Skip to content

Tonsil Bengkak: Punca, Simptom dan Rawatan

Tonsil adalah salah satu struktur yang penting pada tekak. Ia boleh dijangkiti kuman dan menyebabkan masalah tonsil bengkak ataupun dalam istilah perubatannya dikenali sebagai tonsilitis. Jangkitan kuman yang selalu berlaku adalah disebabkan jangkitan virus diikuti dengan bakteria.

Tonsil ini berfungsi seolah-olah seperti polis. Ia akan menyaring makanan ataupun udara yang masuk melalui ruang tersebut. Jika terdapat kuman, imun sel di tonsil akan memakan kuman tersebut dan memulakan reaksi imunisasi yang juga akan menghasilkan antibodi.

Ketika perkara tersebut berlaku, sel darah putih akan dipanggil untuk berkumpul dibahagian tekak hingga menyebabkan kawasan tersebut menjadi bengkak dan sakit. Inilah punca kepada masalah tonsil bengkak iaitu jangkitan kuman dikawasan tersebut.

Simptom Tonsil Bengkak

Pesakit selalunya adalah dikalangan kanak-kanak yang berumur 3-6 tahun. Akan tetapi, ia juga boleh berlaku dikalangan orang dewasa. Terdapat beberapa simptom yang terhasil disebabkan jangkitan tonsil tersebut. Ia adalah:

Bagi bayi ataupun kanak-kanak kecil yang belum mampu bercakap dengan orang dewasa, simptom-simptom untuk tonsil bengkak adalah:

  • Kurang selera makan atau tidak mahu makan
  • Mood tidak baik dan asyik menangis sahaja
  • Demam yang tinggi
  • Air liur asyik meleleh


Periksa Simptom anda Di Sini

Individu Berisiko

Tonsil bengkak mempunyai beberapa faktor risiko yang akan membuatkan seseorang itu senang menghadapi masalah ini. Perkara tersebut adalah:

  • Umur yang muda: Individu yang berumur daripada 5 hingga 14 tahun adalah mereka yang mudah menghadapi masalah tonsil bengkak ini. Ini kerana mereka sebelum ini tidak pernah terdedah dengan kuman tersebut. Bagi mereka yang sudah dewasa, mereka akan jarang menghadapi masalah ini kerana telah terdedah dan imun daripada kuman tersebut
  • Kawasan yang sesak: Kawasan yang mempunyai kepadatan orang yang tinggi akan memudahkan sesuatu kuman itu merebak daripada orang lain kepada orang lain. Sebagai contoh sekolah, pelajar sekolah yang tidak sihat masih ke sekolah dan akan menyebabkan kuman tersebut merebak kepada pelajar yang lain.

Punca Tonsil Bengkak

Punca utama masalah ini adalah disebabkan jangkitan kuman yang terdiri daripada jangkitan virus ataupun bakteria. Kawasan yang orang ramai dan juga nutrisi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang itu lebih mudah dan berisiko untuk menghadapi masalah jangkitan tonsil ini.

Terdapat beberapa jenis virus yang boleh menyebabkan perkara ini berlaku. Ia adalah:

  • Cytomegalovirus
  • Adenovirus
  • Epstein-Barr virus
  • Virus measles
  • Herpes simplex virus

Jangkitan bakteria yang teruk di bahagian tekak selalunya disebabkan jangkitan bakteria Streptococcus pyogenes. Selalunya jangkitan kuman jenis ini akan menyebabkan tonsil itu bengkak dan seolah-olah mengeluarkan nanah. Sebab itu tonsil tersebut akan kelihatan seperti ada tompok-tompok putih padanya.

Terdapat juga beberapa bakteria lain yang boleh menyebab masalah ini berlaku. Ia adalah:

  • Cornybacterium diphtheriae
  • Mycoplasma pneumoniae
  • Neisseria gonorrhea
punca tonsil bengkak

Penyakit lain yang mempunyai simptom yang sama

Terdapat beberapa penyakit lain yang boleh menyebabkan simptom yang sama seperti:

Kanser TekakGERD
Kanser TonsilKanser Limfoma

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Bilakah pesakit perlu pergi ke klinik?

