Kudis Buta (Scabies): Punca, Simptom dan Rawatan

Published by Dr Latif Saad on

Kudis buta merupakan penyakit yang selalu berlaku pada kanak-kanak. Dalam istilah perubatan ia dikenali sebagai Scabies. Ini adalah kerana penyakit ini adalah disebabkan satu parasit yang dinamakan sebagai Sarcoptes Scabiei.

Parasit ini akan tinggal dan bertelur dalam kulit pesakit. Kawasan kulit itu pula akan mengalami keradangan yang teruk dan pesakit akan mengalami kegatalan.

Parasit ini kerap berlaku pada kanak-kanak kerana pada umur ini mereka suka bermain tanah. Dilaporkan lebih 300 juta kes melibatkan masalah ini setiap tahun diseluruh dunia

Pesakit yang mempunyai masalah ini selalunya akan dikesan setelah beberapa minggu menghadapi kegatalan yang teruk. Ini kerana simptom yang dihadapi oleh pesakit ini mempunyai karakter yang sama dengan penyakit kulit yang lain.

Simptom Kudis Buta

Terdapat beberapa simptom dan tanda yang akan dialami oleh mereka yang mempunyai penyakit ini. Ia adalah:

  • Ruam pada pada beberapa kawasan badan
  • Kulit menjadi tebal dan kehitaman disebabkan keradangan yang kronik
  • Rasa gatal yang teruk. Ia akan membuat seseorang pesakit untuk sentiasa menggaru kawasan tersebut
  • Ruam tersebut mempunyai terowong kecil. Disitulah parasit scabies menetap

Ada beberapa kawasan tubuh yang suka didiami oleh parasit ini. Kawasan itu adalah:

  • Celah jari
  • Siku
  • Ketiak
  • Bahagian pergelangan tengan terutamanya bahagian bawha
  • Celah jari kaki
  • Di kawasan scrotum iaitu kulit dibahagian testis
  • Di kawasan sekeliling puting(bagi wanita)

Punca Kudis Buta

Masalah kudis ini berpunca daripada satu parasit iaitu Sarcoptes Scabies hominis. Parasit ini juga boleh menjangkiti haiwan perliharaan dan juga ternakan. Tetapi simptom kepada haiwan tersebut tidaklah seteruk yang berlaku pada manusia.

Bagaimana Kudis Buta menjangkiti orang lain?

Ia merebak kepada orang lain melalui sentuhan ataupun penggunaan barang-barang pesakit sebagai contoh tuala atau baju. Parasit yang berada pada barang-barang tersebut akan pergi ke orang lain yang menggunakan tuala atau baju pesakit.

Sebab itulah penyakit ini sangat mudah merebak di kawasan asrama sekolah kerana kebanyakan daripada pelajar suka menggunakan barang orang lain.

Kutu scabies akan mengorek bahagian luar kulit sahaja. Parasit ini hanya menghasilkan simptom setelah 10 minggu berada dallam kulit tersebut.

Sebab itulah, jika ia berlaku pada satu ahli dalam keluarga, maka seluruh isi rumah tersebut perlu menggunakan ubat yang sama walaupun pada ketika itu mereka tidak mempunyai apa-apa simptom.

Ini kerana seperti diatas, ia memerlukan 10 minggu untuk seseorang itu menghasilkan simptom

Faktor yang meningkatkan risiko Kudis Buta

Masalah kudis buta ini selalunya berlaku pada kanak-kanak dan juga mereka yang aktif melakukan seks pada mereka yang mempunyai penyakit ini.

Terdapat juga golongan yang akan mempunyai simptom yang lebih teruk daripada orang biasa. Golongan ini adalah golongan yang mempunyai masalah pada sistem imun mereka yang terdiri daripada pesakit kencing manis, kanser dan juga HIV.

Mereka yang mengalami masalah saraf dan juga kusta juga selalunya akan mengalami simptom yang teruk juga.

Terdapat beberapa faktor risiko yang akan memudahkan seseorang itu menghadapi masalah ini. Ia adalah:

  • Pendapatan isi rumah yang rendah
  • Keadaan rumah yang tidak terurus
  • Kanak-kanak
  • Tempat tinggal yang kecil dan berserta penghuni yang ramai
  • Berkongsi menggunakan barangan yang sama seperti tuala dan berus
  • Tidak selalu mandi

Penyakit lain yang menunjukkan simptom yang sama?

