Skip to content

10 Rawatan Kulit Kepala Kering di Rumah

Apakah rawatan jika anda mengalami masalah kulit kepala kering? Artikel ini akan membincangkan beberapa cara untuk anda lakukan di rumah bagi mengatasi masalah ini.

Jika anda mengalami kulit kepala yang gatal, kelemumur dan rambut gugur, ini mungkin merupakan tanda tanda kulit kepala kering. Punca kulit kepala kering banyak, namun ia paling kerap disebabkan oleh perubahan cuaca dan produk penjagaan rambut yang mengandungi bahan kasar.

Ia juga boleh terjadi sekiranya anda kurang minum air atau tidak membasuh rambut. Penyakit kulit seperti ekzema dan psoriasis juga boleh menyebabkan masalah ini berlaku:

Rawatan Kulit Kepala Kering



Berikut merupakan langkah merawatnya:

1. Minyak kelapa

Minyak kelapa sudah lama digunakan sejak turun temurun bagi kesihatan kulit termasuk kulit kepala. Ia melembapkan kulit kepala dan mempunyai sifat anti kulat dan anti bakteria yang mengurangkan risiko jangkitan. Ia juga boleh merawat atopik dermatitis.

Sapukan sedikit jumlah minyak kelapa ke atas kulit kepala dan urut selama 10 minit. Biarkan seketika. Kemudian basuh rambut anda. Rambut akan menjadi lembut beralun.

2. Minyak tea tree



Minyak tea tree mengandungi fungsi antiseptik, anti kulat dan antibiotik  yang boleh melegakan kulit kepala kering. Banyak syampu kelemumur mempunyai bahan ini. 

Anda boleh menggunakan produk rambut yang sudah mengandungi minyak tea tree ataupun mencampurkan minyak tea tree dalam minyak lain seperti minyak kelapa dan mengurut pada kulit kepala. Biarkan selama 10 minit dan bilas.

3. Aloe vera

Aloe vera mempunyai fungsi anti radang yang membantu mengurangkan iritasi pada kulit dan boleh dijadikan sebagai pelembap.

Sapukan gel aloe vera pada kulit kepala dan biarkan selama 10 minit sebelum membilasnya. Selain itu, anda juga boleh mengambil aloe vera sebagai suplemen ataupun meminum jusnya.

4. Cuka epal sider

Cuka epal sider mempunyai banyak kebaikan yang membantu mengurangkan kulit kepala kering. Ia mempunyai fungsi anti mikrobial yang bermaksud ia boleh membunuh bakteria atau kulat yang menyebabkan kulit kepala gatal. Ia juga bersifat anti radang dan membantu membersihkan kulit kepala secara dalam bagi merawat kulit kepala kering.

Campurkan cuka epal sider dengan air dan ratakan pada permukaan kulit kepala, biarkan selama 5 minit sebelum membilasnya.



5. Witch hazel

Witch hazel sering diiklankan sebagai produk untuk kulit sensitif dan kering dan secara turun temurun telah digunakan dalam ubatan herba. Ia digunakan untuk mengurangkan keradangan yang terjadi kerana kulit kepala kering. Ia juga merupakan sejenis astrigen yang menyejukkan kulit kepala.

Campurkan witch hazel dengan air ataupun minyak kelapa atau zaitun. Lumurkan  pada kulit kepala dan biarkan selama 5 minit sebelum membilas rambut.

6. Serbuk penaik dan minyak zaitun

Minyak zaitun mempunyai fungsi melembapkan dan serbuk penaik mempunyai fungsi anti kulat dan anti bakteria. Dua bahan ini boleh digunakan bersama untuk membersih kulit kepala secara mendalam. Ia juga bagus sekiranya anda mempunyai kelemumur dan kulit kepala kering. Mereka melembapkan, membersihkan dan mencegah jangkitan kulat yang boleh merawat kelemumur.

Campurkan dua bahan ini dan lumurkan pada kulit kepala. Biarkan selama 5 minit sebelum membilasnya dengan syampu dan perapi rambut.

7. Pisang yang dilenyek

Pisang mempunyai sifat yang melembapkan dan melembutkan, menjadikannya satu rawatan yang bagus untuk kulit kepala kering dan kelemumur. Selain melembapkan, ia juga mempunyai ciri ciri anti bakteria. Ia bagus untuk membantu masalah kulit kepala kering,



Lenyekkan pisang dengan beberapa sudu minyak kelapa atau minyak zaitun. Anda juga boleh mengisarnya. Urut pada kulit kepala dan biarkan selama 10 hingga 15 minit sebelum membilasnya.

8. Yogurt dan telur

Campurannya mungkin agak pelik namun kedua bahan ini mempunyai kebaikan untuk membersih kulit kepala secara dalam. Yogurt melembutkan kulit kepala dan melegakan kulit kering manakala kandungan lemak dan protein dalam telur bagi melindungi kulit kepala dari radikal bebas.

Gunakan yogurt kosong tanpa perisa dan campuran gula dan campurkan dengan sebiji telur. Urut pada kulit kepala dan rambut. Biarkan selama 10 minit sebelum membilasnya. Bilas dengan air sejuk atau air suam.

9. Minyak jojoba

Seperti minyak kepala, minyak jojoba juga merupakan pelembap yang bagus untuk melegakan kulit kepala yang kering. Ia juga mempunyai fungsi anti radang yang boleh merawat keadaan kulit kepala.

Tambahkan beberapa titis minyak jojoba kedalam syampu anda. Ini membantu melembapkan kulit kepala.

10. Avokado



Avocado mengandungi lemak tidak tepu yang membantu melembapkan dan melindungi kulit kepala. Anda boleh memakannya ataupun melumurkan avocado atau minyak avocado bagi melegakan kulit kepala kering.

Kisarkan buah avokado dengan minyak zaitun sebelum melumurkannya pada kulit kepala. Biarkan selama 10 hingga 15 minit sebelum membilasnya.

Rujukan:

  1. Home Remedies for Dry Scalp – Healthline
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fifteen + fifteen =