Doktor di bandar Gurugram, India telah melaporkan satu kes yang jarang berlaku dimana seorang budak perempuan berumur 8 tahun telah disahkan mempunyai 100 telur cacing pita di dalam otaknya. Walaupun sekarang kanak-kanak tersebut telah bebas daripada parasit tersebut, tetapi dia telah melalui satu keadaan yang trauma selama bulan.
Kanak-kanak perempuan tersebut mengalami sakit kepala yang teruk berserta sawan yang berpanjangan sehingga mana dia memerlukan pengambilan steroid untuk mengecutkan cyst yang wujud di dalam otak pesakit. Ubat steroid tersebut telah menyebabkan peningkatan berat badan yang tidk sihat iaitu daripada 40kg kepada 60kg. Dia juga mengalami masalah pernafasan dan masalah bila berjalan. Disebabkan keadaan yang tidak menjadi lebih baik, doktor membuat lagi sekali CT-scan dan telah menemui perkara yang sangat jarang berlaku.
Dr Praveen Gupta menyatakan kepada pemberita Times of India “Imbasan CT tersebut menunjukkan terdapat lebih kurang 100 titik putih yang terbentuk disebabkan telur cacing pita,”Dr Praveen merupakan pengarah bahagian neurologi di Hospital Artemis. “Jangkitan tersebut berlaku disebabkan pengambilan makanan yang tercemar dengan cacing pita. Apabila telur telah sampai ke bahagian otak, ia dipanggil sebagai penyakit neurocysticercosis, dimana pesakit akan mengalami sakit kepala yang teruk, sawan dan juga kekeliruan”.
Contoh gambar otak yang mengalami Neurocysticercosis (Sumber: UCSD Guardian)
Kanak-kanak tersebut dirawat menggunakan ubat anti-helmintic(salah satu ubat cacing) untuk membunuh parasit cacing pita tersebut. Dia terpaksa menerima ubat steroid lagi sekali untuk mengurangkan keradangan dikawasan otak. Kanak-kanak tersebut sekarang telah balik kepada keadaan asalnya. Dia boleh berjalan dan belajar seperti biasa.
Neurocysticercosis adalah salah satu penyakit yang jarang berlaku dan ia disebabkan satu species parasit bernama Taenia solium iaitu cacing pita. Telur cacing pita akan menetas di dalam usus dimana ia boleh membiak dan pergi ke bahagian otak. Diagnosis untuk mengesahkan masalah ini adalah susah kerana simptom yang ditunjukkan oleh pesakit akan seolah-olah sama seperti simptom penyakit yang lain
Oleh itu, dinasihatkan kepada orang awam untuk benar-benar membasuh makanan yang ingin dimasak terlebih dahulu dan makanan tersebut hendaklah dimasak secukupnya agar telur cacing tersebut dapat dibunuh dan tidak menyebabkan kecacingan.