Skip to content

Demam Denggi: Punca, Simptom dan Cara Rawatan

Demam denggi adalah berpunca daripada jangkitan virus denggi. Ia dibawa dan disebarkan melalui gigitan nyamuk. Penyakit ini sangat kerap berlaku di Malaysia.

Virus denggi terdapat di dalam kumpulan flavivirus dan ia mempunyai 4 jenis serotype. Nyamuk atau vektor yang menyebarkan virus ini pula terdiri daripada 2 jenis spesies nyamuk Aedes iaitu Aedes aegypti dan juga Aedes albopticus.

Kedua spesies ini mempunyai habitat yang spesifik. Sebagai contoh Aedes albopticus selalunya suka bertelur dan membiak di luar persekitaran rumah. Berbanding dengan Aedes aegypti, mereka suka bertelur dan membiak di dalam rumah.



Aedes aegypti lebih mudah terganggu apabila ia sedang menghisap darah. Apabila ia terganggu, ia akan melapaskan gigitannya dan menggigit orang lain pula. ini menyebabkan ia lebih mudah menyebarkan virus denggi ini.

Nyamuk aedes suka membiak dikawasan subtropika dan tropika seperti di Malaysia menyebabkan demam denggi mudah berlaku di kawasan kita. Perlu diketahui bahawa demam denggi kali kedua selalunya menyebabkan keadaan yang lebih teruk berbanding demam denggi yang pertama.

Punca demam denggi

Penyakit ini berpunca daripada virus denggi iaitu salah satu jenis virus dalam keluarga flavivirus. Ia dibawa oleh nyamuk Aedes iaitu Aedes aegypti dan Aedes albopticus.

Darah merupakan salah satu komponen utama untuk menghasilkan telur bagi nyamuk betina kerana ia mengandungi protein. Disebabkan itu, nyamuk yang selalunya menggigit manusia dan menyebarkan virus denggi ini adalah nyamuk betina.

Cadangan termometer yang bagus

Apakah simptom demam denggi?



Kebanyakkan tanda tanda demam denggi adalah sama seperti demam virus yang lain. Oleh itu, penyakit ini hanya boleh disahkan dengan pengambilan darah pesakit.

Terdapat beberapa simptom yang selalu dialami oleh mereka yang menghidapi demam denggi. Ia adalah:

Bagi pesakit yang mempunyai tanda-tanda ini, mereka perlulah pergi berjumpa dengan doktor kerana keadaan mereka mungkin akan menjadi lebih teruk. Simptom tersebut adalah:

Periksa Simptom anda Di Sini

Cadangan termometer yang bagus

Beberapa simptom yang mungkin dihadapi oleh mereka yang menghadapi demam denggi

Bagi kanak-kanak terdapat beberapa simptom lain yang perlu diberi perhatian. Jika anak anda mengalami simptom ini ketika demam denggi, anda perlulah membawanya segera ke hospital. Ia adalah:

  • Kurang kencing ataupun dalam masa 6 jam tidak kencing langsung
  • Tidak aktif sepanjang hari
  • Muka menjadi pucat
  • Bernafas laju
  • Kurang pengambilan air minum ataupun kurang makan

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Komplikasi

Ada beberapa komplikasi yang mungkin berlaku ketika seseorang itu menghidapi demam denggi. Walaupun ia tidak selalu berlaku, tetapi keadaan itu mungkin boleh menyebabkan kematian jika ianya berlaku. Komplikasi tersebut adalah:

  • Masalah pada otot jantung(cardiomyopathy)
  • Keradangan hati disebabkan jangkitan virus denggi(hepatitis)
  • Keradangan otak disebabkan jangkitan virus denggi(encephalitis)
  • Pendarahan dalam badan atau lebih dikenali sebagai demam denggi berdarah
  • Paru-paru berair

Ujian untuk mengesan penyakit ini

Disebabkan simptom demam denggi adalah sama seperti demam-demam yang lain, oleh itu pengesahan demam denggi perlu dibuat dengan melakukan ujian darah.



