Skip to content

Anda berisiko untuk cepat mati jika anda banyak tidur

Orang dewasa yang tidur lebih daripada waktu yang disyorkan untuk tidur mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat serangan sakit jantung dan juga mati. Dapatan ini daripada satu kajian yang terbaru. Tetapi anda perlu baca artikel ini sampai habis terlebih dahulu

Dalam kajian ini, ia melibatkan 117,000 orang dewasa yang berumur daripada 35 hingga 70 tahun. Kesemua peserta ini merangkumi 21 negara yang melalui susulan selama 9 tahun. Kajian ini telah diterbitkan didalam journal yang berkaitan dengan masalah jantung iaitu European Heart Journal.

Risiko untuk mendapat masalah jantung akan semakin meningkat jika seseorang itu tidur lebih lama:

  • Sebanyak 7.8 dalam 1000 orang mati adalah daripada kalangan mereka yang tidur diantara 6 hingga 8 jam berbanding
  • 8.4 dalam 1000 orang yang mati daripada mereka yang tidur selama 8 -9 jam,
  • 10.4 dalam 1000 orang daripada mereka yang tidur selama 9-10 jam dan ia meningkat kepada
  • 14.8 kematian dalam 1000 orang bagi mereka yang tidur melebihi 10 jam sehari.


Ia bermaksud kadar ini meningkat daripada 5%, 17% dan 41% ketika mana anda tidur semakin lama.

Para pengkaji menyatakan bahawa belum dapat dipastikan adakah benar tidur yang berlebihan itu menyebabkan penyakit tersebut berlaku ataupun masalah sakit jantung itu sendiri yang menyebabkan tidur peserta menjadi berlebihan.

Dalam kajian tersebut juga menyatakan bahawa mereka yang tidur waktu pagi dan tidur waktu malam melebihi 6 jam akan mempunyai risiko yang tinggi untuk menghadapi masalah tersebut kecuali jika mereka tidur malam kurang daripada 6 jam, golongan ini mempunyai risiko seperti biasa.

Seorang Professor Perubatan Jantung daripada Warwick University, Francesco Cappuccio menjelaskan bahawa ” Bukan disebabkan tidur yang panjang itu menjadi punca kepada kematian ataupun penyakit tersebut,” Tetapi masalah kesihatan itu yang menyebabkan waktu tidur mereka bertambah”.

ARTIKEL BERKAITAN: SAKIT JANTUNG



Kesimpulan

Jika kita mengalami tidur yang panjang, ia mungkin petanda yang kita ini mengalami masalah kesihatan yang lain. Oleh itu, perlunya kita melakukan pemeriksaan berkala untuk masalah tidur yang dihadapi. Ujian tekanan darah dan gula yang berkala seperti setiap beberapa bulan adalah bagus untuk saringan bagi mengetahui kita mengalami masalah kesihatan ataupun tidak.

Rujukan:

Dominik Linz, Kadhim Kadhim, Jonathan M Kalman, R Doug McEvoy, Prashanthan Sanders; Sleep and cardiovascular risk: how much is too much of a good thing?, European Heart Journal, , ehy772, https://doi.org/10.1093/eurheartj/ehy772

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 + 8 =