Skip to content

10 Cara Hilangkan Migrain dengan Mudah

Bagaimanakah cara untuk hilangkan migrain? Artikel ini akan membincangkan beberapa cara yang mudah dan anda boleh ikut untuk hilangkan atau mengurangkan rasa migrain tersebut.

Migrain bukan sejenis sakit kepala yang biasa dialami. Jika anda mengalami migrain, anda akan merasai sakit kepala yang berdenyut denyut, loya, muntah dan anda akan menjadi sangat sensitif terhadap cahaya dan bunyi. Apabila migrain menyerang, anda akan melakukan apa sahaja bagi melegakannya.

Selain daripada penggunaan ubatan, anda juga boleh memilih untuk merawat migrain dengan bahan dan cara semula jadi. Anda boleh melakukannya dirumah untuk mencegah serangan migraine dan juga mengurangkan kadar kesakitan serta tempoh waktu serangan.



Namun begitu, harus diingat, serangan migrain yang serius memerlukan pemerhatian dan rawatan daripada doktor dan juga penggunaan ubatan.

1. Pilih diet yang sesuai

Diet memainkan peranan yang penting bagi mencegah serangan migrain. Terdapat beberapa jenis makanan dan minuman yang boleh mencegah serangan sakit kepala ini. Contohnya:

  • Makanan yang mengandungi kandungan nitrate yang tinggi seperti sosej, daging proses, bacon
  • Coklat
  • Keju yang mengandungi tyramine seperti Parmesa, cheddar, swiss, feta
  • Alkohol terutamanya wine merah
  • Makanan yang mengandungi banyak monosodium glutamate iaitu perasa makanan
  • Makanan yang terlampau sejuk seperti aiskrim atau minuman ais
  • Makanan segera
  • Makanan jeruk
  • Kekacang
  • Produk tenusu seperti susu mentega, krim masam dan yogurt
  • Buahan kering

Kafein dalam jumlah yang sedikit boleh melegakan migraine bagi sesetengah orang. Kafein juga terkandung dalam sesetengah ubatan migraine. Namun begitu, kafein yang berlebihan boleh mencetuskan serangan migraine.

2. Sapukan minyak lavender

Menurut kajian, minyak lavender dapat membantu mengurangkan simptom serangan migraine. Anda boleh menitiskan beberapa titis minyak lavender ke dalam air dan menyemburkannya pada muka setiap beberapa jam. Anda juga boleh menyapu  minyak lavender ke bahagian tepi kening dan dahi. Seterusnya, lakukan urutan secara perlahan lahan.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

3. Amalkan senaman regangan dan yoga

Senaman yoga dapat membantu meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan ketegangan otot, membantu pesakit migraine. Kajian membandingkan pesakit migraine yang mengambil ubatan sahaja dengan pesakit yang mengambil ubatan serta yoga. Mereka mendapati bahawa pesakit yang turut mengamalkan yoga mendapat kelegaan yang lebih cepat daripada migraine berbanding pesakit yang hanya mengambil ubatan.

4. Urutan pada leher



Urutan secara perlahan lahan pada kawasan otot di bahagian leher dan bahu boleh mengurangkan tekanan dan mengurangkan sakit daripada serangan migraine. Ururtan juga boleh membantu menghilangkan tekanan.

5. Mengawal stres dengan baik

Tekanan merupakan antara punca utama pencetus migraine. Cari cara yang baik bagi mengawal tekanan anda seperti dengan menulis journal, bersenam, bermeditasi boleh membantu mengurangkan kekerapan dan mencegah serangan migraine. Anda juga boleh mendengar musik ataupun berehat bersama keluarga bagi meredakan tekanan yang dialami.

6. Pengambilan makanan tambahan mengandungi magnesium

Kajian mendapati bahawa kekurangan mineral seperti magnesium boleh mencetuskan serangan migraine. Ia juga boleh menyebabkan aura iaitu gangguan penglihatan yang dialami sejurus sebelum serangan migraine berlaku. Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan suplemen mengandungi magnesium dapat membantu mengurangkan kekerapan serangan migraine.

7. Pengambilan vitamin B kompleks

Vitamin B berfungsi mengawal neurotransmitter iaitu sejenis protein dalam otak dan badan yang mengawal respons. Ia juga dapat membantu mengurangkan keterukan dan kekerapan serangan migraine.

8. Amalkan pengambilan air yang secukupnya

Kurang minum air dan dehidrasi juga dikaji sebagai salah satu punca tercetusnya serangan sakit kepala dan migraine. Pastikan anda mengambil jumlah air yang secukupnya setiap hati iaitu sebanyak 1 liter atau 8 gelas air. Mereka yang mengalami kadar dehidrasi yang teruk memerlukan larutan air garam bagi menggantikan elektrolit dalam badan yang hilang.

9. Dapatkan rehat yang secukupnya

Kekurangan tidur dan rehat juga boleh mencetuskan serangan migraine. Pastikan anda mendapat sekurang kurangnya sebanyak 6 jam setiap malam bagi merehatkan badan dan otak, mengurangkan stres serta mencegah serangan migraine. Jika anda sering berjaga lewat malam bagi menyiapkan kerja, cuba tukar jadual tidur anda dan amalkan tidur lebih awal. Keesokan paginya, anda boleh bangun sekitar jam 5 pagi bagi menyambung tugasan anda.

10. Tuam dahi dan kawasan mata

Sesetengah orang mendapati apabila mereka menuam menggunakan tuala hangat ataupun sejuk pada bahagian kepala, ia dapat melegakan dan membantu mengurangkan sakit kepala migraine. Anda juga boleh meletakkan tuala hangat dan sejuk sekitar kawasan mata bagi melancarkan peredaran darah serta mengurangkan sakit. Pastikan anda membasahkan tuala dengan air suam bukannya air panas kerana ia boleh menyebabkan lecuran.

Namun begitu, pastikan anda berjumpa dengan doktor terlebih dahulu bagi mendapat pemeriksaan lanjut mengenai keadaan anda. Anda juga boleh mendapatkan ubatan daripada doktor sekiranya tips di atas kurang berkesan.



Diharap artikel cara hilangkan migrain ini dapat membantu anda ketika anda menghadapi masalah ini.

Rujukan:

  1. How to Get Rid of Migraines – Healthline
  2. What are some tips for instant migraine relief? – Medical News Today
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ten + twelve =