Skip to content

Ranula: Punca, Simptom dan Rawatan

Apakah itu Ranula dan mucocele? Artikel ini akan membincankan punca kepada masalah ranula, simptom dan rawatan kepada masalah ini

Pengenalan

Ranula adalah salah satu jenis penyakit yang melibatkan kelenjar air liur. Ranula adalah terma khas untuk mucocele yang terletak di lantai mulut. Mucocele yang berasal dari kelenjar air liur kecil, tumbuh apabila terdapat gangguan pada aliran rembesan.

Ranula pula adalah koleksi cecair dan sista (cyst) yang membentuk di bawah lidah akibat kerosakan pada kelenjar air liur. Ranula berupa seperti bengkak yang berbentuk cawan lembut dan berwarna kebiru-biruan di lantai mulut.



Ranula selalunya bersaiz lebih besar berbanding mucocele yang terletak di bahagian lain di dalam mulut, mencecah beberapa sentimeter. Ranula mempunyai dua jenis iaitu ranula mudah (simple ranula) iaitu ranula yang kekal di bawah lidah dan plunging ranula iaitu ranula yang tumbuh ke bahagian leher.

Punca Ranula

Air liur adalah cecair yang terbentuk pada tiga kelenjar air liur iaitu kelenjar parotid, kelenjar submandibular dan kelenjar sublingual. Punca utama ranula adalah disebabkan oleh trauma pada saluran perkumuhan kelenjar air liur utama. Air liur tidak dapat sampai ke bahagian mulut untuk ditelan.

Air liur akan bocor keluar dan membentuk benjolan yang mengandungi cecair di sekitar kelenjar.  Punca yang kurang biasa terjadinya ranula adalah saluran mengalami halangan contohnya sialolith atau mucus plug. Punca lain pula termasuklah inflamasi kronik (sarcoidosis dan Sjogren syndrome) atau jangkitan (HIV) disertai periductal scarring, ductal hypoplasia, ductal stenosis, ductal agenesis, dan neoplasia.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Simptom

Terdapat beberapa simptom yang boleh dikesan apabia anda mempunyai ranula. Contohnya seperti:

  • Bengkak pada bawah lidah dan lantai mulut
  • Lembut dan kebiru-biruan
  • Berdiameter 2 hingga 3 inci
  • Selalunya tidak sakit
  • Kadang-kala ranula yang besar menganggu cara mengunyah, menelan dan percakapan
  • Jika dijangkit, sakit dan demam boleh terjadi

Rawatan

Ranula boleh dirawat oleh doktor gigi di klinik gigi. Terdapat beberapa cara rawatan yang disyorkan untuk keadaan ini. Contohnya:

  1. Pantauan – Kadang-kala ranula tidak perlu dirawat kerana ianya bersaiz kecil dan menunjukkan simptom minimal.
  2. Pembuangan pembedahan -Kedua- dua jenis ranula boleh dirawat dengan cara ini. Ranula akan dibuang bersama-sama dengan kelenjar air liur utama yang berkaitan.
  3. Marsupialisasi – Sesetengah doktor gemar untuk melakukannya sebelum pembuangan pembedahan. Sista akan dibuka dan dikeringkan tanpa membuang kelenjar. Jika rawatan ini gagal menyingkirkan penyakit, maka pembuangan eksisi akan dibuat.
  4. Laser Ablation, Cryosurgery, dan Electrocautery – Rawatan-rawatan ini dilakukan untuk ranula kecil sama ada bersendirian atau sebelum marsupialisasi. Rawatan laser ablation dilakukan oleh pakar radiologi, ubatan akan dicucuk ke dalam kelenjar air liur untuk mengecilkan tisu sekeliling.


Rawatan yang biasa dilakukan adalah pembuangan pembedahan dan laser ablation. Untuk penyembuhan selepas pembuangan pembedahan, jahitan perlu larut, ubat mungkin diperlukan dan parut akan sembuh dalam beberapa bulan. Bagi laser ablation, bengkak akan ada untuk 1 hingga 2 minggu manakala rasa kebas akan berada di sekitar lidah sehingga 4 minggu.

Komplikasi

Komplikasi mucocele dan ranula terbahagi kepada komplikasi biasa dan komplikasi semasa pembedahan serta selepas pembedahan. Antara komplikasi biasa termasuklah:

  • Jangkitan
  • Ranula pecah dan tumbuh semula
  • Kesukaran menelan sekiranya ranula bersaiz besar

Komplikasi juga boleh berlaku ketika anda menjalani pembedahan. Komplikasi semasa pembedahan adalah seperti:

  • Pendarahan
  • Kerosakan saluran Wharton seterusnya menyebabkan stenosis dan sialadenitis obstruktif
  • Kecederaan pada saraf lingual menyebabkan paresthesia sementara atau kekal
  • Kerosakan cawangan mandibular pada marginal saraf muka yang menyebabkan paresthesia

Komplikasi selepas pembedahan pula adalah:

  • Hematoma
  • Jangkitan

Kesimpulan

Ketika ini, cara untuk mencegah ranula tidak diketahui. Namun begitu, jika anda mempunyai ranula, anda tidak perlu panik, sebaliknya pergi ke klinik gigi dan mendapatkan pemeriksaan serta rawatan untuk ranula. Jika ranula bersaiz kecil, selalunya ia akan sembuh secara sendiri tanpa sebarang rawatan.

Ranula yang bersaiz besar pula akan dirawat dengan cara pembedahan pembuangan ranula dan kelenjar yang dijangkiti. Selepas pembedahan, anda digalakkan mengambil diet makanan lembut untuk tempoh yang dibincangkan bersama doktor. Langkah paling penting adalah dengan membuat pemeriksaan berkala dengan doktor gigi anda.

Masalah mulut yang lain

Mulut BerbauKanser Gusi
Lidah PendekTonsil Bengkak
Kanser TekakKanser Tonsil
Hilang SuaraHilang Deria
Masalah BruxismRanula

Rujukan



  1. Mucocele And Ranula. Muhammad Huzaifa; Abhinandan Soni.
  2. Mucocele. Kementerian Kesihatan Malaysia.
  3. What’s a Ranula? A “Frog” In Your Mouth. Colgate.
  4. Ranula. Nationwide Childrens
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one + 10 =