Kejadian bunuh diri semakin meningkat di negara kita Malaysia. Mengikut satu kajian, kadar bunuh diri meningkat sebanyak 60% dalam waktu 45 tahun setelah negara kita merdeka.
Kajian terbaru ini pula memberikan kita salah satu penyelesaian yang mungkin akan membantu dalam menangani masalah bunuh diri ini.
Dalam kajian ini, pengkaji mendapati terdapat satu hubungan yang kuat di antara gaji minimum dan juga kadar bunuh diri yang berlaku di satu-satu negeri.
Kajian ini merupakan salah satu kajian yang menunjukkan pengurangan kemiskinan mampu menyelamatkan nyawa. Salah satu mesej yang selalunya tidak diendahkan oleh mereka yang membuat polisi.
Kajian ini telah dibuat di buat di amerika syarikat dimana mereka mengukur kadar kejadian bunuh diri sebelum kenaikan gaji minimum dan selepas kenaikan gaji tersebut.
Kajian dibuat oleh Dr John Kaufman daripada Universiti Emori pada 478 negeri termasuk Washington daripada tahun 1990 hingga tahun 2015.
Kajian ini telah diterbitkan dalam Journal of Epidemiology and Community Health dan mendapati kenaikan 1 dollar per jam akan mengurangkan risiko kejadian bunuh diri sebanyak 3.5%-6% dikalangan mereka yang berumur diantara 18-64 tahun.
Walaupun nampak bilangannya nampak kecil, tetapi John mendapati pada tahun 2009, kenaikan gaji sebanyak 2 dollar telah menyelamatkan lebih kurang 26,000 nyawa diantara tahun 2009 hingga tahun 2015
Walaubagaimanapun kajian ini lebih kepada pemerhatian(Observational studies) akan tetapi keterkaitannya masih lagi kuat. Perlu lebih banyak lagi kajian yang benar-benar kuat untuk membuktikan perkara ini.
Sebagai tambahan, kajian ini menunjukkan bahawa polisi yang dibuat untuk meningkatkan gaya hidup seseorang itu boleh mengurangkan risiko kemurungan kejadian membunuh diri.
Oleh itu, apa-apa polisi yang melibatkan peningkatan gaya hidup pada masyarakat sepatutnya perlulah diberi perhatian agar kejadian buruk seperti bunuh diri ini dapat dikurang.
Rujukan:
[show_more more=”Lihat” less=”Tutup”]- T. Maniam,1 Tian Po Oei ,and Ponnusamy Subramaniam. Suicide Attempts in Malaysia from the Year 1969 to 2011. https://doi.org/10.1155/2014/718367
- John A Kaufman1, Leslie K Salas-Hernández, Kelli A Komro, Melvin D Livingston. Effects of increased minimum wages by unemployment rate on suicide in the USA. http://dx.doi.org/10.1136/jech-2019-212981
- https://www.iflscience.com/health-and-medicine/want-to-prevent-suicide-raise-the-minimum-wage-study-suggests/