Sakit gigi adalah kesakitan yang berlaku disekitar gigi dan selalunya ia melibatkan kawasan gusi. Perkara ini sering mengganggu individu yang mengalami masalah tersebut. Terkadang seseorang itu tidak mampu melakukan kerja disebabkan masalah ini
Punca Sakit Gigi
Beberapa punca kepada masalah ini adalah:
- Nanah pada gusi
- Gigi yang berlubang
- Gigi yang longar ataupun patah
- Tampalan gigi yang bermasalah
- Pergerakan mulut yang berulang seperti mengunyah gula dengan masa yang terlalu lama
- Jangkitan gusi
- Gusi bengkak
Simptom dan Tanda Sakit Gigi
Beberapa simptom kepada masalah ini adalah:
- Sakit gigi selalunya boleh digambarkan seperti menyucuk, berdenyut ataupun sakit yang berterusan. Sesetengah pesakit hanya akan mengalami sakit ketika mana gigi tersebut disentuh ataupun ketika sedang makan
- Bengkak disekitar gigi yang terlibat
- Demam ataupun sakit dibahagian kepala
- Cecair nanah yang keluar daripada tempat tersebut
Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini
Bila saya perlu bertemu dengan doktor gigi?
Sila berjumpa dengan doktor gigi anda jika:
- Sakit gigi yang berlaku selama seharian ataupun lebih dari sehari
- Sakit gigi yang teruk
- Pesakit yang mengalami demam, sakit telinga ataupun sakit ketika membuka mulut
Perkara ini penting supaya doktor dapat mengenal pasti punca kepada masalah tersebut dan juga supaya rawatan yang tepat dapat diberikan kepada pesakit. Rawatan ini juga penting terutamanya bagi pesakit yang mengalami jangkitan kuman pada gigi yang terlibat.
Jika rawatan tersebut lambat diberikan, kuman yang terlibat mungkin akan merebak kepada bahagian muka yang lain ataupun merebak ke dalam darah.
Apakah perkara yang akan dilakukan ketika mana berjumpa dengan doktor?
Untuk merawat masalah sakit gigi, doktor gigi perlulah mengambil sejarah pesakit seperti bila sakit tersebut bermula, adakah pesakit mengalami simptom seperti demam dan beberapa perkara yang lain.
Mulut pesakit juga akan diperiksa oleh doktor gigi untuk melihat kawasan yang bermasalah. X-ray mungkin akan dibuat bergantung kepada keadaan pesakit bertujuan untuk menyiasat punca kepada masalah tersebut.
Bagaimana untuk mengelakkan masalah sakit gigi daripada berlaku?
Disebabkan kebanyakan sakit gigi berpunca daripada gigi yang mereput dan berlubang, penjagaan kebersihan mulut dan gigi perlulah sentiasa dipraktikkan untuk menghalang daripada masalah ini berlaku.
Amalan penjagaan gigi yang bagus melibatkan
- Penggunaan ubat gigi berflorida
- Membersihkan celah gigi menggunakan bebenang halus (flos)
- Menggunakan pembasuh mulut antiseptik sebanyak sekali ataupun dua kali dalam sehari
- Berjumpa dengan doktor gigi setahun sekali
- Disamping itu, anda dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi gula yang tinggi
Masalah Gigi dan Gusi yang lain:
Rujukan:
- Academy of General Dentistry: ”What Causes a Toothache?”
- Featured image dari yourdentistryguide.com