Ada beberapa penyakit lain yang menunjukkan simptom yang sama seperti masalah kudis buta ini. Penyakit tersebut adalah:

Apakah cara untuk mengesahkan penyakit ini?

Cara untuk mengesahkan penyakit ini hanya dengan melalui pemeriksaan fizikal.

Melihat daripada kawasan kulit yang mempunyai kudis tersebut berserta terowong yang terhasil daripada jangkitan parasit tersebut boleh menentukan seseorang itu mempunyai penyakit ini ataupun tidak.

Untuk ujian pengesahan, sampel daripada kulit boleh diambil untuk melihat kehadiran, telur, larva ataupun kutu itu sendiri.

Tetapi ujian ini tidak selalu dibuat kecuali diagnosis kepada penyakit ini diragui. Oleh itu, ujian pengesahan ini akan membantu dalam mengesan penyakit tersebut.

Rawatan Kudis Buta

Terdapat 2 jenis rawatan yang boleh dilakukan kepada pesakit ini. Ia adalah

1. Penggunaan Losyen Khas

Kudis buta hendaklah dirawat dengan membunuh punca kepada penyakit ini iaitu parasit Sarcoptes scabiei. Ubat yang selalu digunakan adalah dengan menggunakan losyen anti-scabies iaitu:

  • Losyen Permetherin
  • Losyen Benzyl benzoate
  • Losyen Permethrin

Pesakit perlu menggunakan ubat ini sebelum tidur untuk selama beberapa hari. Ia bertujuan untuk membunuh kuman tersebut. Pada waktu pagi, pesakit boleh membasuh kawasan yang disapu losyen tersebut.

Lakukan ini selama satu minggu untuk membunuh semua parasit yang berada pada kulit pesakit. Perlu diingatkan ahli keluarga ataupun kawan-kawan pesakit juga perlu dirawat untuk mengelakkan masalah ini merebak kepada orang lain.

2. Penggunaan antibiotik

Jika kawasan ruam tersebut telah dijangkiti bakteria, pesakit perlulah mengambil antibiotik untuk membunuh bakteria dikawasan tersebut pula.

Beberapa tanda bahawa terdapat jangkitan dikawasan kudis tersebut adalah:

  • Kulit yang merah daripada biasa
  • Rasa sakit dikawasan kudis
  • Keluar nanah daripada kawasan kudis
  • Demam yang tinggi jika kawasan jangkitan tersebut besar

Faktor yang menyebabkan rawatan ini gagal

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan rawatan scabies ini tidak berjaya. Ia adalah:

  • Sapuan losyen yang tidak rata dan tidak meliputi semua kawasan kulit yang terlibat
  • Sapuan yang sedikit
  • Dijangkiti semula daripada orang terdekat yang mempunyai masalah yang sama
  • Parasit mungkin telah kebal dengan ubat yang digunakan

Rujukan:

  1. Hay RJ. Scabies and pyodermas–diagnosis and treatment. Dermatol Ther. 2009 Nov-Dec. 22(6):466-74.
  2. Centers for Disease Control and Prevention. Parasites – Scabies. http://www.cdc.gov/parasites/scabies/index.html.
  3. Kapadia N. Dermatology. Tschudy MM, Arcara KM, eds. The Johns Hopkins Hospital: The Harriet Lane Handbook. 19th ed. Philadelphia, Pa: Mosby Elsevier; 2012. 201-25.
  4. Hicks MI, Elston DM. Scabies. Dermatol Ther. 2009 Jul-Aug. 22(4):279-92.
  5. Galadari I, Sheriff MO. Cell typing of the scabetic lesion and its clinical correlation. Eur Ann Allergy Clin Immunol. 2006 Feb. 38(2):55-8.
  6. Chosidow O. Clinical practices. Scabies. N Engl J Med. 2006 Apr 20. 354(16):1718-27.
  7. Gilmore SJ. Control strategies for endemic childhood scabies. PLoS One. 2011 Jan 25. 6(1):e15990.
Loading...
Categories: Kulit

Dr Latif Saad

Seorang pegawai perubatan dan masih berkhidmat di klinik kesihatan. Pengasas kepada page The Diagnosa dan Root of Science. Follow facebook saya di Latif Saad

Tuliskan Soalan Anda

avatar
  Ikut perbincangan ini  
Hantar notifikasi jika