dan mereka yang mengambil ubat tekanan darah tinggi jenis diuretics, ACE (angiotensin converting enzyme) inhibitors dan juga ARB(angiotensin receptor blocker).
Oleh sebab itu, tidak nasihatkan untuk mengambil ubat ini dalam jangka waktu yang panjang. Jika pesakit mengalami kesakitan yang berpanjangan dan memerlukan pengambilan ubat tahan sakit yang kerap, pesakit dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.
Penggunaan waktu hamil
Ia dikategorikan sebagai kategori C iaitu guna jika manfaatnya melebihi risiko. Ini kerana ada kajian pada haiwan menunjukkan ia memberi kesan terhadap kandungan haiwan tersebut. Namun tiada kajian yang telah dilakukan pada manusia
Rujukan:
https://reference.medscape.com/drug/ponstel-mefenamic-acid-343294#91