Skip to content

10 Cara Untuk Hilangkan Rasa Mengantuk

Bagaimanakah cara untuk hilangkan cara mengantuk yang melampau? Artikel ini akan membincangkan beberapa cara untuk anda amalkan bagi menghilangkan rasa mengantuk

Bekerja di pejabat semestinya suatu perkara yang tidak mencabar, terutamanya jika anda sudah bekerja lama dan mempunyai rutin yang sama hampir setiap hari. Anda akan rasa mengantuk sebelum tengahari dan menyebabkan kerja serta prestasi anda terganggu. Jika anda memandu, pastinya mengantuk boleh membahayakan nyawa anda. Berikut merupakan cara dan tips yang boleh diamalkan bagi membantu untuk hilangkan rasa mengantuk.

1. Pengambilan kafein

Tips ini diamalkan oleh kebanyakan orang. Jika anda berasa lemau dan tidak bersemangat di waktu pagi, seteguk kafein adalah tenaga yang anda perlukan bagi membantu anda bekerja. Kafein merupakan sejenis bahan perangsang, ia dapat meningkatkan daya fikir dan prestasi otak anda, dan juga membantu melawan mengantuk. Namun begitu, anda harus berhati hati untuk tidak mengambil kafein secara berlebihan kerana ia boleh menganggu daya tumpuan anda.



Sesetengah orang akan merasakan dadanya berdebar-debar ketika mengambil kafien. Ada juga mereka yang mengalami masalah gastrik ketika mengambil minuman ini.

2. Tidur sebentar

Kadang kadang, peluang untuk melelapkan mata selama 15 minit merupakan apa yang anda perlukan. Anda boleh meletakkan kepala anda di atas meja jika tiada bilik rehat disediakan di pejabat anda. Tidur sebentar selama 15 ke 30 minit bagi mengecas kembali tenaga anda sebelum memulakan kembali tugas pejabat anda.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

3. Lakukan regangan

Duduk terlalu lama di tempat anda boleh menyebabkan anda mudah mengantuk serta badan sakit. Beberapa ketika, bangun dari tempat duduk anda dan berjalan sebentar sekitar pejabat bagi melancarkan peredaran darah. Ia juga membantu menyegarkan fikiran anda dan membantu anda fokus dalam tugasan. Anda juga boleh melakukan regangan ringkas di tempat duduk bagi melancarkan peredaran darah ke otak dan tubuh badan.

4. Dengar musik yang rancak

Jika anda mengantuk di tempat kerja, suasana yang sunyi mungkin menyebabkan anda tertidur. Bagi membantu anda membangunkan otak, dengar lagu dengan muzik yang rancak. Elakkan dari mendengar lagu yang berentak perlahan kerana ia tidak merangsang daya fikiran dan akan menyebabkan anda lebih mengantuk.

5. Elakkan dari makan makanan berat

Jika anda sering mengantuk pada waktu petang, ia mungkin disebabkan oleh makanan tengahari anda yang terlampau berat. Elakkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula, soda ataupun karbohidrat seperti nasi dan pasta. Amalkan makanan tengahari yang ringan dan ringkas bagi membekalkan tenaga. Ambil lauk lauk, sayuran serta buahan sebagai pilihan makanan tengahari anda untuk mengalas perut anda.

6. Pastikan kawasan bekerja anda sesuai



Pastikan kawasan bekerja anda mendapat pencahayaan dan pengudaraan yang cukup. Buka tingkap bagi membenarkan udara segar dan cahaya matahari masuk. Cahaya matahari yang terang dapat meningkatkan daya tumpuan anda dan tenaga anda.

7. Basuh muka

Jika anda masih lagi mengantuk, cuci muka anda dengan air sejuk. Ini dapat membantu menyegarkan anda dan mengembalikan daya tumpuan anda. Anda juga boleh keluar sebentar bagi mengambil udara segar sebelum kembali bertugas di pejabat.

8. Kekal sibuk

Jika anda terlalu rileks dan hanya duduk tanpa melakukan kerja yang minima, anda mungkin memberi signal kepada otak bahawa anda sedang berehat. Namun begitu, anda boleh mengatasi masalah ini dengan melakukan kerja kerja ringan bagi mengekalkan daya tumpuan anda.

9. Minum air secukupnya

Kelesuan dan mengantuk merupakan salah satu tanda dehidrasi. Namun begitu, dehidrasi bukan sahaja melemahkan tenaga anda, malahan ia juga mengganggu fungsi kognitif otak, menyebabkan anda sukar bekerja. Dehidrasi menganggu ingatan, konsentrasi, kesediaan dan keupayaan otak. Pastikan anda meminum 8 gelas air setiap hari dan bawa air dalam botol dan letak di atas meja pejabat bagi mengingatkan anda untuk minum air.

10. Dapatkan tidur malam yang secukupnya

Tidur memainkan peranan penting dalam mood, emosi, daya tumpuan, motivasi dan ingatan anda. Tidur yang kurang atau tidak berkualiti akan menjejaskan prestasi anda di tempat kerja. Sediakan jadual tidur dan cuba untuk patuhinya. Dapatkan tidur sekurang kurangnya 6 jam setiap malam bagi memastikan anda dapat kekal cergas sepanjang hari esok. Jika anda sering berjaga lewat malam bagi menyiapkan tugasan, ubah cara kerja anda dengan tidur seawal jam 9 malam dan bangun sekitar jam 5 pagi bagi menyambung tugasan anda. Cara ini adalah lebih baik daripada berjaga lewat malam.

Diharapkan artikel cara untuk hilangkan rasa mengantuk ini dapat membantu para pembaca dalam menghadapi masalah ini.

Bacaan Tips yang lain:

Cara Hilangkan Kembung PerutCara Hilangkan Kutu Kucing
Cara Hilangkan Lenguh TanganCara Hilangkan Migrain
Cara Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah MataCara Hilangkan Gusi Bengkak
Cara Hilangkan Hidung TersumbatCara Hilangkan Jeragat
Cara Hilangkan Jerawat badanCara Hilangkan Panau
Cara Hilangkan Tahi LalatCara Hilangkan Sengugut
Cara Hilangkan KetuatCara Hilangkan Ulser Lidah
Cara Hilangkan Sakit TekakCara Hilangkan Parut Jerawat
Cara Hilangkan Sakit PinggangCara Hilangkan Sakit Tumit
Cara Hilangkan BatukCara Hilangkan Sakit Gigi
Cara Hilangkan KahakCara Hilangkan GERD
Cara Hilangkan Rasa MenangtukCara Hilangkan Kaki Bengkak
Cara Hilangkan StressCara Hilangkan Sakit Lutut
Cara Hilangkan Sakit KepalaCara Hilangkan Sedu
Cara Putihkan Gigi

Rujukan:



  1. A good night’s sleep. (2016) – National Institute of Health
  2. Bellum S. (2014). The buzz on caffeine. – Drug Abuse
  3. Caffeine for the sustainment of mental task performance: Formulations for military operations. (2001).
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × one =