Skip to content

Gusi Bengkak: Punca, Simptom dan Rawatan

Gusi bengkak juga dikenali sebagai gingivitis. Ia adalah salah satu penyebab kepada merah dan bengkaknya bahagian gusi iaitu dibahagian tapak gigi. Keadaan ini perlulah dirawat dengan betul supaya ia tidak menyebabkan keadaan yang lebih serius iaitu periodontitis.

Penyebab utama kepada masalah ini adalah kurangnya penjagaan kebersihan gigi. Kebersihan gigi yang bagus dengan mengamalkan gosok gigi 2 kali sehari boleh mengelakkan gusi bengkak daripada berlaku.

Simptom dan Tanda tanda Gusi Bengkak

Gusi yang sihat berwarna merah jambu yang pucat. Gigi pula tersusun kemas. Beberapa tanda yang menunjukkan gusi bengkak adalah:

  • Gusi yang kemerahan dan bengkak
  • Mudah berdarah apabila digosok
  • Mulut berbau
  • Sakit gusi
  • Gusi yang bernanah
  • Gigi yang longgar
  • Sakit kepala


Periksa Simptom anda Di Sini

Punca gusi bengkak

Punca utama bagaimana gingivitis berlaku adalah disebabkan gigi yang kotor hingga menyebabkan terbentuknya plak. Plak boleh menyebabkan masalah gusi dengan cara:

  • Plak terbentuk pada gigi: Plak adalah satu lapisan yang mengandungi bakteria. Lapisan ini terbentuk apabila kanji dan gula berinteraksi dengan bakteria yang dijumpai dalam mulut kita.
  • Plak pula akan bertukar kepada tartar: Plak yang terbentuk akan menjadi lebih keras dan membentuk tartar yang mengumpul bakteria. Tartar adalah lebih susah untuk dibersihkan berbanding plak dan ia memberi perlindungan kepada bakteria.
  • Gusi menjadi bengkak: Semakin lama plak dan tartar berada di gigi, semakin lama ia akan memberi iritasi pada bahagian gusi. Dengan masa, gusi anda akan menjadi bengkak dan mudah untuk berdarah.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Faktor risiko

Terdapat beberapa faktor risiko yang akan meningkatkan kemungkinan anda untuk menghadapi masalah ini. Ia adalah:

  • Tidak mengamalkan kebersihan gigi
  • Merokok
  • Gigi yang tidak tersusun
  • Penuaan
  • Mulut yang kering
  • Gigi yang tidak tersusun hingga menyebabkan susah untuk dibersihkan
  • Keadaan yang menyebabkan sistem imuniti menjadi lemah seperti HIV ataupun kanser.
  • Ubat seperti phenytoin

Komplikasi

Gusi bengkak yang tidak dirawat akan menyebabkan jangkitan tersebut merebak ke dalam bahagian tulang. Keadaan ini dinamakan sebagai periodontitis dan ia akan menyebabkan kehilangan gigi.

Masalah ini juga boleh menyebabkan Necrotizing ulcerative gingivitis(NUG) iaitu keadaan dimana ia menyebabkan ulser yang teruk dibahagian gigi yang terlibat.

Cara untuk mengelakkan Gusi Bengkak



Terdapat beberapa cara yang boleh diamalkan untuk mengelakkan masalah ini berlaku. Perkara tersebut adalah:

  • Menjaga kebersihan mulut: Anda perlulah menggosok gigi 2 kali sehari selama 2 minit. Selalunya selepas bangun pagi dan sebelum tidur di malam hari. Idealnya adalah membersihkan gigi selepas setiap kali makan.
  • Selalu berjumpa dengan doktor gigi: elok untuk berjumpa dengan doktor gigi setiap 6 bulan ataupun setiap tahun. Ini akan memastikan gigi anda bebas daripada tar.
  • Mengamalkan gaya hidup sihat: Ini penting untuk mengelakkan masalah kronik seperti kencing manis yang boleh menyebabkan masalah gusi bengkak menjadi lebih teruk.

Rawatan Gusi Bengkak

Rawatan selalunya melibatkan pembersihan gigi tersebut dan juga pemberian ubat

Pembersihan gigi

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk membersihkan gigi. Ia adalah:

  • Scaling‘: Ia dibuat untuk membersihkan lapisan tar pada gigi
  • ‘Root planing‘: dibuat untuk membersihkan lapisan tar daripada akar gigi
  • Laser: Boleh digunakan untuk membuang lapisan tar dengan cara yang kurang sakit dan kurang pendarahan.

Ubat

Beberapa jenis ubat boleh digunakan iaitu:

  • Pembersih mulut anti-septik seperti chlorhexidine
  • Ubat antibiotik untuk membunuh kuman yang telah menjangkiti gusi

Masalah Gigi dan Gusi yang lain:

Gigi BerlubangGigi Ngilu
Gigi KuningGigi Goyang
Gigi TercabutGigi Rapuh
Sakit GigiGigi Rongak
Karies GigiGigi Hitam
Plak GigiGigi Jarang
Gusi HitamGusi Bernanah
Gusi BengkakGusi Berdarah
Gigi BongsuGigi Berlapis
Gigi Jongang

Periksa Simptom anda Di Sini



Rujukan:

  1. Wilder RS, et al. Gingivitis and periodontitis in adults: Classification and dental treatment.
  2. Periodontal (gum) disease: Causes, symptoms, and treatments. National Institute of Dental and Craniofacial Research.
  3. Gum disease. American Dental Association.
  4. Brushing your teeth. American Dental Association.
  5. Gingivitis. American Dental Association.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × 1 =