1. Ujian ‘Dengue Rapid Test’

Demam denggi sangat mudah dikesan dengan menggunakan ujian ini. Ini kerana ia memerlukan 15 minit sahaja untuk mengetahui keputusan sama ada seseorang itu mempunyai demam denggi ataupun tidak.

Perlu diketahui bahawa ujian ini akan mengesan Antigen Ns1 yang berada pada permukaan virus ataupun mengesan Antibodi jenis IgM yang berfungsi untuk membunuh virus denggi. Jika ianya positif sama ada Ns1 ataupun IgM, pesakit akan disahkan mengalami demam denggi.

2. Ujian Full blood count

Ujian ini adalah bertujuan untuk melihat bilangan sel darah putih dan juga platlet. Selalunya dalam penyakit demam denggi bacaan platlet dan bacaan sel darah merah akan semakin berkurang.

Selain daripada melihat bilangan sel darah, ia juga boleh melihat kepekatan dalam darah. Jika kepekatan darah terlalu tinggi, pesakit perlu dimasukkan ke dalam hospital kerana ia boleh merosakkan dinding saluran darah dan menyebabkan pendarahan berlaku.

3. Ujian untuk melihat fungsi hati(Liver function test)

Terdapat beberapa pesakit yang mungkin akan mengalami komplikasi pada hatinya. Oleh itu, pengambilan darah untuk mengetahui fungsi hati seseorang pesakit demam denggi adalah penting terutamanya pesakit yang berada di dalam keadaan yang teruk.

Rawatan Demam Denggi

Pesakit selalunya akan diberi rawatan sokongan iaitu jika air berkurangan dalam badan, pesakit akan diberi air, jika pendarahan berlaku, darah akan diberikan kepada pesakit dan sebagainya.

Belum lagi dijumpai ubat yang boleh digunakan untuk menyembuhkan mereka yang mengalami demam denggi.

1. Pengambilan air yang banyak

Pesakit yang dirawat dirumah perlulah mengambil air dalam kuantiti yang banyak untuk mengelakkan diri daripada kekeringan.



Jika pesakit nampak kekeringan ataupun tidak mampu menelan disebabkan muntah yang teruk, pesakit akan diberikan air melalui jarum terus ke dalam salur darah.

Kekeringan dalam badan pesakit demam denggi juga boleh menyebabkan kepekatan darah meningkat dan pendarahan dalam badan

Tiga perkara yang menjadi punca kekurangan air dalam badan pesakit demam denggi adalah:

  • Suhu demam yang tinggi
  • Muntah dan cirit-birit
  • Penambahan ketelapan dinding salur darah yang bertambah. Ini disebabkan demam denggi itu sendiri. Air secara automatik akan keluar daripada salur darah ke tisu sekeliling menyebabkan kepekatan darah semakin meningkat.

Kepekatan dalam darah yang meningkat ini akan menyebabkan ada sesetengah sel darah merah tidak mampu membawa oksigen.

Ini menyebabkan ada dinding sel darah merah kekurangan oksigen dan mati. Perkara ini akan merosakkan dinding salur darah dan pendarahan pun akan berlaku.

2. Transfusi darah

Jika pesakit disyaki mengalami pendarahan dalam badan, pesakit akan diberi darah untuk menggantikan darah yang hilang. Ianya penting untuk mengekalkan jumlah darah di dalam badan kerana badan memerlukan sel darah merah untuk membawa oksigen.

Cadangan termometer yang bagus

Demam denggi ke-2 boleh menyebabkan keadaan yang lebih teruk kepada pesakit

Seperti yang dikatakan di atas, virus denggi mempunyai 4 jenis serotype yang berbeza. Serotype yang berbeza mempunyai Antigen yang berbeza.

Antigen adalah struktur yang terletak diluar permukaan bakteria, virus, kulat dan kuman yang lain. Ia berfungsi seperti Kad Pengenalan iaitu sel darah putih dapat memastikan bahawa bahan tersebut daripada luar badan ataupun tidak.



