Skip to content

Mata Kabur: Punca dan Cara untuk mengelakkannya

Mata kabur bermaksud seolah-olah terdapat sesuatu yang menghalang padangan anda yang menyebabkan pemandangan tersebut tidak menjadi fokus.

Pemandangan yang tajam dan tidak kabur akan membantu anda untuk berjalan, membaca tanda jalan dan juga membaca buku.

Mata kabur boleh mempengaruhi kesemua kawasan penglihatan. Tetapi sebenarnya ia juga boleh menyebabkan kekaburan pada kawasan tepi pemandangan yang menyebabkan sesorang itu menghadapi satu keadaan yang dinamakan sebagai tunnel vision iaitu dia akan melihat dunia seolah-olah dia berada di dalam terowong.

Punca Mata Kabur



Mata boleh melihat sesuatu imej apabila cahaya daripada imej tersebut masuk terkena pada bahagian retina mata dengan tepat. Di retina ini ia mempunyai reseptor yang menghantar maklumat kepada otak.

Jika terdapat masalah pada imej yang dipantulkan pada retina ataupun pusat pemprosesan maklumat cahaya di dalam otak, maka pesakit akan mengalami masalah pemandangan kabur. Terdapat beberapa punca yang menyebabkan mata kabur. Ia adalah:

1. Rabun Dekat atau Rabun Jauh

Bila dikatakan berkenaan masalah rabun ini bermaksud ia disebabkan sama ada bebola mata itu terlalu panjang atau terlalu pendek. Ini menyebabkan imej yang dilihat oleh mata terjatuh bukan pada retina mata.

2. Calar pada kornea mata

Kornea mata yang calar akan menyebabkan imej yang dipantulkan pada bahagian retina mata tidak sekata. Oleh itu, otak akan membaca imej yang dihasilkan itu menjadi kabur.

Kawasan kuning itu terhasil daripada ujian florescence. Ia menujukkan terdapat kawasan calar dibahagian kornea

3. Macular degeneration

Macula merupakan titik fokus dimana reseptor yang menyerap cahaya ini padat. Ia merupakan titik fokus untuk sesuatu imej itu jatuh kepada retina.



Jika bahagian macula ini mengalami masalah, ia akan menyebabkan bahagian tengah penghilatan mata kita kabur atau gelap.

Pemandangan mereka yang menghadapi masalah ini

4. Katarak

Katarak adalah keadaan dimana kornea menjadi keras dan kabur. Oleh itu, cahaya daripada luar susah untuk memasuki mata menyebabkan pemandangan seseorang itu kelihatan kabur.

Mereka yang sudah berumur ataupun pesakit kencing manis selalu menghadapi masalah ini.

katarak

5. Glaucoma

Glaucoma adalah keadaan di mana tekanan di dalam bebola mata meningkat. Perkara ini akan merosakkan reseptor pada bahagian retina

6. Migrain

Migrain yang teruk kadang kala menyebabkan pemandangan seseorang itu kelihatan kabur

7. Optic neuritis

Saraf yang membawa maklumat imej daripada retina mata adalah dinamakan sebagai Saraf Optik.

Jangkitan ataupun keradangan pada saraf optik akan menjejaskan maklumat yang akan dibawak ke otak.

8. Retinopathy

Masalah ini berlaku pada bahagian retina mata. Ia selalu berlaku pada pesakit kencing manis dan darah tinggi.



9. Angin ahmar

Angin ahmar adalah kerosakan bahagian otak disebabkan kekurangan darah yang pergi kebahagian yang berkaitan.

Jika angin ahmar itu berlaku pada bahagian otak yang mengawal pemprosesan maklumat daripada mata, maka pemandangan pesakit boleh jadi kabur atau buta.

10. Tekanan darah Tinggi

Tekanan darah tinggi yang terlalu tinggi boleh menyebabkan saraf dibahagian mata membengkak. Perkara ini akan menyebabkan penglihatan pesakit itu menjadi kabur.

Bila saya perlu berjumpa dengan doktor?

Anda perlu berjumpa dengan doktor jika anda mengalami simptom dan tanda tanda ini iaitu:

  • Sakit kepala yang teruk
  • Tidak boleh bercakap dengan betul
  • Badan menjadi lemah atau lumpuh
  • Otot muka tidak dapat dikawal
  • Tidak mampu melihat
  • Pemandangan yang semakin lama semakin teruk
  • Pemandangan yang tidak boleh dibetulkan dengan penggunaan cermin mata

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Penyiasatan

Pesakit selalunya akan diperiksa oleh doktor terlebih dahulu untuk mengetahui punca kepada masalah tersebut.

Beberapa pemeriksaan tersebut adalah

  • Opthalmoscopy: Untuk melihat keadaan dalam mata seperti retina dan juga salur darah dalam mata
  • ‘Refraction test‘: Untuk menguji jarak mana mata boleh melihat dengan jelas
  • Tonometry: Untuk menguji tekanan dalam mata
  • Slit lamp examination

Bagaimanakah untuk mengelakkan mata kabur berlaku?

Walaupun masalah mata kabur tidak boleh dihalang, tetapi terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menjaga mata. Ia adalah

  • Menggunakan kaca mata yang melindungi mata daripada cahaya matahari secara berlebihan
  • Pengambilan makanan yang sihat dan kurang minyak. Ia bertujuan untuk mengelakkan dari terkena kencing manis dan darah tinggi.
  • Jangan merokok
  • Basuh tangan anda ketika mana ingin menggunakan kanta lekap
  • Menggunakan kaca mata bila menggunakan mesin yang berat

Pembacaan bagi masalah yang lain



Benjolan KetiakPening kepala
Kaki BengkakSakit Leher
Kentut VaginaKerap Kentut
Mata KaburSesak Nafas
Kaki KejangKaki Kebas
Badan LemahKaki Tangan Sejuk
Sakit RusukSakit Otot
Mata BengkakPerut Berangin
Benjolan di LeherLeher Hitam
Kulit Gatal

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Blurred vision. (n.d.).
  2. Blurred vision. (2018). Merck Manual
  3. Diseases of the eye. (n.d.).
  4. Keep an eye on your vision health. (2016). CDC

Advertisements

1 thought on “Mata Kabur: Punca dan Cara untuk mengelakkannya”

  1. Tabarakallah Jazakallah khairan khatira terima kasih perkongsian ilmu ini Dr. betul memberi manfaat kepada saya,Allah ta’ala sahaja yang dapat balas jasa baik tuan. Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 × two =