Skip to content

Bibir Kering: Punca, Simptom dan Rawatan

Bibir kering, merekah, mengelupas dan pecah merupakan salah satu masalah bibir. Bibir pecah boleh disebabkan oleh beberapa faktor iaitu cuaca, kurang minum air dan beberapa jenis penyakit. Masalah bibir pecah merupakan keadaan yang selalu berlaku pada kebanyakkan orang.

Namun sesetengah orang mungkin mengalami keadaan bibir pecah yang teruk yang dikenali sebagai cheilitis atau Xerostemia. Cheilitis boleh disebabkan oleh jangkitan kuman yang menyebabkan kulit bibir di bahagian hujung merekah/mengelupas.

Anda boleh merawat masalah bibir pecah dengan rawatan mudah dan membuat langkah pencegahan. Namun jika bibir anda menjadi semakin kering dan pecah, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor perubatan.

Simptom bibir pecah



Terdapat beberapa simptom bibir pecah, antaranya:

Periksa Simptom anda Di Sini

Apakah yang menyebabkan bibir anda pecah?

Bibir tidak mempunyai kalenjar minyak seperti yang terdapat di bahagian kulit yang lain. Oleh itu, bibir lebih cenderung mengalami masalah kering dan merekah. Kekurangan lembapan boleh mendorong kepada masalah kekeringan yang lebih teruk.

Ia mungkin disebabkan oleh sama ada perubahan cuaca atau kurangnya perhatian dalam penjagaan diri. Terlalu banyak terdedah dengan terik matahari juga boleh menyebabkan bibir menjadi lebih kering.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Faktor risiko bibir kering dan pecah

Setiap individu boleh mengalami bibir pecah terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah kulit kering. Mengambil sesetengah ubatan juga boleh meningkatkan risiko bibir pecah. Ubatan atau makanan tambahan yang boleh menyebabkan bibir pecah adalah:

  • Vitamin A
  • Retinoid
  • Lithium (selalunya digunakan untuk merawat penyakit bipolar)
  • Ubatan digunakan untuk terapi kimo


Individu yang mengalami dehidrasi atau kekurangan nutrient juga cenderung mengalami bibir pecah.

Beberapa jenis penyakit juga boleh menyebabkan bibir anda kering seperti:

  • Chelitis
  • Xerostemia
  • Penyakit automimun seperti Systemic lupus erythematosus, Scleroderma, Rheumatoid arthritis dan lain lain lagi

Bila perlu berjumpa dengan doktor?

1.Cheilitis

Jika masalah bibir kering dan pecah itu terlalu teruk dan tidak boleh dirawat dengan sendiri, maka anda perlulah berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar perkara tersebut. Masalah Cheilitis selalu dikaitkan dengan masalah bibir pecah yang teruk.

Masalah ini akan menyebabkan hujung bibir menjadi merekah dan pecah termasuk juga bahagian bibir yang lain.

Jika anda mengalami masalah ini, bibir anda akan kelihatan.

  • Berwarna merah jambu yang gelap
  • Mempunyai ulser yang banyak
  • Plak putih dibahagian permukaan bibir
  • Permukaan bibir yang berketul-ketul

Cheilitis selalu dikaitkan dengan jangkitan kuman dibahagian tersebut. Ia juga mungkin menandakan masalah keradangan yang lain seperti penyakit Crohn.

Trauma pada bahagian gigi ataupun penghasilan air liur yang banyak juga akan menyebabkan jangkitan kuman yang berakhir dengan bibir yang pecah



2. Xerostomia

Xerostomia adalah satu keadaan bibir kering dimana ia berpunca daripada penghasilan air liur yang kurang. Mereka yang mengalami masalah ini selalunya tidak akan menikmati makanan dengan seronok kerana air liur yang sedikit tidak dapat melarutkan makanan yang sedang dimakan.

Xerostemia adalah salah satu masalah yang mudah berlaku dan selalunya ia disebabkan ubat. Ia juga selalu berlaku pada golongan orang tua disebabkan mereka selalu mengambil pelbagai jenis ubat untuk masalah kesihatan mereka.

Masalah ini juga boleh berlaku pada mereka yang mengalami penyakit autoimun seperti Systemic Lupus Erythematosus, Rheumatoid arthritis, scleroderma dan banyak lagi.

Bagaimana cara untuk merawat dan mencegah bibir pecah?

Masalah ini sebenarnya boleh dirawat sendiri di rumah. Perkara utama yang harus dilakukan adalah memastikan bibir anda cukup lembap. Ini boleh dilakukan dengan:

  • Menyapu bam pelembap pada bibir sepanjang hari.
  • Minum air lebih banyak.
  • Mengelakkan cuaca/persekitaran sejuk atau menutup mulut anda dengan kain/penutup.

Cahaya matahari juga boleh menyebabkan bibir pecah. Anda boleh menggunakan bam pelembap bibir yang mengandungi sekurangnya SPF 15 sebelum keluar dari rumah.

Tetapi jika bibir kering tersebut masih berterusan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.

Periksa Simptom anda Di Sini



Pelembab bibir yang dicadangkan:

Rujukan:

  1. Mayo Clinic Staff. (2017). Dehydration.
  2. Devani A. (2007, June). Answer:Can you identify this condition?
  3. Gavin ML. (2012). Hunger andmalnutrition – Kidshealth
  4. Gibson LE. (2016). Chapped lips:What’s the best remedy?– Mayoclinic
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

13 − 4 =