Jika ia daripada luar badan, sel darah putih akan memakan benda tersebut dan menghasilkan antibodi untuk membunuh kuman itu.

Bagi kes demam denggi kali ke-2 pula, sel badan akan menghasilkan antibodi sama seperti antibodi ketika melawan virus denggi yang pertama. Ini menyebabkan antibodi yang terhasil itu tidak dapat melumpuhkan virus tersebut.

Virus tersebut masih berleluasa dan menyebakan pesakit menjadi semakin teruk. Tindak balas ini dipanggil sebagai Antibody-dependant Enhancement.

Iaitu Antibodi yang dihasilkan oleh badan itu menyebabkan virus lebih mudah membiak dan menyebabkan keadaan pesakit menjadi lebih serius.

Bacaan platlet dan sel darah putih yang menurun

Virus denggi ketika memasuki saluran darah, ia akan menjangkiti sel yang menghasilkan sel darah putih dan platlet. Disebabkan perkara itu, pesakit yang mengalami demam denggi selalunya akan mempunyai bacaan sel darah putih dan sel darah merah yang rendah.

Bahkan, ia juga akan menyebabkan sel darah putih keliru dan menganggap platlet seperti bendasing. Ini menyebabkan platlet dimakan oleh sel darah putih dan bilangannya pun menurun.

Sel darah putih berfungsi sebagai sistem imun dan melindungi badan daripada jangkitan kuman ataupun benda asing

Platlet pula berfungsi untuk pembekuan darah.

Fasa Demam denggi

Demam denggi mempunyai fasa yang berlainan. Ia adalah penting kerana rawatan dan penjagaan bagi setiap fasa adalah berlainan. Oleh yang demikian, rawatan yang tepat dapat dilakukan ke atas pesakit.

1. Fasa demam (febrile Phase)

Pesakit akan demam dan suhu badan selalunya melebihi 38 darjah celcius. Pada waktu ini juga selalunya pesakit akan mengalami dehidrasi kerana suhu yang tinggi.



Disamping itu, muntah dan cirit-birit juga akan menyebabkan seseorang itu mengalami dehidrasi dan memerlukan air yang lebih daripada biasa.

Selalunya fasa ini akan berlaku lebih kurang dalam 3-5 hari.

2. Fasa Kritikal(Critical phase)

Mungkin ada yang merasakan jika demam seseorang itu sudah pulih, maka pesakit itu akan semakin sihat. Tidak pula bagi penyakit demam denggi. Keadaan pesakit selalunya akan menjadi lebih kritikal pada ketika ini.

Pada fasa ini dinding saluran darah menjadi lebih telap kepada air menyebabkan air banyak keluar daripada salur darah. Perkara ini akan menyebabkan kepatan darah meningkat.

Kepekatan darah yang semakin meningkat pula boleh merosakkan salur darah di merata tempat dalam badan. Ini boleh menyebabkan pendarahan yang teruk dalam badan.

Fasa ini selalunya berlaku lebih kurang 2 hari. Selepas daripada itu, pesakit akan masuk fasa pemulihan

3. Fasa Pemulihan (Recovery phase)

Selepas 48 jam baik daripada demam, pesakit akan memasuki fasa pemulihan. Dinding saluran darah akan menjadi normal semula dan air akan mula memasuki saluran darah semula.

Jika air yang diberi melalui saluran darah tidak dikawal dengan betul pada ketika ini, ia boleh menyebabkan pemberian air yang terlebih ‘Fluid OVerload‘. Perkara ini boleh menyebabkan paru-paru seseorang dimasuki air.



Penyakit lain yang berkaitan

Terdapat beberapa penyakit lain yang mungkin menunjukkan tanda-tanda yang sama dengan denggi. Penyakit tersebut adalah:

  • Demam malaria
  • Demam kuning(African yellow fever)
  • Jangkitan virus Chikungunya
  • Demam Scarlet(Scarlet fever)
  • Demam disebabkan jangkitan virus zika
  • Kencing tikus

Habitat Nyamuk di Kawasan Rumah

Salah satu cara yang paling berkesan untuk mengelakkan penyakit demam denggi ini adalah dengan menghapuskan tempat pembiakannya.