Jika pesakit mengalami simptom seperti, pesakit perlulah dibawa ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan. Simptom tersebut adalah:

  • Kurang makan dan minum
  • Sesak nafas
  • Demam masih tidak baik setelah 3 hari
  • Demam yang tinggi
  • Muntah dan cirit birit
  • Pesakit kelihatan terlalu letih

Rawatan Tonsil Bengkak

Bagi pesakit yang tidak terlalu teruk, mereka masih boleh dirawat dirumah.

Rawatan Di Rumah

Terdapat beberapa perkara yang boleh dibuat untuk merawat pesakit ketika dirumah. Perkara tersebut adalah:

  • Mendapatkan rehat yang mencukupo
  • Perlu mengambil air secukupnya
  • Pelembab udara iaitu ‘Air humidifier’ boleh digunakan untuk melembabkan udara di dalam rumah. Ia penting untuk memberi keselesaan kepada tekak pesakit
  • Air garam boleh digunakan untuk mengurangkan sakit tekak. Pesakit perlu kumur air garam tersebut dibahagian tekak
  • Jika sakit tekak itu terlalu teruk, pesakit boleh mengambil ubat tahan sakit ataupun ubat demam untuk mengurangkan sakit tersebut.

Penggunaan antibiotik

Hanya pesakit yang disyaki mengalami jangkitan bakteria sahaja perlu mengambil antibiotik. Seperti yang diterangkan diatas, kebanyakan sakit tekak adalah disebabkan jangkitan virus dan ia akan baik dengan sendirinya selepas badan membina sistem imun melawan virus tersebut.

Terdapat beberapa tanda yang menunjukkan jangkitan tonsil itu disebabkan jangkitan bakteria. Ia adalah:

  • Tonsil yang mempunyai tompok putih diatas tonsil tersebut
  • Kalenjar limfa bengkak dibahagian leher
  • Demam yang tinggi(lebih daripada 38.5 darjah celcius)
  • Sel darah putih yang tinggi

Pesakit yang mempunyai tanda-tanda ini selalunya disebabkan jangkitan bakteria dan perlu dirawat dengan antibiotik

Pembedahan

Pembedahan hanya akan dilakukan jika pesakit kerap mengalami tonsil bengkak. Selalunya ia dibuat ketika mana pesakit tidak mengalami jangkitan tonsil. Jika pesakit kerap mengalami tonsil bengkak seperti dibawah, pesakit disyorkan untuk melakukan pembedahan buang tonsil(tonsilectomy). Ia adalah:

  • Tonsil bengkak berlaku 7 kali dalam setahun
  • Tonsil bengkak berlaku 4 hingga 5 kali setahun dalam masa 2 tahun
  • Tonsil bengkak berlaku 3 kali setahun dalam masa 3 tahun

Selain daripada itu, terdapat sebab lain yang memerlukan pembedahan ini perlu dilakukan. Ia adalah:

  • Pesakit mengalami masalah susah bernafas
  • Pesakit mengalami masalah susah menelan
  • Saluran pernafasan tersumbat ketika tidur(Obstructive sleep apnea)
  • Nanah pada tonsil yang tidak sembuh selepas pengambilan antibiotik.

Periksa Simptom anda Di Sini



Masalah mulut yang lain

Mulut BerbauKanser Gusi
Lidah PendekTonsil Bengkak
Kanser TekakKanser Tonsil
Hilang SuaraHilang Deria
Masalah BruxismRanula

Rujukan:

  1. Stelter K. Tonsillitis and sore throat in children. GMS Curr Top Otorhinolaryngol Head Neck Surg. 2014. 13:Doc07.
  2. Shulman ST, Bisno AL, Clegg HW, Gerber MA, Kaplan EL, Lee G, et al. Clinical practice guideline for the diagnosis and management of group A streptococcal pharyngitis: 2012 update by the Infectious Diseases Society of America. Clin Infect Dis. 2012 Nov 15. 55 (10):e86-102
  3. Herzon FS. Harris P. Mosher Award thesis. Peritonsillar abscess: incidence, current management practices, and a proposal for treatment guidelines. Laryngoscope. 1995 Aug. 105(8 Pt 3 Suppl 74):1-17.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 + fourteen =