Nyamuk Aedes ini suka bertelur di dalam air yang jernih, tidak keruh, dan tidak bergerak.

Tempat-tempat yang kecil walaupun air yang bertakung sedikit sahaja, nyamuk ini masih boleh bertelur di dalam itu dan jentik-jentik itu boleh membesar menjadi nyamuk dewasa.

Beberapa tempat yang selalu menjadi tempat nyamuk bertelur adalah:

1. Longkang hujan (Gutter)

Longkang hujan dibahagian bumbung boleh tersumbat dengan daun-daun daripada pokok. Jika ia tersumbat, saluran air ini boleh menakung air dan menjadi habitat yang sesuai bagi nyamuk bertelur.

Cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan membersihkan sumbatan tersebut.

Jika tidak boleh, letakkan ubat nyamuk di dalam kawasan tersumbat itu secara berkala agar jentik-jentik tidak membiak di kawasan tersebut



2. Tempat pinggan mangkuk

Selalunya tempat pinggang mangkuk ini mempunyai bekas tadahan air dibawahnya.

Pinggang mangkuk yang baru sahaja dibasuh, airnya akan menitis dan masuk ke dalam bekas ini.

Jika air tersebut tidak kerap dibuang, maka ia akan memberi masa bagi nyamuk ini bertelur di dalam itu dan bertukar menjadi nyamuk dewasa.

Untuk mengatasi masalah ini, tidak perlu letakkan ubat nyamuk di dalam bekas tersebut sebab ia boleh mencemari pinggan mangkuk. Cuma kena kerap kosongkan air dalam bekas tersebut

3. Alas pasu

Bagi mereka yang rajin menanam bunga atau pokok, alas pasu anda mungkin akan menjadi salah satu habitat nyamuk ini kerana ia boleh menakung air.

Anda perlulah sentiasa membersihkan alas pasu tersebut dan pastikan ia tidak penuh dengan air

4. Kolam mandi

Terdapat rumah yang mempunyai kolam mandi di dalam tandasnya. Kolam ini perlulah sentiasa dimasukkan ubat jentik untuk mengelakkan pembiakan jentik

5. Baldi dan bekas air dalam tandas

Ini merupakan tempat yang selalu menjadi habitat kepada nyamuk ini. Jika anda asyik digigit nyamuk ketika di dalam tandas, anda boleh memeriksa kawasan-kawasan ini dan keringkan ia.

Jenis Demam yang Lain

Demam RuamDemam Campak
Demam KuningDemam Reumatik
Demam BerpanjanganDemam Malaria
Demam DenggiDemam Kepialu
Demam SawanDemam Virus

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Halstead SB. Dengue. Lancet. 2007 Nov 10. 370(9599):1644-52.
  2. Rothman AL, Ennis FA. Immunopathogenesis of Dengue hemorrhagic fever. Virology. 1999 Apr 25. 257(1):1-6.
  3. Clinical Practice Guideline, Management of Dengue Infection in Adult, Third Edition 2015, Malaysia Health Technology Assessment Section(MaHTAS), Ministry of Health Malaysia
  4. World Health Organization. Dengue and severe dengue fact sheet. WHO. April 2017; Accessed: September 28, 2017.
  5. Green S, Rothman A. Immunopathological mechanisms in dengue and dengue hemorrhagic fever. Curr Opin Infect Dis. 2006 Oct. 19(5):429-36.
  6. Halstead SB, Heinz FX, Barrett AD, Roehrig JT. Dengue virus: molecular basis of cell entry and pathogenesis, 25-27 June 2003, Vienna, Austria. Vaccine. 2005 Jan 4. 23(7):849-56
  7. Chen WS, Wong CH, Cillekens L. Dengue antibodies in a suburban community in Malaysia. Med J Malaysia. 2003 Mar. 58(1):142-3.

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

thirteen − eleven =